HAK MILIK HAQ RAES [EBOOK]

HAK MILIK HAQ RAES [EBOOK]

  • WpView
    Leituras 613
  • WpVote
    Votos 30
  • WpPart
    Capítulos 12
WpMetadataReadMaduroEm andamento
WpMetadataNoticeÚltima atualização sáb, abr 27, 2024
WpInfo
Ficção
Romance
KHAYRA NASREEN dibesarkan oleh keluarga angkat sejak dari umurnya 1 hari. Dia tidak pernah kenal ibu bapa kandungnya dan kasih sayang yang dicurahkan oleh keluarga angkatnya sentiasa cukup. Namun Haq Raes iaitu abang angkat Khayra tidak pernah menganggap dia sebagai adik. Sering kali dibuli oleh Haq Raes kerana lelaki itu tidak sukakan kehadiran Khayra. Dalam diam, Khayra menyimpan perasaan terhadap abang angkatnya walaupun hatinya sering terluka. Dalam benci, Haq Raes tetap mengambil berat terhadap Khayra sehingga membuatkan Khayra jatuh cinta pada lelaki itu. Beraninya seorang Khayra, dia meluahkan perasaan terhadap Haq Raes. "Khay cintakan abang Raes." - Khayra Nasreen. "Aku tak pernah cintakan kau dan aku bencikan kau, Khayra." - Haq Raes. Perginya Khayra membuatkan hidup Haq Raes tidak lengkap. Hatinya risaukan Khayra dan menyedarkan dia tentang satu perasaan yang telah tumbuh tanpa dia sedar. Malah ibunya turut bersedih dan jatuh sakit membuatkan Haq Raes rasa bersalah. "Ikut abang Raes balik, Khay. Ibu rindukan Khay." - Haq Raes. "Abang Raes baliklah. Khay bahagia dengan hidup Khay di sini. Jangan pernah muncul depan Khay lagi." - Khayra Nasreen. "Khay tak sesuai dengan lelaki itu. Dia hanya mempermainkan, Khay!" - Haq Raes. "Abang Raes tiada hak untuk aturkan hidup Khay." - Khayra Nasreen. Berjayakah Haq Raes memujuk Khayra untuk kembali ke pangkuan keluarganya dan memiliki cinta Khayra? Atau mungkin Khayra selamanya menjadi adik angkat Haq Raes?
Todos os Direitos Reservados
Junte-se a maior comunidade de histórias do mundoTenha recomendações personalizadas, guarde as suas histórias favoritas na sua biblioteca e comente e vote para expandir a sua comunidade.
Illustration

Talvez você também goste

  • HIS : REA QAYSZA
  • Satu Bulan Untuk Dia
  • WHEN HE FELL HARDER
  • First - THE LAST LOVE FOR US - [ C ]
  • Hate Story... Can love be regained by the wall of hate?
  • Bukan Sekadar Cinta
  • Berikan Aku Peluang Kedua Sayang...

Naufal Idrees - Pertama kali mata Naufal mendarat pada Rea, dia terpegun. Untuk seketika, dunianya bagaikan terhenti. Dia seperti tidak mahu melepaskan peluang sesaat pun untuk tidak menikmati keindahan ciptaan Tuhan ini. Rea sangat cantik di matanya. Bukan dia tak pernah melihat gadis cantik malah hidupnya dikelilingi oleh model, artis dan selebriti tetapi kenapa kali ini perasaannya lain? Wajah bersahaja gadis itu yang langsung tidak hiraukannya buatkan dia makin tertarik. Kenapa dia tak pernah tahu Adrean mempunyai kakak secantik ini? Tengku Rea Qaysza - Dia hanya mengukir senyuman sinis apabila Naufal hulurkan tangan untuk bersalam. Bukan dia tak kenal dengan lelaki ini. Saban hari ada saja gambar lelaki ini bersama wanita yang berlainan. Naufal? Memang kacak. Tapi dia tak hairan. Berlambak lagi manusia yang kacak atas muka bumi ini tetapi dia tetap tak hairan. Kerana apa? Kerana dia tidak mencari cinta. Rea lebih memilih kebebasan. "Kakak aku off limit Naufal. Perempuan lain boleh tapi bukan kakak aku." - Adrean Amaran dari Adrean buat Naufal berfikir dua kali untuk mendekati Rea. Gadis itu juga langsung tidak memberikannya ruang untuk mendekat. Namun adakah Naufal akan berhenti setakat ini sahaja? Mestilah tidak. Amaran Adrean tidak menjadi penghalang sehinggalah kemunculan seseorang yang tidak dijangka di antara mereka. Siapa yang muncul di kala Naufal sedang berusaha memikat Rea? Adakah Naufal akan berjaya memikat Rea? Salam sayang, STILL

Mais detalhes
WpActionLinkDiretrizes de Conteúdo