Empat lelaki yang mampu menukar fizikalnya menjadi merong dan seorang ahli sihir kolot. Bagi bentala Benua Delara, pertemuan mereka berlima adalah detik permulaan bagi kehancuran manusia. Tetapi, tiada seorang pun tahu bahawa nakhoda Delara sendiri yang menjadi punca kebangkitan mereka berlima. "Vangelia takkan berdiam diri selagi saya masih hidup, Evan. Awak sedar atau tidak yang awak sedang menyusahkan diri sendiri, selamatkan penjenayah ini?" - Rathena "Then what about me? What about Drake, Nash and Merlin? Aren't we the same?" - Evander Dendam, jauh sekali untuk mereka lunaskan. Tetapi Evander cuma punya satu misi yakni menyelamatkan ibundanya yang berada di bawah tahanan manusia yang tamak dan gila kuasa.