Aydar Hilzam x Zaara Aisyah
Zaara Aisyah, seorang pensyarah muda yang tegas dan garang, hidup dengan prinsip yang kuat dan rasa tanggungjawab terhadap keluarganya. Walaupun hatinya tertutup terhadap cinta, dia menyimpan rasa yang dalam untuk Ahsan Hilman, anak kepada CEO Syarikat Sterling Horizons Foundation. Ahsan, yang menyedari perasaan Zaara, berusaha mengejar cinta wanita itu meskipun perbezaan latar belakang mereka.
Namun, kehadiran Dylan, lelaki berdarah campuran Melayu-Cina yang berbeza agama, mengganggu perasaan Zaara. Walaupun perasaan Zaara terhadap Ahsan masih kuat, dia menolak Ahsan kerana bimbang akan pandangan negatif keluarganya. Selepas kematian Ahsan, Zaara merasa bersalah dan menutup hatinya untuk orang lain. Tetapi, kesungguhan Dylan dalam mempelajari agama dan niatnya yang tulus untuk menjadikan Zaara pasangan hidupnya akhirnya memenangi hatinya, dan mereka berkahwin.
"Izinkan saya memperisterikan awak, saya janji... Akan menjadi ubat disetiap luka-luka yang awak miliki."
- Dylan Lee
Setelah dua tahun perkahwinan yang dibina, Dylan membuat keputusan yang mengejutkan untuk berpisah, meninggalkan Zaara dalam kesedihan dan kekeliruan.
"Demi Allah, saya cintakan awak. Tapi saya mesti lepaskan awak... Zaara Aisyah Binti Ahmad, saya ceraikan awak dengan talak satu."
- Dylan Lee
Ketika dia hampir kehilangan harapan, Aydar Hilzam, abang kembar Ahsan, muncul dengan niat untuk memperisterikan Zaara.
"Saya tak seromantik atau semanis lelaki-lelaki yang selalu awak baca dalam buku tu, tapi... insyaAllah, saya boleh jadi lelaki yang awak boleh banggakan bila kita dah ramai cucu nanti."
- Aydar Hilzam
"Cucu? Siapa yang nak kahwin dengan awak?!"
- Zaara Aisyah
Dalam perjalanan yang penuh dengan rasa cinta, pengorbanan, dan konflik, Zaara akhirnya menemui jalan kebahagiaan. Tetapi adakah dia akan membuka pintu hatinya untuk Aydar, atau akan terus memendam luka lama?