OLD
  • Reads 278
  • Votes 17
  • Parts 12
  • Reads 278
  • Votes 17
  • Parts 12
Ongoing, First published Mar 24, 2024
Sudahlah baru hilang pekerjaan. Tiba-tiba pula dicekup berkhalwat dalam rumah sendiri dengan lelaki yang membuat pengakuan sudah lama menyimpan perasaan cinta padanya selama ini. Lelaki itu nekad pula mahu mengambilnya sebagai isteri.

"Tak ada istilah bergurau bagi saya jika sesuatu yang melibatkan maruah dan nama baik Aura Althea." - Luthfi Adrian.

Gila! Ini bukan caranya untuk menyelesaikan masalah. Ini menambahkan malapetaka namanya.
Malang sekali kerana rayuannya tidak diterima. Penjelasannya telah dicampakkan ke tong sampah. Setelah disatukan dalam ikatan yang tidak diinginkan dia dikejutkan pula dengan perangai suami yang sangat membingungkan. 

Lelaki itu boleh menjadi sangat mementingkan diri dan membahayakan orang di sekeliling mereka. Lelaki itu tidak memerlukan keluarga dan kawan-kawannya. Lelaki itu membuatkan dia semakin tertekan sahaja.

"Saya dah cuba untuk faham awak. Tapi saya gagal. Saya buntu dan tak tahu nak buat apa sekarang. Sampai bila kita  nak hidup dalam keadaan begini?" - Aura Althea.

"Kalau awak tak nak tengok saya yang seperti tadi jangan buat saya hilang kendali diri. Saya tak boleh mengawal diri jika sesuatu terjadi pada awak." - Luthfi Adrian.

Tidak cukup dengan masalah yang dihadapi sekarang lelaki itu melemparkan 'bom tangan' kepadanya. Dia rasa dah nak gila. Dia rasa macam nak lari jauh. Tapi dia sedar yang dia tidak ada jalan keluar. Lelaki itu tidak akan pernah melepaskannya.

Sekarang apa yang perlu dia lakukan? Selepas mengetahui siapa sebenarnya lelaki yang bergelar suami itu, masih mampukah dia bertahan dan setia sebagai seorang isteri? Berapa lama dia mampu bertahan dalam perkahwinan seperti ini?
All Rights Reserved
Sign up to add OLD to your library and receive updates
or
#25adult
Content Guidelines
You may also like
MR. RAYDEN ALBERT'S WIFE (OG) by Anardellqueena
62 parts Ongoing
🥀Tengku Rayden Albert Nama seorang jejaka yang tampan,berdarah dingin dan disegani oleh orang ramai kerana dia adalah anak kepada Tengku Albert Reandra iaitu seorang yang berpengaruh dan jutawan di dalam bidang perniagaan.Jejaka ini juga CEO di sebuah syarikat yang bernama AR's Holding. 🥀Hannah Audia Seorang gadis yang memiliki senyuman yang manis,ayu dan keras kepala.Dia seorang yang mahir dalam bidang memasak.Memiliki sepasang mata berwarna coklat kehitaman itu menampakkan dia lebih lagi menarik dan cantik. Satu persatu kebenaran mulai terbongkar selepas mereka berdua berkahwin.Tengku Rayden Albert telah menduakan cinta Hannah Audia.Dia menyeksa fizikal dan mental isterinya sehingga membuatkan Hannah Audia mulai membencinya. Hari demi hari,bulan berganti bulan,perilaku Tengku Rayden Albert kepada Hannah Audia telah membuatkan Hannah Audia mulai menjauhkan dirinya daripada Tengku Rayden Albert dan mahu memulakan hidup barunya. Hannah Audia nekad untuk berubah dari semua segi termasuklah hatinya,dia kembali dengan kedinginan yang teramat dalam di hatinya dan dia sudah berjanji dengan dirinya bahawa dia tidak akan menerima kembali 'lelaki' yang telah musnahkan dan hancurkan kehidupannya. "Maafkan abang sayang.Abang nak betulkan balik keadaan kita berdua.Abang betul-betul menyesal akan apa yang telah abang buat dekat sayang beberapa tahun yang lalu.Tolong,kembali kepada abang semula" -Tengku Rayden Albert- "Maaf,perempuan miskin macam saya ni tak layak nak jadi isteri tengku dan berada di sisi tengku.Anggaplah kita berdua sudah tiada jodoh.Berbahagialah dengan pilihan hati tengku yang tengku idamkan selama ini.Saya akan mulai kehidupan baharu saya tanpa tengku." -Hannah Audia- Adakah cinta Tengku Rayden Albert akan diterima kembali oleh Hannah Audia setelah apa yang dia buat kepada Hannah Audia? Adakah mereka berdua akan bersatu kembali? DILARANG PLAGIAT CERITA SAYA❗❗🚫 NO CIPLAK TOO❗🚫 Start: May 2023 End:?
Aiman Ariths by BungaLiliath
9 parts Ongoing
♤3rd Ariths Series♤ -Coming Soon in April- Siapa Aiman Ariths? Cuma dua kata. Buaya Darat Hebat percaturan dunia, tak sangka ada Intan di balik sayap besar Dragon. Putri Intan Kayish- model terkenal yang berjaya mencipta nama dengam hanya jangka masa dua tahun. Dia hebat dalam dunia permodelan tapi hidupnya? Berantakan. Satu demi satu masalah menimpa sejak dia berjumpa dengan Aiman. Dengan rela hati dia ungkapkan kebenaran pahit yang selama ini dia sembunyikan tentang Dragon. Mampukah Intan memilih antara darah dan kebenaran? Aiman Ariths - jejaka yang bersahaja. Sering menjadi penghibur dan mencipta drama swasta dalam organisasi Ariths Security. Tapi soal wanita dia yang paling arif. Seorang jejaka yang tak suka berkongsi cerita, mungkin buat-buat gembira tatkala benci pada ayahnya membuak-buak. "Apa yang kau sembunyikan dia rumah banglo?" Niat ingin menyelamatkan tapi hati Sharon Kirana sudah terpahat buat Aiman. Jejaka yang bertanggungjawab ke atasnya sejak kejadian satu tahun yang lalu. Apa cerita pertemuan mereka berdua? "Tak mudah kan? Aku faham tak mudah nak memilih antara darah dan kebenaran?" -Daniel Arsyan Ariths Apa yang ada di sebalik Dragon? Mampukan Ariths Security merungkai kes rumit melibatkan buah hati Aiman? "Tolong azankan anak aku Daniel"- Aiman Ariths Adakah Aiman mampu pertahankan permaisuri di hati bila Putri Aatika Ariths wujud antara mereka? "See you when I see you, princess" - Aiman Ariths Adakah jalan untuk bersama semula? Start: 9 september 2024 - End: - See you later!
Curangla Lagi  by insankesepian10
81 parts Complete
Curang? Perkataan itu pantang bagi semua isteri atas dunia ini. Begitu juga dengan Azlyn. Ketika di kemuncak bahagia, dia diuji dengan kecurangan suaminya Johan. Johan telah membuat hubungan dengan gadis muda di pejabatnya. Sebagai perempuan, sudah tentulah dia terluka. Tetapi adakah dia akan bertangis duka, meratapi nasib diri? Sama sekali tidak! "You layan I macam ni, I akan layan you lebih teruk lagi, Johan. Try to stop me now. I don't care." - Lyn "Apa yang Lyn nak abang buat? Abang buat, sayang!" - Johan "You nak rumah tangga ni jadi begini, kan? Let's enjoy the moment." - Lyn Wanita itu bukanlah lemah orangnya. Bukan wanita yang senang dipermainkan perasaannya. Maka, silap besarlah Johan cuba menduakannya. Sekali Johan cuba menduga kesabarannya, seratus kali dia akan membalas semula. Johan sempat alpa apabila merasa hidup terlalu selesa. Ada isteri yang cantik dan sayang kepadanya. Maka dia cuba menduga. Akibatnya, karakter pendendam Azlyn muncul semula membelah maruahnya sebagai suami. Pengkhianatannya ikatan perkahwinan mereka dibalas habis-habisan oleh Azlyn tanpa belas kasihan. "I dah tak tahu macam mana nak hidup dengan you selepas ini. Hati I dah tak macam dulu lagi, Johan." - Lyn Johan terduduk oleh dugaan apabila Azlyn nekad membawa anak-anak jauh darinya. Melihat kesedihan di mata anak-anaknya, dia sengsara. Berusaha keras untuk meraih maaf isterinya. Namun tidak semudah itu. Tempoh berharga untuk mereka belajar tentang banyak perkara. Baik Lyn mahupun Johan, sama-sama ada kelemahannya. Cerai tidak semesti menjadi jalan keluarnya. Sejauh mana Azlyn ikhlas untuk menerima Johan semula dan seikhlas mana penyesalan Johan? Kembali mengukir bahagia. Itulah impian mereka berdua setelah seketika mereka tersesat oleh kekhilafan. Siapa tahu setelah berarak mendung itu, bahagia milik mereka jauh lebih indah dari yang pernah ada dulu!
You may also like
Slide 1 of 10
Enchanted [COMPLETED] cover
GHADI AQHAR: THE LIONS  cover
MR. RAYDEN ALBERT'S WIFE (OG) cover
Cinta Tak Setaraf [ C ]  cover
Secebis Hati Yang Terluka cover
Book 1:The Faith's [C]✓ cover
I Like You | ✔ cover
Aiman Ariths cover
Curangla Lagi  cover
ANGKARA SUKA SUKA cover

Enchanted [COMPLETED]

57 parts Complete

'I was enchanted to meet you' Pertemuan yang tidak diduga, walaupun hanya sementara namun memberi kesan kepada Qaira Alana, seorang perempuan yang begitu dahagakan kasih sayang keluarga. Dari kecil, dia hanya diajar untuk pentingkan akademik dan kejayaan sehingga mempertaruhkan tahap kesihatan mentalnya sendiri. Sehinggalah suatu saat, pertemuannya dengan lelaki itu mengubah segala galanya. "When I see you, I always feel calm for no reason. You made my day just by exist." - QAIRA ALANA. Seindah itu kah kisah perjalanan mereka? Adakah cinta Qaira tidak akan terbalas sehingga ke akhirnya? Kenapa di saat Rifqi mula menerimanya, pelbagai masalah dan salah faham mula timbul?? Apa sebenarnya erti bahagia? Adakah dia tidak layak untuk bahagia seperti orang lain? "Hidup memerlukan perjuangan, tak ada salahnya kita berjuang demi kebahagiaan sendiri" - TENGKU RIFQI AYDEEN. ....maybe happiness is not for me...? ⚠️ One bowl of sugar ⚠️ Harsh and sarcsm words ⚠️ Two cups of Violence ⚠️ No plagiarism