ELYSHA ZULAIKHA seorang gadis yang ceria dan mungkin agak 'gedik' bagi sesetengah orang. Pencinta seni nombor satu dan anak bongsu Puan Marinda.
"Aku nak lelaki handsome je. Macam imaginasi aku tentang lelaki fictional!" -ELYSHA ZULAIKHA
Dia lah perempuan yang suka mainkan hati lelaki. Bagi rakan-rakannya, Elysha ini bahaya orangnya! Elysha seorang yang pandai berlakon, mainkan hati orang dengan sifat cerianya. Hanya mahu lelaki kacak paras-paras lelaki Turki, wajah sendiri pun tidak lepas beauty standard di Malaysia.
QAIDER LUTHFAN ialah komander tentera laut Malaysia. Disebabkan sifatnya yang tidak suka bergaul, buatkan Qaider melarang keras sebarang akhbar tentang dirinya. Termasuklah tentang identitinya di luar negara.
"Perempuan tu biasa je. Cuma extra... Gedik." -QAIDER LUTHFAN
Pertemuan di restoran buatkan hati Elysha tergugat melihat wajah kacak milik Qaider. Tegap, tinggi, handsome. Full pakej, siapa je yang pandang sekilas? Qaider pula langsung tidak tahu tentang kewujudan Elysha.
Kerana Elysha yang tergedik-gedik dan ibu Qaider yang menyukai sifat Elysha, mereka akhirnya akan berkahwin. Walaupun lama kelamaan perangai Elysha makin berubah. Elysha seperti mahu lari dari perkahwinan itu dan itu buatkan Qaider bengang.
"Kau yang tergedik-gedik nak kahwin dengan aku, sekarang dah kahwin kau pula yang nangis bagai." -QAIDER LUTHFAN
Rahsia yang Elysha langsung tidak tahu kewujudannya perlahan-lahan terbongkar. Dengan kehadiran bekas rakan sekelasnya, Rasha, makin buatkan hati Elysha goyah.
"Saya pendosa, Qaider.."
KARYA PERTAMA
Arash Arjuna, seorang pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang disenangi ramai kerana akhlaknya yang murni. Dia diberikan didikan agama yang mencukupi tetapi setiap insan pasti mempunyai kekurangan tersendiri.
Aleeya Mikayla, dia bekerja sebagai seorang pakar bedah jantung yang cemerlang. Dia dikurniakan keluarga yang bahagia pada mulanya tetapi berubah sekelip mata kerana satu tragedi hitam yang melanda keluarganya.
"Saya memang hidup hanya untuk dipersalahkan ke? Saya tak mampu nak hadap." - Aleeya Mikayla
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." - Arash Arjuna
-
"Mungkin kau adalah jawapan pada semua doa yang aku langitkan." - Arash Arjuna
"Saya tak sebaik yang awak fikirkan. Saya pun benci diri saya apatah lagi orang lain?" - Aleeya Mikayla
Apa yang akan terjadi di antara mereka selepas ini?
⚠ cliche
⚠ typo di mana-mana
⚠ DILARANG PLAGIAT
Start - 27/9/2024
End -