Kisah seorang gadis yang masa lampaunya di penuhi rasa hina dan di buang keluarga. Dia membawa diri ke kampung halaman atuk dan neneknya.
"Aduh, kenapa malang sangat nasib aku harini?. Dah lah pagi tadi kena tanduk dengan kambing atuk, sekarang ni kena langgar pulak" -Nur Aliana Amina
Kereta Mercedes AMG CLA45S yang berwarna hitam dilirik. hmph!, kereta mahal tapi bawak macam orang gila. Tangan menepuk lutut dan punggung untuk membuang debu pasir. Pintu kereta di bahagian pemandu terbuka dan seorang jejaka menapak keluar.
"Hoi!, pakcik!. Tak reti bawak kereta betul-betul ke hah?!" -Nur Aliana Amina
"Pakcik?. Siapa pakcik kau?!" -Muhammad Amran Luqman
"Awak lah, pakcik!. Tak kan lah saya panggil lembu tu pulak?" -Nur Aliana Amina
"Elok sikit eh?, umur aku baru 27 tahun tau!" -Muhammad Amran Luqman
"Tua lah tu!, saya 23 tahun tau" -Nur Aliana Amina
beza 4 tahun je pun.
"Awak, siapa nak tolong ambilkan basikal saya dalam parit besar tu?. Awak lah ambilkan sebab awak yang langgar saya" -Nur Aliana Amina
Jejaka itu melirik ke arah basikal yang tenggelam di dalam parit itu. Bibir di gigit untuk menahan tawa.
"Beli baru ajelah, senang. Bagi nombor telefon kau sini, nanti aku ganti" -Muhammad Amran Luqman
Hari demi hari, hubungan mereka jadi rapat sejak gadis itu tau yang jejaka itu kenalan atuk dan neneknya. Lama kelamaan terbitlah rasa suka sama suka.
Kedatangan jejaka itu di dalam hidup gadis itu mengisi kekosongan di dalam hatinya.
Sampai lah satu hari. Tentang masa lampau gadis itu terbongkar, segalanya membuat gadis tersebut lemah dia ingin membawa diri jauh dari jejaka itu.
"Amina, aku tetap sayang kau walau apa pun yang terjadi" -Muhammad Amrn Luqman
Namun, gadis itu tetap membawa dirinya jauh dari jejaka itu.
Sepanjang 5 bulan, jejaka itu tetap mencari gadis kesayangannya itu di seluruh tempat.
BTE OFFICIAL COMPLETED
Tuan Elqar Zuhayr usahawan muda yang tampan dan berjaya , kemewahan selama ini dia rasai membuatkannya terleka dalam arus dunia . Takdir kehidupan bertindak diluar jangkaan apabila Tuan Elqar mengalami kecederaan parah dalam nahas kemalangan jalan raya , kereta yang dipandu dalam keadaan mabuk tersasar menghentam ke bahu jalan .
Kini , Tuan Elqar disahkan lumpuh separuh badan . Hidupnya terasa hancur seketika
Puan Sri Nor yang khuatir anaknya bakal jangkau usia 30-an tapi masih belum beristeri tambahan keadaan anaknya yang lumpuh , membuatkannya nekad mencari seorang isteri dari untuk Elqar . Berapa jumlah wang yang diinginkan pasti diberikan dengan syarat gadis itu mampu merawat dan menerima keadaan anaknya .
Eisya gadis miskin yang terdesak bagi mendapatkan wang untuk pembedahan jantung sang adik sanggup berkorban apa sahaja , namun sangkaannya meleset apabila Tuan Elqar enggan menerima dirinya . Hanya diatas kertas dia bergelar isteri kepada Tuan Elqar tapi kenyataannya dia bagai hamba abdi kepada lelaki itu .
" Eisya ! Eisya ! Kau pekak ke ? Aku panggil kau ! Aku nak air ! Hidup kalau menumpang harta orang pandailah jaga diri ! Ni selekeh perempuan kampung ! Tak pandai jaga suami ! "
Eisya hanya diam diri tahan sebak dimarahi suami sendiri .
" Ba - ik tuan ... "
Berlangsung 5 bulan pernikahan rasa cinta dihati Eisya bercambah untuk Tuan Elqar , namun lelaki itu seolah mati rasa dan enggan menerimanya .