Apa terjadi kalau seorang wanita yang gemar menukar lelaki seperti pakaian? Bukan jatuh cinta tetapi hanya ingin mengisi kesunyian hidup dan mengikis apa yang patut. Dia adalah Julianne Janessa. Wanita bekerjaya dalam bidang pereka fesyen. Dia tidak serik mematahkan hati lelaki. Baginya, hati lelaki ibarat kasut yang dipakai pada kaki bukan hati. Lagipun dia adalah playgirl, gold digger, manipulate. Semua itu adalah sifatnya.
Sehinggalah pada satu kejadian, Julianne diselamatkan oleh seorang lelaki pada malam dia diserang nyctophobia. Dia bernekad akan mencari lelaki itu hingga ke lubang cacing. Kata Julianne, ini adalah mangsa yang seterusnya. Nama dia ialah Zyran Alistair Ar-Khaleed.
"I cari nama orang yang bawa I ke hospital beberapa hari lepas. So, here I am. My name is Julianne Janessa. Just call me Jane. Or maybe... Sayang?" - Julianne Janessa.
Perkenalan pertama kali itu langsung tidak menambat hati Zyran Alistair. Entah perempuan mana yang muncul tiba-tiba menyuruh dia memanggil sayang? Gila!
Dek kerana kesombongan Zyran, Julianne mencari jalan untuk memerangkap lelaki itu agar jatuh cinta kepadanya. Menggoda, memerhati, semua dia lakukan. Tapi tak sikit pun Zyran Alistair terpikat. Dia fed up. Mati kutu memikirkan jalan. Sehinggalah...
"I'm sorry, Zyran. I terpaksa perangkap you. Welcome home, baby." - Julianne Janessa.
Zyran terperangkap. Dia hilang dari radar. Julianne seakan wanita psychopath! Namun, tanpa Julianne sedari. Ada yang lebih psychopath berbanding dirinya!
"Aku udah lama mahu ketemu sama kamu, sayang." - Zyran Alistair Ar-khaleed.
Ternyata, Zyran bukan lelaki biasa. Berdarah kacukan Melayu dan Indonesia itu sebenarnya mempunyai sifat seperti Julianne tapi berkali ganda seram!
"Kau kena habiskan permainan yang kau dah mula, Jenessa. Welcome to our home." - Zyran Alistair Ar-khaleed.
Jadi, siapakah diantara mereka yang lebih merbahaya? Adakah Julianne ataupun Zyran? Dan adakah benar Zyran sudah lama mengenali Julianne Janessa?
[TAKE THE RISK OR LOSE THE CHANCE]
Satu demi satu kematian yang di hadapi oleh Ace akan menemukan Ace dengan Bunga Red Spider Lily.
'Atau lebih dikenali sebagai Bunga Kematian'
Apakah kaitan bunga itu dengan dirinya. Adakah diri dia di perhatikan oleh seseorang?.
Pembunuhan demi pembunuhan kaum Hera melibatkan Kaum Ruth. Setiap penyeksaan yang di alami oleh kaum Hera meninggalkan dendam di dalam diri mereka kerana bilangan kaum itu semakin pupus .
Demi menyelamatkan Kaum itu sering dibunuh, Ace dan rakan-rakanya cuba untuk mencari dalang di sebalik pembunuhan Kaum Hera. Satu demi satu bukti dikumpul namun masih membawa mereka ke jalan buntu.
Namun kerana satu penyiasatan di pasar gelap terbesar yang telah mengaburi pihak atasan dengan kegiatan haram yang mereka lakukan membawa jalan keluar tetapi banyak nyawa yang harus terkorban.
Pasar gelap yang menjadi salah satu punca ekonomi bagi kaum Ruth terbongkar sisi gelapnya kerana aktiviti yang mereka lakukan sangatlah kejam. Dendam yang lama membara dalam diri Ace mengukuhkan lagi tujuan dia hidup demi membalas dendam.
Adakah Ace dan rakan-rakannya berjaya menyelamatkan Kaum Hera dari dibunuh?