NANIA ANAIS, selepas kematian ibunya, dia menjadi gadis yang sedikit 'liar' tetapi masih seorang gadis yang lembut dan rapuh di pelosok hati. Apabila si Ayah berkahwin dengan seorang janda anak satu berketurunan itali, dia jadi panas hati.
Kes tidur lokap kerana bergaduh di kelab malam mempertemukan dia dengan HEDERY DARIUZ, anak emak tirinya yang selama ini berada di luar negara. Dia tidak pernah punya seorang abang dan jelas, dia tidak ingin Hedery Dariuz jadi abangnya. Takkan sekali! Tetapi dia harus akui, dalam ketidaksempurnaan Hedery Dariuz dimatanya, lelaki itu punya hati nurani yang luhur.
Kehadiran lelaki misteri bernama Qaf dalam hidupnya menyebabkan dia perlahan-lahan ingin berubah. Tanpa mengetahui asal usul lelaki misteri itu, cintanya terlahir tanpa diduga. Namun cintanya hanya pada nama, bukan pada jasad. Maka, terjadilah episod di mana dia mula mengenal cinta.
Kisahnya tenggelam apabila munculnya seorang Alfa yang digeruni di bandar itu. Tapi langsung tak diambil kesah. Siapa sangka, rupanya Alfa itu adalah seseorang yang paling dekat dalam hidupnya. Apabila kepalsuan mendedahkan segalanya, bagaimana boleh dia butakan sahaja matanya?
Atas nama cinta dan dendam, keduanya membawa kepada kemusnahan. Kisah cinta mereka menarik, namun dia Guardian Angel yang hadir tanpa diundang dan pulang tak dihantar. Bahagia mereka cuma seketika. Tetapi mampukah mereka melakar semula kisah cinta mereka?
"Cinta perlukan pengorbanan. Itulah yang aku buat sekarang. Aku cintakan dia, tapi aku tak sanggup tengok dia menderita lagi." -MUHAMMAD YEFAT QAF
TENGKU FIRASH ZIYAD
Seorang lelaki yang kacak dan rupawan tetapi sikapnya yang dingin,hati beku,tegas dan panas barannya membuatkan dia ditakuti ramai orang.Kaya jangan dikatakan dia memang seorang yang sangat kaya dan menjadi kegilaan ramai para perempuan diluar sana tetapi tidak bagi dia.Dia tidak suka akan insan yang bernama perempuan kerana dia tidak mahu jadi seperti cousinnya yg dikongkong oleh perempuan dan sentiasa menurut apa sahaja kehendak perempuan itu hingga menyebabkan perniagaan cousinnya hampir bankrup.Disebabkan itu dia tidak mahu mengenali atau bercinta akan perempuan...baginya perempuan merupakan beban dan pembawa bala.
NURUL CAMELIA ADRIANA
Seorang perempuan yang lemah lembut,polos,sopan santun dan sangat menghormati orang tua.Gadis yang baru lepasan universiti.Dia memiliki wajah yang sangat cantik dan menjadi kegilaan ramai lelaki tetapi dia tidak tertarik kepada mereka yang cuba untuk berkenalan dengan dia.Kehidupan dia tidak seperti keluarga orang lain.Dia tidak dapat merasakan kasih sayang ibubapanya kerana ibunya telah meninggal ketika dia berusia 10 tahun dan baru dia ingin bahagia bersama ayahnya datang pulak orang ketiga dalam hidup ayahnya.Kehidupan dia hancur selepas ayah dia berkawin dengan perempuan itu tetapi dia cuba belajar menerima dan redha akan semua yang terjadi walaupun dia selalu dimarahi dan didera oleh ibu tirinya dan adik tirinya.
"terima kasih encik kerana tolong saya"
"kau nie memang menyusahkan dan beban bagi aku"
APAKAH YANG TERJADI KEPADA DIA SELEPAS DIA BERTEMU DENGAN LELAKI ITU??APAKAH ADA PELUANG DIA BERBAHAGIA DENGAN LELAKI ITU??
COVER EDIT BY HUMAYRA