Story cover for Bahagia Tak Sempurna ©️ by nsyqilla
Bahagia Tak Sempurna ©️
  • WpView
    Reads 24,550
  • WpVote
    Votes 1,252
  • WpPart
    Parts 48
  • WpView
    Reads 24,550
  • WpVote
    Votes 1,252
  • WpPart
    Parts 48
Complete, First published Apr 09, 2024
3rd story :)

Zyan Ahmad | Zara Adira

Zara Adira tidak pernah menyangka bahawa cinta pertamanya akan berakhir dengan kematian dan trauma yang menghantuinya di setiap hela nafas. Pada hari yang sepatutnya. menjadi titik bahagia dalam hidupnya, Zara kehilangan satu-satunya lelaki yang tinggal dalam hidupnya. Adam.

Hidup Zara berubah sekelip mata. Dari seorang gadis ceria, dia kini benci pada masa depan yang dia tidak pernah minta. Hidupnya mula dikelilingi teka-teki, dendam dan rasa bersalah yang tiada noktah.

Zyan Ahmad, sahabat baik kepada arwah Adam pula tidak pernah benar-benar menyukai Zara. Bagi Zyan, Zara hanyalah gadis manja yang merosakkan hidup orang lain. Tapi takdir aneh menyatukan mereka dalam situasi yang tidak terduga. Daripada pergaduhan mulut, muncul simpati. Daripada simpati, muncul perasaan yang perlahan-lahan meruntuhkan. tembok hati mereka.

Namun, kebahagiaan bukan sesuatu yang mudah dimiliki.

Satu demi satu kejadian misteri berlaku termasuk kemalangan yang hampir meragut nyawa, ancaman tanpa wajah dan sebuah konspirasi penuh dendam. Di sebalik segala kekusutan itu, Zyan tak pernah lari malah terus teguh berdiri di samping Zara Adira.

Dibina atas kehilangan. Diuji dengan kebenaran yang menyakitkan.

Mampukah cinta antara Zara dan Zyan bertahan bila luka lama kembali berdarah?

Kerana hidup ini tidak pernah sempurna, tetapi... bila dilalui dengan orang yang tepat segalanya terasa cukup.

They weren't perfect people. But somehow, they made perfect home out of each other.



Start: 29 April 2025
Finish: 21 Jun 2025
All Rights Reserved
Sign up to add Bahagia Tak Sempurna ©️ to your library and receive updates
or
#295romance
Content Guidelines
You may also like
Bidadara Dalam Hati© by haniswrite
86 parts Complete
﷽ 𝐹𝑖𝑟𝑠𝑡 𝐴𝑐𝑡𝑖𝑜𝑛 𝑅𝑜𝑚𝑎𝑛𝑐𝑒 ♡ @haniswrite 🌙 also known as, Bidadara Dalam Hati. Nurul Haira Jannah- Dirinya mungkin disangka naif dan polos jika dinilai dari mata kasar. Namun, dia percaya akan dirinya yang berani dan gagah. Apabila sekali diuji dengan kisah cinta palsu, dirinya kembali tersungkur, tidak berdaya menjadi segagah dirinya yang dahulu. Haira turut mempunyai latar belakang yang tidak seindah yang dibayangkan. Haira akur dengan ketentuan Ilahi. Dia manusia dan hamba yang biasa dan tak mampu mengubah apa-apa. "Lepaskan aku, Ariq! Kau dah melampau!" - Haira Jannah. "Kau takkan mampu bangun. Sekali kau jatuh dalam jerat aku, kau takkan boleh bebas." - Ariq Zayyan. Haira percaya akan dirinya yang mampu bertahan dengan ujian itu. Tatkala semua orang tidak mempercayai dirinya, Haira jatuh terduduk dengan tangan yang tak bersambut. "Aku jijik dengan kau, kau bukan adik aku lagi. Dasar pelacur!" - Hairi Raziq Haira hina dimata semua manusia. Namun, kewujudan seorang lelaki mengubah segala persepsi manusia terhadap dirinya. Haira terhutang budi dan nyawa. Lelaki itu menghulurkan tangan. Bagi Haira, hulurannya penuh dengan duri. Andai disambut, berdarah-darah jarinya. Haira goyah. Dia tidak sempurna. Dia ternoda. "Semua manusia tak sempurna, Haira. Silap besar jika lelaki itu menilai wanita dari kisah silam yang penuh dosa andai Allah sentiasa memberi peluang." - Umi Hidayah. Disaat bahagia yang hampir dikecapi. Luka lama kembali membelenggu diri Haira. Adakah dia sekali lagi tersilap langkah saat pintu syurga seakan terbuka? "Demi Allah bersaksikan langit yang penuh dengan bintang, Hud cintakan Haira sepenuh hati." - Hud Jibril. Ini kisah mereka berdua. Penuh lara. Juga bahagia. "If you are reading this story on any other platform other than Wattpad you are very likely to be at risk of a malware attack. If you wish to read this story in it's original, safe, form, please go to www.wattpad/u
BUKAN AKU YANG KAU CARI by syazyhazyz
44 parts Ongoing
Aira Zahra hidup sebatang kara selepas kematian ahli keluarganya kerana ada yang tidak berpuas hati dengan keluarga Aira. Aira hidup sebatang kara selepas itu dengan menumpang kasih rumah kawan baik lelakinya. Akibat dia terlalu lama menumpang disana, dia terjatuh hati pada kawan lelakinya, Zafran Hazim. Tapi ditolak kerana sudah mempunyai perempuan yang dicintainya. 1 tahun Aira melarikan dirinya ke luar negara untuk memulihkan hatinya dari semua perkara. Selepas kepulangannya ke tanah air, dia memilih untuk duduk dirumah milik kawannya lagi. Zafran mula jatuh hati pada Aira dan cuba mengambil hatinya. Belum sempat dia mencuri hati Aira. Abangnya sudah memikat hati Aira dan melamarnya. Zafran rasa tercabar dengan abangnya. Saya tahu awak masih cintakan saya Aira. - Zafran Hazim. Jangan ungkit kisah lama, sekarang saya dah bahagia dengan abang awak, Haikal. - Aira Zahra. Akibat kata-kata Aira terlalu goreskan hati Zafran. Zafran buang Haikal dari keluarga dan tak pernah anggap Haikal sebagai abang. Kita ni adik-beradik, jangan nak hancurkan semata-mata kerana seorang perempuan. Jangan berfikiran cetek! - Haikal Zarif. Aira, please Aira jangan tinggalkan saya! - Zafran Hazim. Pergi Zafran pergi, selama ni aku hidup bukan untuk kau. Bukan aku yang kau cari. - Aira Zahra. Dapatkah Zafran mencuri hati Aira kembali? Adakah hati Aira masih untuk Zafran? Bolehkah Zafran menerima takdir? Adakah Aira akan kembali kepada Zafran? Atau tetap bersama Haikal? Mampukah Zafran mengharungi semua ini? Mampukah dia?
Hingga Akhir Nanti✔ by unaa_hshm
57 parts Complete
| This was written when I was 15 n 16, and I know that this story is so cliche but I don't have time nor chances to edit it. But anyway thanks for reading! BIARPUN BERAKHIR MASA, TERHENTI NYAWA, AKU MASIH AKAN MENCINTA. Kerana satu peristiwa, yang meragut hampir segala-galanya... Dia kehilangan insan-insan yang paling bermakna dalam hidupnya. "Sara rindu..." Dia hilang kepercayaan dan kasih dari insan yang dahulunya pernah menyayanginya... "Kau diam! Kau tak layak nak cakap macam tu. Sekarang kau berambus dari sini! Berambus! Aku benci tengok muka kau. Pergi!"- Puan Maria. Arisha tidak peduli! Walau seberat manapun hukumannya, Walau seperit manapun dugaannya, Dia akan menerima segalanya. Dan dia akan terus setia. "Sara tak peduli... Walau seteruk mana pun ibu sakitkan Sara, Sara takkan pernah bencikan ibu. Takkan pernah." Ada seorang insan,yang menyaksikan segalanya. Insan yang sentiasa hadir di saat rasa perit mencengkam jiwanya. Dia, seorang Emir Haqiem... yang sanggup mengorbankan kebahagiaannya demi melihat cintanya kembali tersenyum. "Abang tak nak Sara sakit. You had suffered too much. I just can't handle the pain watching you hurting..." Dia akan terus mencintai hingga akhir nanti. Naufal Hafiez. Ternyata kehadirannya memberikan sentuhan berbeza dalam ceritera hidup milik gadis itu, Arisha Qaisara. Sentuhan yang telah menyuntik berjuta harapan baru buat seorang Arisha Qaisara. "Aku harap, kau boleh bagi aku peluang. Aku akan jaga kau. Lindungi kau dari mereka yang selalu sakitkan kau... " Saat hati mulai disentuh rasa, Takdir pula melakarkan kisah berbeza. Ketentuan takdir yang selamanya mengubah ceritera mereka. "I'm sorry for everything... Aku perlu lakukannya demi kita." "Aku akan bahagia bila dia bahagia. Dan aku tahu, hanya kau yang mampu lakukan itu." Hati manakah yang akan masih mampu untuk mencintai hingga akhir nanti? Bagaimanakah akhirnya pengakhiran kisah ini?
DIA ADA CINTA by ByCikNorCinta
23 parts Complete
Novel ini telah DITERBITKAN oleh Suara Hati Publication. Blurb: Seseorang telah memusnahkan seluruh jiwa raganya dan menghilang pergi tanpa bayangan. Tanpa berfikir baik buruknya, Alia mencari lelaki yang mampu menjadi galang gantinya. Dia bertemu dahan untuknya berpaut, tetapi bukan itu yang dia mahu. Seluruh jiwanya memberontak mahukan pembelaan, namun tekanan demi tekanan membuatkan dia semakin penasaran. "Apa hal awak nak peluk-peluk cium saya ni? Saya tak suka tahu tak? Berapa kali nak cakap? Tak faham bahasa ke apa? Jangan kerana awak tu suami saya, awak boleh pegang saya sesuka hati awak aje! - Alia Arman, bukan lelaki itu yang akan menentang. Alia sudah tersalah orang untuk dia melepaskan kemarahan. Dan akhirnya Alia tewas kerana sebuah cinta dan ketulusan. "Mungkin sebagai lelaki, kami ada persamaan tu, tapi abang tak kacau sesuatu yang tak halal untuk abang. Itu bezanya kami walaupun kami sama-sama lelaki. Abang sayang dan cintakan Lia. Abang tahu, Lia percaya abang." - Arman Namun, hadirnya Adam telah mencetus api dendam dan kemarahan lelaki itu terhadapnya. "Awak tak layak untuk abang saya. He deserve to get the best and it's not you, Alia." - Adam. Dan wujudnya sebuah cinta yang sekian lama terpendam di hati Sara untuk Arman, telah memusnahkan sebuah kepercayaan, sementara Adam menjadi penambah perisanya. "Saya tahu awak suami orang tapi saya rindukan saat-saat kita dulu and I just want to bring that moment comeback to me. That's all." - Sara "Wow! What a great scene ever. Seorang isteri sedang melihat suaminya bersama perempuan lain. Sadis betul drama ni." - Adam "Ni mesti mama tak tahu kan?" - Adam "Kau sanggup bagitahu mama? Apa yang kau nak bagitahu?" - Arman Siapakah Adam kepada Alia dan apakah rahsia di sebaliknya? Dengan adanya Sara dan Puan Mastura di antara mereka, mampukah Arman dan Alia mempertahankan rumah tangga yang sekian lama dibina? -cnc-
Broken Home: Grey Eyes  by FeaSTAY
80 parts Complete Mature
(Complete) #Series 1 Zara Liayana membesar dengan luka yang tidak pernah sembuh - satu malam berdarah meragut nyawa kedua ibu bapanya, dibunuh oleh sosok bertopeng dengan mata kelabu yang tajam. Bertahun berlalu, mimpi buruk itu masih memburunya... dan luka di bahunya menjadi peringatan paling nyata bahawa pembunuh itu masih hidup. Dan mungkin... masih mencarinya. Kehidupannya berubah apabila Aidan Reza, teman lamanya yang pernah mengisi ruang kecil dalam hatinya semasa tadika, muncul semula - kini sebagai seorang remaja pendiam bermata ganjil, satu biru dan satu hazel. Tapi Aidan bukan lagi budak kecil dulu. Dia menyembunyikan sesuatu - sesuatu yang berkait rapat dengan dunia gelap yang tidak pernah Zara bayangkan. Dikelilingi keluarga yang kejam dan pembunuhan yang seolah tiada penghujung, Aidan terperangkap antara melindungi Zara... atau membiarkannya pergi demi keselamatannya. Namun apabila mesej-mesej misteri mula muncul. Apabila darah mula menitis lagi. Zara mula sedar - bayang lama belum hilang... dan mata kelabu itu sedang memerhati. ⚠️Cerita ini mengandungi unsur keganasan fizikal dan emosi, darah, trauma, penyalahgunaan, serta tema sensitif lain. tidak sesuai untuk pembaca bawah umur atau yang mudah terkesan secara emosi. Sila baca dengan berhati-hati.... Cerita ini adalah 100% fiksyen dan tidak berdasarkan kisah sebenar. 📔Sebelum cerita bermula, terdapat bahagian profil dan biodata watak untuk rujukan pembaca.
Anugerah Terindah [C] by ainelaaa
60 parts Complete
↳ KARYA KETIGA Tiada yang lebih menyakitkan melainkan rindu yang kian menggebu terhadap orang yang sudah pergi meninggalkan dunia. Kematian tunang kesayangan membuatkan Khalish Rifqi hilang arah. Dia merasakan hidupnya kelam setelah cintanya turut terkubur bersama si pemegang hati. Tiga tahun telah berlalu, hati masih tetap setia dengan yang satu sehinggalah takdir membawanya ke satu pertemuan dengan seorang gadis bernama Haania Aylin. "By the way, saya nak jadi kawan awak boleh? - Khalish Rifqi Hidup Haania Aylin penuh dengan kesunyian. Membesar di rumah anak yatim tanpa mengetahui siapa keluarganya. Hidupnya hanya berseorangan, merasakan bahawa jika kedua-dua ibu bapanya pun sanggup membuangnya, apatah lagi orang lain? Pertemuan dengan Khalish memberi sinar baharu. Lelaki itu datang mengisi kesunyian yang ada, melenyapkan segala persepsi yang ada. Rumah tangga dibina membuatkan Haania Aylin merasakan dia wanita yang paling bahagia. "Nia rasa hidup Nia macam dah lengkap. Tak macam sebelum ni. Sekarang, Nia dah ada abang dan selamanya pun Nia akan cintakan abang." - Haania Aylin Namun, apa yang terjadi apabila ayat yang pernah diungkap itu mula sirna selepas terbongkarnya satu rahsia yang sudah tentunya merobek jiwa milik Haania Aylin? "Nia pernah anggap abang adalah anugerah terindah dalam hidup Nia, tapi Nia salah. Ternyata abang hanya bawa luka yang lagi dalam dari apa yang Nia pernah rasa sebelum ni..." - Haania Aylin Dia yang disangkakan bahagia, namun ternyata, hanya luka. Akan adakah cahaya kebahagiaan untuk mereka berdua?
BUNGA AZALEA 1 ✅ by kashrinahaider
71 parts Complete Mature
Hadif Qalish dibesarkan dengan cara yang keji oleh ibunya. Disajikan dengan hubungan jijik mama dengan kekasih gelapnya didepan mata, membuatkan dia tidak mempercayai perempuan. Lagi-lagi apabila mama dan teman lelakinya menderanya dari kecil. Dia tiada rakan, teman wanita jauh sekali. Hidupnya hanya ada dia dan bapanya sahaja, Qayyum yang lumpuh separuh badan. Dalam hatinya membenci wanita, Hadif terpikat pula dengan seorang gadis cantik dan popular di kolejnya. Azalea Afeefa. Afeefa yang tidak henti-henti mendekatinya sehingga dia tidak sedar terjatuh di dalam rancangan busuk Afeefa dan rakannya. Afeefa mempermainkan dirinya dan menjatuhkan maruahnya dihadapan semua orang. Disebabkan kejadian itu, hati Hadif sudah tertutup untuk mempercayai kata-kata perempuan. 4 tahun berlalu, menjadikan dia lelaki seorang yang tegas. Arahannya harus dipatuhi! Tiada perkataan manis yang akan keluar dari bibirnya. Tiada senyuman terlakar dimukanya. Tiada belas kasihan. "Saya akan tunggu kemaafan dari awak hingga akhir hayat saya" "Kau jangan ingat aku akan percaya cakap kau. Kau tu penipu! Penipu memang selalu menipu. Aku tak kisah lah kau nak mati sekalipun." Kemunculan Thaqif membuatkan Afeefa tidak tenang. Bagaimana reaksi Hadif jika dia tahu apa yang terjadi antara Thaqif dengannya? Makin bencikah Hadif padanya? Sampai bila Afeefa akan bertahan? Sampai bila ego Hadif akan tetap berdiri teguh? Kalau sayang, mengapa menyakiti ? "Kau ibarat bunga azalea, cantik tapi beracun" ⚠️TRIGGER WARNING ⚠️ CERITA INI MENGANDUNGI ADEGAN PENDERAAN DAN MATANG. TIDAK SESUAI BAWAH UMUR. START : 1 MEI 2018 END: 10 NOVEMBER 2021
BUNGA TERAKHIRKU ( salahkah terus berharap?) by _dahliaseroja
30 parts Complete Mature
"Ira, kau dah tidur ke?" soal Zakhwan yang menjenguk dari bawah ke atas katil untuk melihat Amara yang berada di atas katil. "belum." Jawab Amara dengan mata tertutup. "dari aku balik haritu, aku tak sempat lagi tanya kau satu soalan." Tambah Zakhwan yang teragak -agak ingin bercakap. "ape dia?" soal Amara. "kau ok?" tanya Zakhwan dengan ringkas. Lama Amara terdiam lalu membuka matanya dan terus berfikir. " tak. Ira tak ok , hati Ira sakit sangat, Ira dah tak boleh sembunyikan rasa sakit ni bang. Ira percaya yang benda ni mungkin akan baik seiring dengan berjalannya waktu, tapi sakit sangat bang. Adil ke bang? Adil ke untuk Ira terus rasa sakit sedangkan dia bahagia dengan perempuan tu." Kata Amara panjang lebar dengan nada suara menahan sebak. Zakhwan mula memalingkan badannya ke kiri untuk menghadapkan badanya ke Amara. "Ira, tak semua percintaan berakhir dengan penyatuan, ada yang berakhir dengan kepergian. Lepakan dan ikhlaskan" Kata Zakhwan. "kalau dari awal bukan Ira yang dia nak, kenapa beri kenangan indah, kemudian bagi duri beracun yang musnahkan segalanya?" amara berkata lagi. "Ira tahu tak salah satu kelemahan sesetangah lelaki?" tanya Zakhwan. Amara hanya diam kali ini. "cinta pertama, lelaki boleh jadi orang paling kuat setelah disakiti tapi boleh jadi sebodoh-bodohnya bila cinta pertama datang semula. Dan sehebat apapun kau, kalau dia masih berharap pada masa lalu, kau cuma akan dapat sakit." Kata Zakhwan. "bodoh kan Ira bang, terlanjur cinta dengan orang sikit pon tak cintakan Ira." Tambah Amara. "Ira... siapa kita nak ubah takdir, semua yang jadi atas kehendak Allah bukan sebab untuk melemahkan tapi untuk menguatkan." Kata Zakhwan.
Kerana Cinta ©️ by nsyqilla
64 parts Complete
1st story :) AMARAN: CERITA NI CRINGE DAN TAMPIL TANPA EDIT!! Cinta? Usah disebut tentang perasaan itu. Hakikatnya rasa itu sudah lama mati dalam dua hati. Ada dua hati yang pernah ditikam dengan aksara itu. Bah kan ada dua hati yang hancur hanya kerana cinta. Ayra Qistina. Dia syukuri nikmat tuhan. Kehidupannya tenang. Tak ada badai. Tak ada ombak. Hanya sekadar lautan yang tenang. Segalanya berakhir hanya dengan satu pertemuan, segalanya berubah. Hatinya hancur. Kepercayaannya musnah. Kad undangan perkahwinan dihulur tanpa ada namanya walhal dia lah yang selama ini menyulam cinta bersama sang pujaan hati. Arian Daniel. Mungkin benar kata orang perasaan sebegini lebih baik dipendam sendiri. Keputusannya untuk menghantar rombongan meminang untuk si gadis akhirnya menemui titik terendah dalam hidupnya. Pinangan di tolak! Bahkan gadis itu memilih untuk bersama dengan pasangan hidup pilihannya. Bagi mereka tak ada beza di antara lara dan renjana. Bah kan keduanya sama mengundang luka yang parah malah disulam sengsara. Teruk. Siapa sangka, lantai takdir tuhan itu indah. Dua hati yang retak ini disatukan dalam satu hubungan yang diredhai. Keduanya saling mengubati. Merawat segala parut lama. Namun, alam perkhawinan tak sering kali indah. Tiang masjid mereka goyah. Antara isteri dan sahabat. Arian bagaikan tersepit di tengah. "Aku sanggup bermain dengan nyawa manusia hanya untuk dapatkan Arian." -Citra. "Dan aku sanggup mati untuk orang yang aku sayang." -Arian Daniel. +pretty cover from izzlawa
SALAHKAN AKU by RabihahNurRidhuan
60 parts Ongoing
Kemalangan itu cuma tiga saat... tetapi kesannya, seumur hidup. Fayyad kehilangan segalanya dalam dentuman yang sepatutnya tidak berlaku. Penglihatan, kerjaya, harga diri, dan masa depannya. Dunia yang dulu terang kini tinggal kelam.Dan orang yang menyebabkan semua itu masih hidup. "Kita ni doktor, Is. Kita dicipta untuk selamatkan orang. Tapi kali ni, akulah punca kematian. Dan kalau aku gagal tarik Fayyad balik ke dunia ni... aku pun dah tak layak untuk terus hidup lagi." - Hana Hana, seorang doktor yang sepatutnya menyelamatkan nyawa, tetapi kali ini dia telah membunuh satu nyawa kerana kelalaiannya. Apa yang lebih menyakitkan dia hanya luka ringan sedangkan adiknya mati dalam pelukan, dan Fayyad buta seumur hidup.Rasa bersalah itu membelit setiap nafasnya. "Kau curi hidup aku! Kau ambil mata aku... dan sekarang datang dengan air mata bodoh tu?! Kau fikir... dengan menangis depan aku, Tuhan akan pulangkan penglihatan aku?!" - Fayyad "Fayyad... bunuh aku kalau itu boleh buat kau lega. Aku tak kisah. Aku memang patut dihukum." - Hana Fayyad tak pernah lupa, dan tak akan pernah maafkan. Apatah lagi bila tunang Hana sendiri, Dr. Iskandar menjadikan cemburu sebagai senjata untuk menjatuhkannya. "Ada sesuatu dalam mata dia... yang buat Is rasa cemburu dan takut. Walau Fayyad hancur, dia tetap ada ruang dalam hati Hana. Dan ruang tu... bukan untuk Is." - Iskandar Pertemuan semula mereka di Singapura, dalam projek teknologi untuk orang buta, menyalakan kembali luka yang belum sembuh. Dan di tengah tekanan masa, Hana membuat keputusan gila. "Kalau satu-satunya cara awak boleh teruskan rawatan ini... adalah dengan status sah untuk tinggal di sini... Kahwin dengan saya. Kontrak. Enam bulan. Cukup untuk mohon long-stay visa. Lepas itu, awak bebas." - Hana Salahkan Aku adalah kisah tentang jiwa yang mati sebelum waktunya. Tentang dosa yang tak boleh diampunkan. Dan tentang cinta yang mungkin wujud... tapi dibina atas kubur rasa bersalah dan kemarahan yang tak pernah padam.
TUNKU'S SENORITA [slow update] by irdaina
24 parts Ongoing
[First Story] Ayra Dayana-anak kepada Dato' Azhari Ahmad. Dilahirkan dalam keluarga ternama, dia seorang gadis yang ceria, mesra, dan mudah bergaul. Dengan kulit seputih mutiara dan mata hazel yang redup, dia sentiasa tampak tenang dan penuh pesona. Hidupnya seolah-olah sempurna, dipenuhi kasih sayang dan kebahagiaan. Tapi semua itu hanyalah dusta semata- mata. Dengan hanya satu tragedi telah meranapkan dunianya. Dalam sekelip mata, Ayra Dayana yang periang lenyap. Dia berubah menjadi seorang yang dingin, pendiam, dan menjauhkan diri dari semua orang. Hatinya kosong. Percaya pada manusia? Tidak lagi. Dunia yang dulu terasa indah kini penuh kegelapan. Di saat dia berada di titik terendah, hadir seorang lelaki yang tak dikenali. Kehadirannya aneh, seolah-olah dia sudah lama ada, memerhati dari jauh dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk muncul. Lelaki itu tidak banyak bicara. Namun, tatapan matanya penuh rahsia. Langkahnya sentiasa ada di mana-mana, seakan-akan bayang-bayang yang setia mengekori. "And who is he?" "Dar." Dar? Siapa lelaki itu? Mengapa setiap kali Ayra di dalam waktu kesukaran, dia tetap ada? Adakah dia penyelamat... atau sekadar pemerhati dalam kisah hidup Ayra yang semakin kelam? Dan yang paling penting, apakah rahsia yang dia sembunyikan? Adakah pertemuannya dirancang atau sebaliknya? Siapakah sebenarnya lelaki yang bernama Dar? Dan adakah dia mampu untuk bahagia? ⚠️Maaf kalau banyak kesalahan tatabahasa, saya budak baru belajar ⚠️No copied ⚠️2 pengarang dalam 1 cerita ⚠️Banyak typo this is second account, from TUNKU'S STORY. Please, support us, thank you! Jangan lupa vote jugaa, thank youu!!
【C】SABAR SEORANG LELAKI by HarrinAiris
88 parts Complete
『𝓢𝓪𝓫𝓪𝓻 𝓢𝓮𝓸𝓻𝓪𝓷𝓰 𝓛𝓮𝓵𝓪𝓴𝓲』 ● ● ● Adam Daniel Seorang pemilik hati yang tulus namun dikaburi dengan perwatakan kasar. Anak haram? Anak zina? Tak sah taraf? Ya, itulah panggilan tetap dan kekal untuknya. Sabar adalah sahabatnya dan tabah adalah kekasihnya. Hatinya kental, keras dan cekal dek sejarah hitam asal usulnya. Sejarah bagaimana dia boleh terbentuk dalam rahim sang ibu. Hinaan dan cacian sudah cukup sebati dalam diri. "Anak haram ke anak sial ke sama je." "Baik mati dari malukan keluarga." Dia hanya seorang insan yang mahukan kasih sayang keluarga. Bukan seorang yang tidak punya hati saat dipijak oleh manusia apatah lagi dari manusia bergelar ayah yang membuatnya lebih menderita. "Kau patut bersyukur aku simpan kau dalam rumah ni. Kalau aku buang kau, pengemis pun jijik nak tengok kau." - Tan Sri Azmi Ya, hidup Adam tak ubah seperti anjing jalanan! ᚔ Adam dipaksa berpindah ke sekolah paling kaya di Malaysia yang cuma pentingkan nama dan pangkat. Pembohongan status sebenar keluarganya membuat dirinya dibuli agak teruk. Tetapi, dia akan pastikan kehidupan peribadinya tak terjejas. Rahsianya akan sentiasa tersimpan rapi. Namun hanya kerana satu peristiwa, Adam mengambil peluang membantu mangsa buli yang lain. Lebih aneh, mereka mahu Adam yang tak mahu terlibat dengan sesiapa menjadi teman mereka. "Boleh tak kalau Fiqri nak kawan dengan Adam?" - Fiqri "Awak lelaki kan? Saya perempuan! Kita boleh jadi kawan." - Tiara "Aku nak kawan dengan kau. Betul!" - Nayli "Aku nak jadi kawan kau." - Lukman Tetapi, adakah hidup Adam Daniel akan sentiasa lancar di sekolah itu? Bagaimana hubungan persahabatan mereka jika sejarah hitam di sekolah lama membuat Adam sukar percaya pada sesiapa? Dan, adakah rahsia Adam akan sentiasa terkubur? Akankah muncul kebahagian buat Adam setelah sekian lama lelaki berjiwa sabar ini menderita? Brain: Be patient Heart: Until when..?
You may also like
Slide 1 of 20
Bidadara Dalam Hati© cover
Di Antara Kita cover
Pengorbanan Sang Isteri  cover
BUKAN AKU YANG KAU CARI cover
Cinta Kita✔️ cover
Hingga Akhir Nanti✔ cover
DIA ADA CINTA cover
Cinta tanpa duga cover
𝐑𝐚𝐡𝐬𝐢𝐚 𝐃𝐢𝐬𝐞𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 cover
THB [Treat Her Better] cover
Broken Home: Grey Eyes  cover
Anugerah Terindah [C] cover
BUNGA AZALEA 1 ✅ cover
BUNGA TERAKHIRKU ( salahkah terus berharap?) cover
Cinta Hati Mr. Annoying cover
Kerana Cinta ©️ cover
SALAHKAN AKU cover
TUNKU'S SENORITA [slow update] cover
MRS.ZARIEL MIKAEL (Complete)  cover
【C】SABAR SEORANG LELAKI cover

Bidadara Dalam Hati©

86 parts Complete

﷽ 𝐹𝑖𝑟𝑠𝑡 𝐴𝑐𝑡𝑖𝑜𝑛 𝑅𝑜𝑚𝑎𝑛𝑐𝑒 ♡ @haniswrite 🌙 also known as, Bidadara Dalam Hati. Nurul Haira Jannah- Dirinya mungkin disangka naif dan polos jika dinilai dari mata kasar. Namun, dia percaya akan dirinya yang berani dan gagah. Apabila sekali diuji dengan kisah cinta palsu, dirinya kembali tersungkur, tidak berdaya menjadi segagah dirinya yang dahulu. Haira turut mempunyai latar belakang yang tidak seindah yang dibayangkan. Haira akur dengan ketentuan Ilahi. Dia manusia dan hamba yang biasa dan tak mampu mengubah apa-apa. "Lepaskan aku, Ariq! Kau dah melampau!" - Haira Jannah. "Kau takkan mampu bangun. Sekali kau jatuh dalam jerat aku, kau takkan boleh bebas." - Ariq Zayyan. Haira percaya akan dirinya yang mampu bertahan dengan ujian itu. Tatkala semua orang tidak mempercayai dirinya, Haira jatuh terduduk dengan tangan yang tak bersambut. "Aku jijik dengan kau, kau bukan adik aku lagi. Dasar pelacur!" - Hairi Raziq Haira hina dimata semua manusia. Namun, kewujudan seorang lelaki mengubah segala persepsi manusia terhadap dirinya. Haira terhutang budi dan nyawa. Lelaki itu menghulurkan tangan. Bagi Haira, hulurannya penuh dengan duri. Andai disambut, berdarah-darah jarinya. Haira goyah. Dia tidak sempurna. Dia ternoda. "Semua manusia tak sempurna, Haira. Silap besar jika lelaki itu menilai wanita dari kisah silam yang penuh dosa andai Allah sentiasa memberi peluang." - Umi Hidayah. Disaat bahagia yang hampir dikecapi. Luka lama kembali membelenggu diri Haira. Adakah dia sekali lagi tersilap langkah saat pintu syurga seakan terbuka? "Demi Allah bersaksikan langit yang penuh dengan bintang, Hud cintakan Haira sepenuh hati." - Hud Jibril. Ini kisah mereka berdua. Penuh lara. Juga bahagia. "If you are reading this story on any other platform other than Wattpad you are very likely to be at risk of a malware attack. If you wish to read this story in it's original, safe, form, please go to www.wattpad/u