10 parts Ongoing || BACA PROLOG DULU TAU AWAK! NANTI TAK TAU JALAN CERITANYA MACAM MANA. SAYA DAH HANTAR PROLOG DULU, TAPI TIBA-TIBA ADA BAB 1 DULU, SORRY TAU AWAK! |¦
{SLOW UPDATE!}
Adelia Munirah, seorang ketua pengawas yang tegas dan berdisiplin, sentiasa menegakkan peraturan di SMK Seri Utara. Dalam pandangannya, semua murid harus mematuhi peraturan yang ada, termasuk Elman Hafiy, seorang murid nakal yang baru berpindah ke sekolah tersebut.
Mereka selalu bergaduh dan bertengkar di sekolah, menjadikan suasana belajar semakin tegang.
"Hai, Miss Perfectionist! Tengok, aku tak tuck in baju. Nak masukkan nama aku dalam buku catatan kau tu lagi ke?" - Elman Hafiy -
"Kau jangan cabar aku, Elman!" - Adelia Munirah -
Satu hari, Cikgu Raudhiah sangat risau dengan Elman yang sering lalai, dia menyuruh Adelia untuk mengajarnya setiap kali habis sekolah. Meskipun mereka sering bergaduh, hubungan mereka mula berubah selepas detik-detik bersama, dan rasa cinta mula berkembang antara mereka berdua.
Namun, setelah SPM, Elman menerima satu mesej yang membuatnya tidak percaya dengan Adelia,gambar Adelia bersama lelaki lain. Elman menfitnah Adelia, sedangkan Adelia baru sahaja kehilangan neneknya dan dalam keadaan yang sangat tertekan.
Adelia mendapat tawaran daripada universiti oxford, dan meninggalkan Elman dengan hati yang terluka. Beberapa tahun kemudian, mereka bertemu semula. Tetapi Adelia yang sudah bertunang dan bakal berkahwin sudah tidak mahu membuka hati untuk Elman semula.
Elman berusaha keras untuk mendapatkan kembali cinta Adelia, tetapi mampukah dia mengubah masa lalu dan meyakinkan Adelia untuk memberi peluang kedua?
Saya minta maaf kalau saya ada kesalahan ejaan, penulisan, dan tatabahasa. Sebenarnya cerita ni saya nak buat E-book dan dah buat separuh dah pun. Tapi tak apalah, saya buat kat sini je. Baca PROLOG dulu baru bab 1. Tak tau lah kenapa tiba tiba bab 1 dulu.