Puspita Milik Ishaq | ON GOING
41 parts Ongoing [ON GOING] 6th story
| SPIN-OFF TAKDIR KITA |
Kisah cinta bertepuk sebelah tangan. Si gadis yang memuja salah seorang pegawai polis yang dia temui sewaktu berjalannya operasi penyekatan jalan raya.
"Tu...Tuan... tolong..."
Rayuan tidak diduga, dipinta pada salah seorang anggota polis yang tidak dikenalinya setelah dia hampir diraba oleh pemandu teksi yang dinaikinya.
"Eh, Cik kenapa ni?"
"T... Tadi... ada lelaki creepy... cuba nak raba saya..."
Kebaikan yang Eshan Ishaq tonjolkan, buatkan gadis bernama Anyra Helsa itu terlalu mudah terjatuh suka. Kata orang, fitrah perempuan itu juga ialah mudah jatuh cinta pada lelaki yang berbuat baik terhadapnya.
"Mesti umur dah 30 kan?" - Anyra Helsa
"I am at the age that you will respect me." - Eshan Ishaq
"Dah kahwin? Ke...single lagi? Kalau single, saya datang masuk meminang," seloroh gadis itu sambil mula tersengih nakal.
Penerimaan yang diharapkan namun penolakan yang menjadi jawapan. Oh, tidak pernah seumur hidup dia seberani ini melamar lelaki tapi bila sudah ditolak, makin rasa tercabar dirinya.
"Saya tak akan berputus asa, Encik Eshan. Awak tunggu aje masanya tiba nanti."
Bakal menjadi kenyataankah tekad Anyra atau ianya hanya dalam mimpi saja?
Start : 12/1/24
End :