"Sekurang-kurangnya,dekat kampung ni ada lembu,kambing,ayam,itik,kerbau pun ada tau tak,daripada kat bandar tu,ada apa je? sekeliling ada bangunan,sesak!"-Kaatiya Arieana
"Diamlah minah katit"-Ian Damien
Macam ni lah bila lelaki kaya yang jarang balik kampung nenek dia berjumpa dengan perempuan rempit dan tomboy yang dikenali ramai orang,nampak je pendek,tapi kalau bawak motor,memang laju,kalah mat rempit biasa,ikutlah lelaki ke perempuan ke,tetap kalah
Rempit macam mana pun si Kaatiya Arieana ni,dia tetap pandai,rajin dan baik orangnya,cita-cita dia pun boleh tahan tinggi,dari kecik sampailah dia dah 18 tahun sekarang ni,nak jadi Polis macam ayahnya,tapi tak pernah kesampaian sebab terhalang oleh kedai ibunya,tiap-tiap pagi,Kaatiya Arieana lah yang Jaga kedai runcit milik ibubapanya itu
"Uihnaaa,lajunya"-Ian Damien
Ian Damien lelaki tinggi,handsome,sado dan kaya raya,bak kata anak-anak dara kat kampung tu "lelaki yang diidam-idamkannya" namun Ian Damien ni pun boleh tahan berlagak dan dingin juga,biasalah,baru balik dari KL,balik sini pun untuk masa 3 bulan je sebab syarikatnya yang berada di KL itu telah diurus oleh dua anak buahnya,Lagi-lagi,asal jumpa dengan Kaatiya,ada je yang nak dicakapkan yang boleh buat mereka bergaduh
Gaduh macam mana pun,dalam masa 3 bulan tu berjaya mendekatkan Kaatiya Arieana dan Ian Damien,walaupun gaduh jelah
sampailah....
"Aku terima nikahnya Kaatiya Arieana binti Ammar dengan mas kahwinnya Sebuah kenderaan Porsche 918 Spyder tunai"-Ian Damien
Kebahagiaan diakhir kisah permusuhan mereka
∘₊✧──────✧₊∘
[𝗢𝗡 𝗚𝗢𝗜𝗡𝗚]
𝗜𝗮𝗻•𝗞𝗮𝗮𝘁𝗶𝘆𝗮
𝗖𝗼𝗺𝗲𝗱𝘆 & 𝗥𝗼𝗺𝗮𝗻𝘁𝗶𝗰
𝗦𝘁𝗮𝗿𝘁:𝟮𝟱 𝗠𝗮𝗿𝗰𝗵 𝟮𝟬𝟮𝟰
𝗘𝗻𝗱:?
Warning⚠
-Bahasa pekan & bahasa kasar
( spin-off The Hidden Lies. )
Hazeem Hayder | Tengku Aysha Hanisah
Selepas beberapa tahun menderita dan berduka, Tengku Aysha akhirnya mengambil keputusan untuk beralih dari kemalangan tragis yang meragut nyawa seseorang yang istimewa baginya, Hazeem.
Tengku Aysha berjaya membina kehidupannya dalam dunia fesyen selepas mengambil alih butik uminya. Kehidupannya berawal dengan sempurna dan lancar. Walaupun hidupnya kini kembali seperti sedia kala, hatinya masih lagi tertutup untuk orang baru.
Namun takdir menemukan dia dengan seorang lelaki misteri yang wajahnya saling tidak tumpah seperti Hazeem.
"Nama aku Hayder. Just call me Encik Hayder." - Hayder
Dia bukan Hazeem, namanya Hayder. Ya, Hayder. Persis seperti nama Hazeem. Namun kelakuan dan sikapnya juga berbeza dari Hazeem . Jika Hazeem seorang yang ceria dan pemalu, Hayder pula seorang yang dingin dan penyombong!
Ingatkan dah tak berjumpa dah. Tapi dah kalau jodoh, pasti tak ke mana kan? Rupa-rupanya Hayder lelaki yang bakal dijodohkan dengan Tengku Aysha.
Sekali lagi kalau bukan jodoh tak ke mana, mereka berjumpa di rumah jagaan anak yatim yang diasas oleh Hayder sendiri selepas Tengku Aysha melarikan diri di hari pernikahan mereka.
Hayder yang tidak berpuas hati dengan Tengku Aysha kerana gadis itu melarikan diri semasa hari pernikahan mereka, mula berniat untuk mengusik gadis itu. Tengku Aysha pula masih ragu-ragu dengan identiti sebenar Hayder.
***
"So you're Hazeem? Hazeem Hayder?..." - Tengku Aysha
"Mulai hari ini, saya takkan ganggu awak lagi. Saya lepaskan awak... dengan sepenuh hati." - Hazeem Hayder
Selepas rahsianya mula terbongkar, dia terpaksa melepaskan gadis yang dicintainya itu demi keselamatan dia. Dapatkah mereka bersatu kembali?
You are my unbreakable and unforgottable love, Tengku Aysha Hanisah.
Start : 24 may 2024
End : 22 Januari 2025