[Cerita akan dikemaskini setiap hari 1 bab sehingga bab 15, jam 8.00 malam] SEKOLAH pondok? Tak pernah terlintas dalam fikiran Marjaan yang dirinya akan tercampak di tempat 'jin bertendang' itu. Hanya disebabkan keputusan SPM teruk dan risau Marjaan bergaul dengan rakan-rakannya yang liar, akhirnya Puan Mahani membuat keputusan agar Marjaan menyambung belajar di Sekolah Pondok Al-Muhaimin Dunia Marjaan bertukar 180 darjah. Kini Marjaan menjadi gadis yang berjubah dan berniqab di hadapan orang ramai. Kecantikannya tersorok. Keseronokannya direnggut sekelip mata. Namun hidupnya kembali berwarna apabila mengenal sebaris nama Ustaz Nawfal Husaini. "Satu lagi, tak baik juga makan sambil berjalan. Dah macam kambing. Anti tahu kambing tak? Sambil merenggut pucuk-pucuk kayu ia berkeliaran. Mahu jadi kambingkah?" - Nawfal Husaini "Biarlah! Kenapa ustaz sibuk-sibuk hal saya?" - Marjaan "Ana hanya mengingatkan supaya anti berakhlak dengan akhlak wanita solehah. Dan perlu juga diingat anti tu pelajar dan ana guru." - Nawfal Husaini Cinta dalam diam, penuh rahsia akhirnya terbongkar lalu dicemari amarah. Ustaz Hanafi mengambil keputusan untuk mengahwinkan Marjaan dengan Ustaz Wadie lantaran terhutang budi. Kerana kecewa, Nawfal Husaini melarikan diri ke Morocco lantaran tidak sanggup melihat Marjaan menjadi milik Ustaz Wadie. "Ana rindu jelingan tajam anti tu. Mengancam tak ubah macam pisau menghiris dada ana. Darahnya membasahi, sakit hingga ke urat nadi." -Ustaz Wadie. Dalam pada Marjaan ingin memberontak, akhirnya gadis itu tersepit apabila bapanya, Ustaz Hanafi diserang penyakit misteri. Siapakah pemilik cinta Marjaan? Apakah Nawfal Husaini yang jauh di mata ataupun Ustaz Wadie yang sanggup berkorban apa sahaja demi untuk merealisasikan impiannya?