Merinduimu Bukan Sederhana
  • LECTURAS 2,331
  • Votos 122
  • Partes 16
  • LECTURAS 2,331
  • Votos 122
  • Partes 16
Concluida, Has publicado mar 22, 2024
[Cerita akan dikemasikini setiap hari 1 bab sehingga bab 15,  jam 8.00 malam]

Siapa sangka, jarak dan waktu yang tersingkap menyimpan sebuah kebenaran antara Lutfir Hakimi dan Hazie Tsuraya. Bermula dari insiden yang lalu, Lutfir terus membawa rindu yang terpendam lama. Hanya kerana sebaris nama yang hampir sama di atas selembar warkah, dia tersalah sangka lalu terpaksa dia menanggung malu dan ego tidak bertepi. 

Namun rindunya kepada Hazie bukan rindu yang sederhana. Jauh di sudut hati dia selalu mengharapkan Hazie memandangnya walaupun sekali.

"Lama kita tak berjumpa. Abang Kimi sihat?"- Hazie Tsuraya
"Kalau belum nak mati tu... Kira sihatlah."- Lutfir Hakimi

Bukan dia tak cuba melupakan tentang wanita itu namun mereka bagai dijodohkan kerana bersua lagi. Takdir yang tertulis membuatkan mereka semakin dekat. Kali ini dia tidak mampu menidakkan rindu yang sudah lama menghuni dalam hatinya. 

Saat rindu yang disemai semakin bercambah, pelbagai dugaan datang menghimpit. Tidak seinci pun dia berganjak jauh daripada Hazie. Menyayangi wanita itu menuntut kepercayaan, keikhlasan dan pengorbanan.Itulah yang dia lakukan.

"Kalau aku tak ucap bukan bererti aku tak sayang. Bukan bererti aku tak peduli. Aku tunjuk semua tu melalui perbuatan tapi kau yang tak nampak. Sibuk ukur nilai kasih sayang tu dengan kata-kata."- Lutfir Hakimi

"Kalau manusia  mampu melakar sendiri takdirnya, takkan ada lagi manusia yang bersyukur kepada-Nya." - Hazie Tsuraya

Merindui seseorang cukup melelahkan.Hanya mereka yang mengusung rindu tahu betapa sakitnya hati dibebankan dengan rasa kosong. 

"Sejujurnya, aku harap surat cinta tu memang untuk aku dan bukan untuk Hakimi. Kau bagi aku harapan seminit kemudian kau hancurkan sekelip mata. Bukan aku tak cuba lupakan kau tapi kau sentiasa ada dekat. Macam mana aku nak move on?" - Lutfir Hakimi

Mampukah kerinduan itu mengikat sebuah cinta? Adakah rindu yang hadir itu sekadar rindu yang sederhana?
Todos los derechos reservados
Regístrate para añadir Merinduimu Bukan Sederhana a tu biblioteca y recibir actualizaciones
O
#651novel
Pautas de Contenido
Quizás también te guste
Memoir Si Hati Kering de kelingkingbesi
28 Partes Concluida
Assyifa Inara. Graduan di Uniersiti Malaysia Sabah. Dulu Syifa tak macam ni. Syifa sangat polos dan periang. Lepas ayahnya tinggalkan keluarganya bersama perempuan lain, ibunya sanggup pergi dengan dato' kaya, ditipu oleh sahabat karib dan menunggu cinta yang sia-sia mengubah hati Syifa. Mirdad Naqib, lelaki yang ditunggu namun hanya sia-sia. Penantian Syifa hanya membuang waktu. Meminta untuk dinanti namun senyap saban hari hilang tanpa berita kemudian muncul membawa sesuatu kejutan. Tamat pengajian, ibunya mengambil keputusan tinggalkan keluarga demi mengejar kekayaan. Irdina dan Nureen sahabat yang dianggap susah senang bersama namun siapa sangka sahabat sanggup makan sahabat? Yang ada cuma abangnya Aydeen Imran dan sahabatnya nun jauh di Sabah, Amsyar. Setelah apa yang terjadi, Syifa bukan lagi Syifa yang dulu. Tidak lagi tahu erti sayang, marah, cinta, suka dan benci. Syifa tidak peduli. Tidak pernah menganggap manusia sekelilingnya akan tetap bersamanya. Hilang rasa simpati dan impati dalam dirinya. Apa yang terjadi disusuli dengan ayat, "ada aku kisah?" "Itu bukan masalah aku". Pertemuan dengan Riyadh Rizqin adalah mangsa kekeringan hati Syifa. "Kau ni memang takde perasaan ke?" Riyadh. "Aku memang macam ni sebab aku tau, akhir nanti aku tetap akan sendiri.." Syifa. Riyadh Rizqin. Terpaksa lupakan kerjaya yang dibina kerana masalah yang dihadapi kakinya. Seorang atlet dahulunya namun terpaksa meniaga sebagai seorang penjual satey. Terpaksa hidup bersama besi dikakinya. "Riyadh susah nak bercinta. Riyadh bukan macam lelaki lain. Kelakar, sempoi dan suka tolong orang." Aslam. Apakah hati Syifa akan selamanya kering tanpa kasih, sayang dan cinta. Adakah Syifa akan kembali menjadi Syifa yang dahulu?
MELODI TERINDAH(COMPLETE) de aisyfifi
62 Partes Concluida
Kisah AHMAD WAHYU seorang CEO 'W' STUDIO AGENCY'S telah jatuh cinta terhadap seorang gadis blur yang juga pelatih dari agensinya iaitu HANAN FALISYA hanya dengan lirik dan MELODI TERINDAH yang diciptanya. Saat Wahyu baru hendak kecapi hari bahagia bersama gadis comel yang bernama Hanan itu dengan lamaran pertamanya, tiba-tiba satu rahsia besarnya terbongkar menyebabkan gadis itu dari cinta bertukar benci terhadapnya. Pelbagai konflik yang terjadi dalam hidup Ahmad Wahyu dan Hanan Falisya. Dugaan demi dugaan terus belenggu hidupnya. Konflik dengan keluarga, putus tunang, kemalangan yang melibatkan nyawa, mimpi pelik. Dan apakah kesudahan kisah hidupnya?Adakah Wahyu akan mendapatkan kembali cintanya yang telah hilang itu?Adakah konflik antara dia dengan keluarganya berterusan tiada berpenghujung? Dan apakah punca kemalangan yang melibatkan nyawa itu?Adakah ada kaitan dengan Hanan?Mimpi apakah yang mengganggu tidurnya saban malam? "Aku berharap cinta kita seindah melodi yang tercipta"-Wahyu "Aku berharap melodi terindah itu sentiasa mengiringi kisah cinta kita hingga ke akhirnya."-Hanan Hanya dengan sebuah lirik cinta yang terindah tercipta telah menyatukan mereka berdua. Dan apa akan terjadi seterusnya? Pelbagai persoalan bermain diminda.Jika ingin tahu jawapannya ,jangan lupa terus membaca novel MELODI TERINDAH yang akan merungkai segala persoalan anda. BUKU INI HANYA DI WATTPAD. SAYA TIDAK PERNAH LETAK DI MANA-MANA LAMANWEB LAIN! DAN PERHATIAN STORY NI HASIL KARYA SAYA SENDIRI. JIKA TERSAMA DENGAN MANA-MANA STORY, ITU MUNGKIN HANYA KEBETULAN SAHAJA. MAAF SAYA BUKAN KAKI TIRU!!! (COMPLETE)start writing hujung bln 4/2019~ coverby me. #1st karya #AuroraAward #AuroraAward2020 #ExanderAward #ExanderAward2020
Aku Pertama Dia Terakhir de Missnrsai
62 Partes Concluida Contenido adulto
[IN EDITING] (Cerita ni banyak sangat typo. Kalau nak baca tu mohon pertimbangkan dulu. Takut menyesal nanti) HANAN AULIYA seorang gadis yang suka buat hal sendiri. Tapi kalau berkaitan dengan sahabatnya? Dialah yang paling maju ke hadapan. Dia seorang yang tak berminat untuk ambil tahu tentang cinta. Kenapa? Mungkin dia sudah serik selepas putus tunang setahun yang lalu. Namun disaat itu, muncul seorang lelaki yang menyukainya dan ingin menjadikan dia sebagai seorang isteri. Lelaki itu adalah EMIR HAKEEM. Majikan kepada kawannya. Lelaki itu memang kacak. Lagi nampak kacak bila ada kumis dan janggut tipis. Namun, dia menolak lamaran lelaki itu. Dia seorang yang tidak suka dipaksa dan lelaki itu pula suka memaksa. Menerima kunjungan lelaki itu ke rumahnya di kampung membuatkan dia bertambah geram. Disangkakan lelaki itu datang untuk meminang. Jika pernikahan yang lelaki itu mahukan, apa salahnya sekali sekala buat benda gila. "Kenapa awak cakap dekat ayah yang kita dah terlanjur?" - Emir Hakeem. "Itu je idea yang saya ada untuk kita nikah cepat," - Hanan Auliya. Dia menipu tentang perkara yang langsung mereka tak buat. Apabila dia mengetahui tujuan sebenar lelaki itu ke rumahnya, mulalah timbul rasa serba salah. Dia berjanji pada dirinya sendiri bahawa dia akan menebus semula kesalahannya itu. "Awak cakap nak buat saya jatuh cinta. Just do it. I'm ready to fall for you," -Hanan Auliya. Janji yang dia telah buat pada dirinya sendiri. Mahu mencintai lelaki yang sudah sah bergelar suami kepadanya. Tetapi, bagaimana jika cinta itu tak pernah hadir dalam hatinya? Cinta itukan tak boleh dipaksa. Jadi mampukah HANAN AULIYA mencintai suaminya EMIR HAKEEM? Atau mungkin ada hati yang akan terluka hanya kerana menanti cinta yang tak pernah berputik?
SALAHKAN AKU de RabihahNurRidhuan
10 Partes Continúa
Kemalangan itu hanya berlaku dalam tiga saat. Tapi kesannya - seumur hidup. Fayyad kehilangan segalanya dalam dentuman yang sepatutnya tidak berlaku: Penglihatannya, tunangnya, kerjayanya, harga dirinya. Dunia yang dulu terang, kini hanya tinggal kelam. Dan orang yang menyebabkan semua itu... masih hidup. Hana. Dia memandu. Dia lalai. Dan dia... selamat. Cuma luka ringan. Sedangkan adik bongsunya yang duduk di sebelah, mati dalam pelukannya, mata terbuka tidak berkedip - wajah yang tak sempat diselamatkan. Kenapa bukan dia? Kenapa Tuhan tak ambil nyawanya saja? Kenapa dia yang salah, tapi masih boleh melihat dunia yang tak lagi dia mahu lihat? Hari-harinya penuh dengan rasa bersalah yang menggigit. Setiap nafas terasa berdosa. Setiap tidur dihantui wajah adiknya. Tapi lebih menyakitkan ialah - Fayyad masih hidup. Dan kini, dia benci akan dirinya sendiri, kerana dia masih mahu dekat... dengan lelaki yang paling membencinya di dunia ini. Fayyad tak pernah lupa. Tak akan pernah maaf. "Setiap kali aku dengar suara kau, aku rasa macam nak bunuh kau aja!." "Tapi lebih teruk... bila aku tak dengar suara kau, aku rasa aku dah gila." Dia mahu Hana pergi. Tapi dia juga mahu dia kekal - supaya luka itu kekal terbuka, supaya dia tak pernah lupa siapa yang membunuh hidupnya. "Salahkan Aku" adalah kisah tentang jiwa yang mati sebelum waktunya. Tentang dosa yang tidak boleh diampunkan. Dan tentang cinta... yang mungkin wujud, tapi dibina atas kubur rasa bersalah dan kemarahan yang tak pernah padam.
Dara Pujaan Duda [His Heart's Desire] | TERBIT de hasyagrizelle
12 Partes Concluida
[TERBIT] Seperti embun pagi yang hilang disapa mentari, begitu jugalah kenangan lama yang cuba dipadam oleh Fahira Hazrin. Bertahun dia cuba bangkit, meyakinkan diri bahawa cinta tidak lagi perlu mengusik hatinya. Hingga akhirnya cinta yang dihulur tunangnya, Syarif Adham menyembuhkan luka lama akibat penghinaan yang pernah diterima. Namun, takdir jarang membiarkan seseorang melangkah dengan mudah. "After all, why did you get married to someone else even if you should be with someone else?" - Fahira Hazrin "Mungkin itu hanyalah sebuah kekhilafan yang tidak dapat aku elak." - Fayyad Firdaus Tatkala dia yakin masa lalu tidak lagi mampu menyentuhnya, muncul pula Fayyad Firdaus yang pernah mencuri hatinya dan menghancurkannya sekaligus, kini berdiri di hadapannya. Namun kehadiran Fayyad bukan sekadar sebuah pertemuan semula tetapi menjadi ujian kepada hatinya permulaan kepada ujian yang lebih besar. "Tolonglah, Airil. Jangan salah ertikan makna sebuah ikatan halal." - Fahira Hazrin "Aku tak salah ertikan makna ikatan tersebut, Fahira. Bila mana aku buat keputusan untuk memiliki kau, bermakna aku sanggup korbankan dan kehilangan segalanya yang aku ada dalam hidup aku demi kau." - Airil Muhammad Kemunculan Airil itu membuatkan Fayyad tanpa sedar menjadi pelindung yang tidak pernah diharapkan. Keseriusan dan ketegasan yang dulu hanya melukakan, kini berubah menjadi perisai yang menghalang Fahira daripada terus disakiti. Antara masa lalu dan masa kini, Fahira terperangkap dalam dilema. Setiap jawapan tentang cinta, kesetiaan, dan tanggungjawab yang diberikan Fayyad hanya menimbulkan lebih banyak persoalan. Adakah kisah cinta mereka berakhir dengan perpisahan atau kesempatan kedua itu benar-benar milik mereka? Mampukah Fahira menghapuskan ragu dan menerima cinta yang masih tersisa? "Kerana yang pertama akan kekal di memori tapi yang setia di sisi hingga hari ini, akan kekal di hati. Iaitu kau, Fahira." started date: 4 dec 22 end date: 26 march 23
DANISH HAZIQ : Her Psycho Husband [OG] de queenyikah_
6 Partes Continúa Contenido adulto
Kerana terlampau sayang dia sanggup buat apa sahaja asalkan wanita dia ingini itu tetap bersamanya. Pantang melihat wanita dia cintai bermesra dengan lelaki lain. Perasaan cemburu mula menguasai dirinya sehingga tidak sedar dia telah menyakiti wanita itu. "Aku dah cakap dah dekat kau jangan sesekali dekat dengan jantan lain selain aku. Tapi kenapa? Kenapa kau susah sangat nak dengar cakap aku ha, sayang?" - DANISH HAZIQ "Sayang lepas lah! Sakit tahu tak!" - LYDIA MARISSA "Ouh kau tahu sakit? Tapi sakit lagi hati aku tengok kau dengan jantan lain tahu tak!" - DANISH HAZIQ Sanggupkah Lydia mempertahankan dirinya dengan lelaki itu? Lelaki yang kuat cemburu dalam segala hal bila berkaitan dengan lelaki? "Betul awak sayangkan saya?" - LYDIA MARISSA "Ya. Aku sayangkan kau. Sangat." - DANISH HAZIQ "Jadi lepaskan saya." - LYDIA MARISSA Dang! Terasa berat permintaan itu meniti keluar dari bibir wanita yang dia sayang. Melepaskannya pergi? Adakah permintaan Lydia akan di terima oleh Danish? Melepaskan wanita dia terlampau sayang semudah itu? "Aku terlampau sayangkan kau sampaikan perempuan dekat luar sana pun aku tak pernah rasa wujud dalam hidup aku. Hanya diri kau sahaja yang aku mahu, Lydia" - DANISH HAZIQ -------------------------------------------- NEW TITLE✅ = OLD TITLE : MR PSYCHO HUSBAND UNEDITED✅ CUT SCENE✅ ADD SCENE✅ ⚠️PEMBACA MATANG. ⚠️CERITA INI REKAAN SEMATA MATA. ⚠️CRINGE & CLINCHE ⚠️HIDUP KEKADANG KENA CHILL JUGAK. SO JANGAN NAK TAKE SERIUS SANGAT. ⚠️IF ADA TYPO AND KESALAHAN TATABAHASA MAAFKAN SAYA SERTA ABAIKAN DAN CUBA FAHAMKAN. TAK FAHAM KOMEN. ‼️LARANGAN KERAS JIKA ANDA PLAGIAT KARYA SAYA. IDEA 100% DARI OTAK SAYA SENDIRI. JANGAN JADI OTAK LEMBU MALAS HENDAK BERFIKIR UNTUK KARANG CERITA. ---------------------- Start : 30 MAY 2023. End : 19 APRIL 2024.
SOLE MIO [C] de DaisyIntrovert
55 Partes Concluida Contenido adulto
Warning ❗️ •Typo dan penanda wacana bersepah sebab tak edit lagi. Baca lah dulu yang versi typo ya. Maaf. •Please lower your expectation sebab plot cerita ini agak membosankan dan cliche 😘 •Bagi yang confuse dengan watak and certain scene dlm cerita ini, maaf ya. Ada berkait sedikit dengan cerita Her Man. Cerita ini saya unpublish buat sementara waktu 🫶🏻 Megat Syafiq x Tengku Sarah " Aku bagi kau pilihan Ara, batalkan perkahwinan kau atau kau akan menyesal " - Megat Syafiq Kejam! Pemusnah! Durjana! Semua perkataan negatif buat lelaki itu tertanam di dalam otak Tengku Sarah. Disaat dirinya diambang kebahagiaan, kemunculan semula lelaki itu membuatkan hidup Tengku Sarah kucar kacir. " You're mine. Takkan ada lelaki yang boleh rampas 'hak' aku ". So, kau cubalah larikan diri macam mana sekalipun, kau tetap akan jadi milik aku Ara " - Megat Syafiq Sulit. Bagaimana dia mahu membuat lelaki itu mengerti jika mereka tidak mungkin akan bersama seperti dulu lagi tambahan pula dia akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. " Bukan mudah untuk saya cantumkan kembali hati yang awak dah hancurkan suatu ketika dahulu. Kemunculan awak membuatkan hati saya kembali berdarah " - Tengku Sarah Sudah puas mengelak, takdir berkata lain. Akhirnya mereka bersatu kerana satu tragedi. " Bagi aku satu peluang untuk betulkan semuanya Ara " - Megat Syafiq " Awak adalah 'buku' yang saya mahu hapuskan selamanya bahagia. Kembali kepada awak sama saja seperti membaca buku yang sama kerana pengakhiran kita tidak akan bahagia Syafiq" " Ikhlas hanya berlaku pada peluang pertama, jika saya beri awak peluang kedua, keikhlasan itu akan berganti dengan dendam. Awak sanggup ke hidup dengan saya yang akan jadi pendendam? " Mampukah Duda anak satu ini menebus kembali 'kesilapan' yang pernah dia lakukan?
Quizás también te guste
Slide 1 of 10
Memoir Si Hati Kering cover
MELODI TERINDAH(COMPLETE) cover
Aku Pertama Dia Terakhir cover
Takwil Cinta Zulaikha cover
Mrs. Aidan: My Little Bride cover
SALAHKAN AKU cover
Dara Pujaan Duda [His Heart's Desire] | TERBIT cover
DANISH HAZIQ : Her Psycho Husband [OG] cover
MR BLIND  [COMPLETED] cover
SOLE MIO [C] cover

Memoir Si Hati Kering

28 Partes Concluida

Assyifa Inara. Graduan di Uniersiti Malaysia Sabah. Dulu Syifa tak macam ni. Syifa sangat polos dan periang. Lepas ayahnya tinggalkan keluarganya bersama perempuan lain, ibunya sanggup pergi dengan dato' kaya, ditipu oleh sahabat karib dan menunggu cinta yang sia-sia mengubah hati Syifa. Mirdad Naqib, lelaki yang ditunggu namun hanya sia-sia. Penantian Syifa hanya membuang waktu. Meminta untuk dinanti namun senyap saban hari hilang tanpa berita kemudian muncul membawa sesuatu kejutan. Tamat pengajian, ibunya mengambil keputusan tinggalkan keluarga demi mengejar kekayaan. Irdina dan Nureen sahabat yang dianggap susah senang bersama namun siapa sangka sahabat sanggup makan sahabat? Yang ada cuma abangnya Aydeen Imran dan sahabatnya nun jauh di Sabah, Amsyar. Setelah apa yang terjadi, Syifa bukan lagi Syifa yang dulu. Tidak lagi tahu erti sayang, marah, cinta, suka dan benci. Syifa tidak peduli. Tidak pernah menganggap manusia sekelilingnya akan tetap bersamanya. Hilang rasa simpati dan impati dalam dirinya. Apa yang terjadi disusuli dengan ayat, "ada aku kisah?" "Itu bukan masalah aku". Pertemuan dengan Riyadh Rizqin adalah mangsa kekeringan hati Syifa. "Kau ni memang takde perasaan ke?" Riyadh. "Aku memang macam ni sebab aku tau, akhir nanti aku tetap akan sendiri.." Syifa. Riyadh Rizqin. Terpaksa lupakan kerjaya yang dibina kerana masalah yang dihadapi kakinya. Seorang atlet dahulunya namun terpaksa meniaga sebagai seorang penjual satey. Terpaksa hidup bersama besi dikakinya. "Riyadh susah nak bercinta. Riyadh bukan macam lelaki lain. Kelakar, sempoi dan suka tolong orang." Aslam. Apakah hati Syifa akan selamanya kering tanpa kasih, sayang dan cinta. Adakah Syifa akan kembali menjadi Syifa yang dahulu?