2. SCARS Sikap periang dan selamba Damia Maeza mampu buat orang sekelilingnya senang akan sikapnya. Sikap gilanya itu sering membuatkan sahabatnya pening kepala apabila Damia Maeza jarang serius dalam setiap hal. Namun, tiada siapa tahu yang dia mempunyai luka yang teramat dalam, menjadikan dirinya yang sekarang. Setelah 10 tahun peristiwa hitam itu berlalu, lelaki itu muncul kembali dalam hidupnya. Kehidupannya menjadi huru-hara apabila lelaki itu mahu dia kembali ke tempat asalnya. Ada yang lagi parah apabila lelaki itu mahu hubungan mereka seperti dahulu. "Aku nak kau jadi milik aku kembali love bug." Tengku Ervan Ulric. "Aku tak akan pernah jadi milik kau lagi. Kisah antara aku dan kau dah lama mati." Damia Maeza. "Nope, I will make you mine again love bug." Tengku Ervan Ulric. Sikap keras kepala lelaki itu mula kelihatan apabila dia mula mengatur hidup Damia Maeza dan dia terpaksa akur dengan permintaan lelaki itu tetapi bersyarat. "Ikut aku balik love bug." Tengku Ervan Ulric. "Aku akan balik kalau kau buka kembali kisah sepuluh tahun yang lepas." Damia Maeza. "Deal." Tengku Ervan Ulric. Mereka bersetuju untuk menolong antara satu sama lain. Luka dulu telah meninggalkan parut yang dalam kepada Damia Maeza. Dapatkah mereka bersatu dalam menunaikan misi Damia Maeza untuk membongkarkan kes sepuluh tahun yang lepas? Start: 3 June 2024 End: - 🧩This gorgeous cover is edited by @raisynee