Umur CEO Jeo Jihoon semakin tua, ia bergantung keada anak sulung perempuannya untuk meneruskan syarikat ataupun Jeo Jihoon akan beri kepada anak saudaranya yang lebih tua. Namun anak perempuan sulungnya Jeo Bora sanggup menerima jawatan sukar yang diperlukan walaupun impian utamanya adalah untuk menjadi pereka fesyen kerana mahu gembirakan adiknya yang sedang sakit. Sebelum boleh menggalas tanggungjawab lebih besar, Jeo Jihoon memberikan satu tugas untuk popularkan sebuah kumpulan yang bakal debut. Ia bergantung kepada Jeo Bora untuk tentukan konsep dan fesyen kumpulan tersebut. Dalam dia menjaga kumpulan tersebut, dia juga mengembangkan bakatnya dalam fesyen dan menjaga rapi gaya mereka agar tiada istilah cetak rompak dan gaya buruk. Pada masa yang sama, Jeo Bora menjadi begitu rapat dengan ketua kumpulan tersebut iaitu Cha Lee Han, seorang gadis yang mempunyai aura positif dan baik namun hanya dia saja yang nampak apa dibelakang tabir Lee Han pernah lakukan. Kehadiran Jeo Bora tidak disenangi apabila sepupunya sendiri rasa marah dengan Jeo Bora yang merampas peluang jawatannya.All Rights Reserved
1 part