Arkadewi Sandra. Nama seindah rupa . Manis , cantik , sopan , senang cerita tipikal isteri idaman semua lelaki .
Namun hidupnya huru hara apabila dikahwini lelaki pujaan hatinya iaitu Ashriel Ashraf. Disangkakan akan bahagia namun sebaliknya .
"Jangan pernah harap aku akan sukakan kau . Faham ?"
-ASHRIEL ASHRAF-
4 tahun menderita . Dijadikan hamba abdi , dicaci , dipukul , dihina . Namun Dewi nekad untuk hidup bersama lelaki itu .
"Ashriel , aku nak cerai ! Aku nak kau lepaskan aku . Aku dah penat hadap"
-ARKADEWI SANDRA-
Cerai , cerai dan cerai . Itu sahaja yang keluar dari mulut Dewi . Hati sudah mati untuk insan yang bernama Ashriel Ashraf .
"No , aku tak akan lepaskan kau . Kau fikir dengan cerai dapat selesaikan masalah ke ? Fikir Dewi fikir , kau nak anak kau tak ada bapak ?"
-ASHRIEL ASHRAF-
Tatkala fikiran Dewi mulai bercelaru , muncul pula jejaka yang hampir mencuri hatinya dahulu . Tengku Elhan Mateen masih mahukannya . Nama itu masih bertakhta di hatinya .
"Aku tak kisah sebanyak mana masa yang kau perlu . Fikir dan buat keputusan dengan betul . Yang pasti aku tetap akan tunggu kau Dewi."
-TENGKU ELHAN MATEEN-
Diberi dua pilihan , tapi hanya satu jawapan yang diperlukan . Ashraf Ashriel atau Tengku Elhan Mateen yang akan menjadi pilihan Arkadewi Sandra ?
𝐋𝐮𝐭𝐡 𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐝 | 𝐍𝐮𝐫 𝐒𝐲𝐢𝐟𝐚 𝐈𝐤𝐡𝐚𝐰𝐚𝐧𝐚
Mereka kata perkahwinan itu membahagiakan. Perkahwinan itu menyeronokkan. Tetapi kenapa apa yang dirasakan selama ini hanyalah sebaliknya? Dicurangi, dihina bahkan maruah diri itu seakan-akan dipijak oleh orang paling dia sayangi. Itulah kehidupan yang dijalani oleh Nur Syifa Ikhawana.
Angkara memilih seorang lelaki yang salah, dia menjerat diri dalam lautan berapi. Dayus!
"Entahlah, Syifa tak rasa nak kenal siapa-siapa." - NUR SYIFA IKHAWANA
Trauma telahpun membawa Syifa menutup rapat hati itu. Tidak ada sesiapa yang mampu menambat hatinya. Tidak ada sesiapa yang mampu menawan hati itu lagi. Dia sudah serik. Serik dengan namanya cinta.
"Dalam dunia ni ada undang-undang, dan kita sebagai rakyat kena patuh dengan undang-undang. Bukan setakat undang-undang dalam negara tapi juga kena tahu hukum dalam agama. Sebab orang beragama takkan sesuka hati melanggar hukum, mereka ada pegangan." - LUTH QAYYID
Kehadiran seorang lelaki membawa kembali perasaan yang sudah lama menghilang. Disaat Syifa cuba menutup rapat pintu hatinya, lelaki itu datang untuk menghampiri.
"Siapa yang malu? Awak ke saya?" - LUTH QAYYID
"Saya." - NUR SYIFA IKHAWANA
Luth Qayyid, seorang peguam tampan dan segak. Meskipun usia semakin meningkat, bukan jadi penghalangnya untuk mencari jodoh. Kata orang, biar lambat, asal betul!
Namun bukan semudah itu bagi Syifa untuk menerima. Masa lalu masih membekas dalam ingatan membuatkannya takut untuk memulakan hubungan. Tidak mahu dijadikan seperti patung pemuas nafsu untuk seterusnya.
"Setiap kaum Adam di dunia ini diciptakan Hawa nya. Dan saya yakin, Dia ciptakan awak sebagai ratu hidup seorang Luth Qayyid."
⚠️ No Plagiarism Allowed