9 bab Bersambung Lan Wangji, pewaris tunggal syarikat terbesar di Beijing, tiba-tiba memikul jawatan CEO setelah ayahnya meninggal dunia secara mengejut. Namun, bukan itu saja yang tertulis dalam surat wasiat. Ada satu permintaan terakhir yang mengikat kehidupannya:
"Jaga anak sahabat baikku seperti kau menjaga dirimu sendiri."
Anak itu ialah Wei Wuxian, seorang pemuda yang hilang seluruh keluarganya dan kini tidak punya tempat untuk bergantung. Dia dibawa untuk tinggal di rumah besar milik Lan Wangji .
Wei Wuxian ceria, suka bercakap, nakal, dan sangat bertentangan dengan Lan Wangji yang serius, tegas, sepi, dan dingin.
Awalnya, Lan Wangji hanya menjalankan amanah...
Wei Wuxian pula hanya merasa dirinya beban.
Namun, kehidupan bersama membuka rahsia hati masing-masing.
Dari salah faham, pertengkaran, ejek-mengejek...
Perlahan-lahan berubah menjadi perhatian, cemburu, dan akhirnya... cinta.
Tetapi cinta itu dilarang .