Hanis Aliya, seorang gadis berumur 18 tahun. Hidupnya biasa saja seperti orang lain, mula belajar dari tadika, sekolah rendah seterusnya sekolah menengah. Ok mungkin tidak begitu biasa. Hampir semua arus pendidikannya berpusat pada sekolah agama. Tadika pasti, sekolah rendah Islam, sekolah menengah islam juga. Kesemuanya sekolah harian, sepanjang masa bersama keluarga, rakan-rakan juga tidak putus berhubung dengannya. Baginya, itu biasa. Berbalik pada kehidupannya, dirinya dijaga, ditatang bagai minyak yang penuh. Wanita yang boleh hidup sendiri tanpa bantuan orang lain? Muslimah yang tidak perlukan perhatian lelaki? Mungkin terlalu awal untuk dikatakan sedemikian, tetapi itulah semangat yang disuntik dalam dirinya apabila ingin melangkah ke alam seterusnya, alam universiti. Tapi, di tengah-tengah perjalanan, semangat itu mula.... goyah. Kenapa jadi begini? Apa yang jadi? Siapa dia? Kenapa lelaki ini membuatnya jadi, bukan dirinya?? Nak tahu? Kenalah baca;)