6 parts Ongoing "Saya betul-betul cinta awak sampailah hari ni. Cuma saya kena terima bukan hanya awak ada dalam hati saya. Ada dia jugak. Dan makin lama saya sedar yang saya lebih sayang dia dari awak. Sebab tu saya pilih lepaskan awak dan pergi pada dia." - TAUFIQ
Tak pernah ELMA sangka, dia akan ditinggalkan tunang tersayang sedangkan majlis mereka hanya berbaki lagi tiga hari. Merayu? Takkan! Dia tidak akan pujuk sekalipun terpaksa menanggung malu. ELMA menjalani hidup dengan status single and available sehinggalah...
"Aku sudi kahwin dengan kau." - NA'AZ
"So berapa kau nak?" - ELMA
"Berapa kau mampu bayar aku untuk pengorbanan aku tolong kau?" - NA'AZ
ELMA tidak tahu dari mana lelaki yang bernama NA'AZ itu muncul. Lagak NA'AZ seperti mereka saling mengenali. Tapi puas ELMA cuba ingat, nama NA'AZ tetap tiada dalam memorinya.
Tapi itu tidak penting. Yang pasti kemunculan NA'AZ tepat pada masanya. Sekalipun merasakan ada 'sesuatu' pada NA'AZ, dengan berani ELMA menerima lamaran lelaki itu.
"Apa yang kau cuba buat? Kenapa kau kahwin dengan aku? Kau nak pergunakan aku?" - ELMA
Tidak sampai 24 jam bergelar isteri, rahsia siapa sebenarnya NA'AZ akhirnya terbongkar. Kerana tidak dapat terima kenyataan perceraian segera dituntut!
"Kita kahwin semata-mata untuk dapatkan anak. So sekarang kita fokus pasal anak dulu. Malam ni yang kau tunggu-tunggu, kan? Kata kau cepat kau mengandung, cepat hal kita settle." - NA'AZ
ELMA buntu apabila NA'AZ mula menuntut anak daripadanya, sesuai perjanjian mereka sebelum kahwin.
"Aku tak nak anak, tapi kalau kau masih nak teruskan...kau boleh paksa aku." - ELMA
"Jangan risau aku bukan lelaki gelojoh. Aku boleh tunggu dan sabar. Cuma aku nak ingatkan, aku takkan lepaskan kau selagi kau tak lahirkan anak aku. Itu janji aku." - NA'AZ