MAID TUAN ZAYNE (ON GOING)
17 parts Ongoing -MAID TUAN ZAYNE-
-Dylia Raisha-
Dylia Raisha seorang gadis berumur 24 tahun, terpaksa bekerja sebagai pembantu rumah di rumah keluarga Zayne Al Rayyan, CEO syarikat Zayne's Wild Sweets.Dengan latar belakang keluarga yang susah,Dylia tidak dapat meneruskan pelajaran dan harus menerima pekerjaan itu demi menyara keluarganya.Walaupun bekerja dengan penuh dedikasi,hubungan Dylia dengan Zayne penuh dengan ketegangan.Mereka sering bertelagah dan berdebat,seperti anjing dan kucing, tetapi hubungan meraka tidak pernah sampai ke tahap kebencian
"Elehh ingat saya nak sangat ke tengok awak ha? orang tua memang macam ni eh? kuat perasan"-Dylia Raisha
-Muhammad Zayne Al Rayyan-
Zayne, seorang lelaki berusia 28 tahun yang serius, dingin, dan sukar untuk senyum, tidak pernah menunjukkan perasaan kepada sesiapa kecuali keluarganya. Dia dikenali sebagai lelaki yang tidak mudah untuk menunjukkan senyuman dan perasaan dan agak jauh dengan orang lain. Walaupun demikian, dia sangat dihormati dan berjaya dalam perniagaannya. Namun, Zayne kini berada dalam situasi yang mendesak - usianya hampir mencecah 30 tahun, dan keluarganya mulai mendesaknya untuk berkawin. Dalam keadaan terdesak, Zayne terpaksa menerima perkahwinan yang diaturkan oleh keluarganya, dan malangnya, Dylia dijadikan pilihan oleh ibunya sebagai calon isteri.
"Tengok la puas-puas sayang, aku kan milik kau..selamanya milik kau"-Muhammad Zayne Al Rayyan
Walaupun Zayne dan Dylia tidak berhubungan dengan baik, mereka akhirnya dipaksa untuk berkahwin. Perkahwinan yang bermula dengan pertengkaran dan ketegangan semakin lama semakin membuka ruang untuk mereka mengenali satu sama lain lebih mendalam. Dylia yang lebih ceria dan bersemangat, mulai melihat sisi lain Zayne yang dulunya sukar tersenyum, mula menunjukkan kasih sayangnya kepada Dylia.