Banjaran Titiwangsa yang menjadi tulang belakang Tanah Melayu itu menyimpan sejuta rahsia daripada pengetahuan dunia. Di sana juga berlakunya pelbagai kisah aneh dan misteri.
Banjaran yang merentangi tanah semenanjung itu menjadi tempat dimana takdir telah mempertemukan Kenchana, seorang gadis misteri dengan Betara, seorang ketua pemburu dari suku puak Saga. Banjaran Titiwangsa telah menjadi saksi bisu cinta mereka yang penuh suka duka.
Kecantikan dan penampilan aneh Kenchana yang bergaun putih menarik perhatian puak pemburu. Betara juga tidak terlepas dari hal tersebut. Namun yang Betara tidak tahu, selain dia berburu, dia juga sedang diburu.