Story cover for NULL by syithh
NULL
  • WpView
    Reads 527
  • WpVote
    Votes 36
  • WpPart
    Parts 36
  • WpView
    Reads 527
  • WpVote
    Votes 36
  • WpPart
    Parts 36
Ongoing, First published May 02, 2024
Ashaa Raaiz-Rafeesa tak pernah tunggu siapa-siapa.
Hidup dia dah cukup penuh - kerja, kamera, jadual yang padat, dan skrip iklan yang kadang dia hafal masa tengah mekap.
Dia dah biasa jadi pusat mata orang. Tapi peliknya, dia langsung tak pernah rasa nak jadi pusat hati sesiapa.

Flirting? Boring.
Pick-up lines? Loya.
Dan mana-mana lelaki yang suka sangat tunjuk 'gentleman' - biasanya Ashaa akan buat-buat lupa nama diorang lepas dua hari.

Dia ada dunia sendiri.
Tak sempat nak fikir pasal cinta, apatah lagi perasaan.

Segalanya berubah pada malam Ramadhan pertama, di sebuah masjid besar di tepi jalan. Suara imam yang merendah menusuk jauh ke dalam hatinya. 

Tenang, dalam, penuh makna... dan entah kenapa, membuat Ashaa merasa satu benda yang dia tak pernah rasa sebelum ni.

Dia tak tahu siapa lelaki itu. Tapi sejak malam itu, setiap gerak-gerinya, setiap suara yang tertinggal di kepala Ashaa... tidak pernah pergi.

Aiden.

Namun kebahagiaan itu hanyalah permulaan. Sebuah dendam lama, digerakkan oleh pihak ketiga, telah menjadikan Aiden alat untuk mencapai agenda gelap terhadap Ashaa. Setiap langkahnya kini terperangkap-antara rasa, pengawasan, dan tipu muslihat yang sukar dielak.

Dan ketika semua nampak dikawal oleh pihak ketiga, Raaiz muncul. Dia cuba mengubah keadaan, cuba memadam dan menghapuskan pengaruh yang mengelilingi Ashaa.

Namun, Ashaa tidak mahu menyerah. Dia menolak, berdiri sendiri, dan memilih untuk menghadapi bayang dendam, manipulasi, dan rahsia yang mengancam hidupnya.

Kini Ashaa dan Aiden berada di persimpangan gelap: hati Ashaa yang kuat, perasaan Aiden yang tulus, dan permainan dendam yang terlalu berbahaya untuk mereka abaikan.

Cinta mereka bukan lagi sekadar hangat dan tenang. Ia gelap. Membakar. Menghantui. Dan semakin rumit oleh bayang-bayang dendam dan tipu muslihat yang tidak terjangka.

"In the silence between them, every heartbeat screams a story they cannot rewrite."
All Rights Reserved
Sign up to add NULL to your library and receive updates
or
#50malay
Content Guidelines
You may also like
WARNA SELEPAS BAYANG [COMPLETED] by dhimien
50 parts Complete
--- Tiga tahun telah berlalu sejak bayang kelam dalam hidup mereka hilang dari pandangan. Dunia kini tenang. Aidan dan Eliya menjalani hidup bahagia sebagai pasangan suami isteri muda, begitu juga dengan Aireen dan Nael. Namun, tidak bagi Adyan Rayqal - yang masih setia dengan dunia forensik, meneruskan pengajian tahun akhir di universiti. Walaupun senyum sering terpamer, hatinya tetap kosong. Ada luka yang tak pernah sembuh sepenuhnya, ada kekosongan yang tak semua faham. Dalam diam, Adyan jatuh hati pada seorang pelajar jurusan Psikologi Kriminal bernama Nadya, seorang gadis yang pintar, lantang dan berdikari. Tapi, cinta Adyan ditolak mentah-mentah. "Maaf, Adyan. Aku tak suka kau," -Nadya Rasa rendah diri dan kecewa menyelubungi dirinya. Saat cuti semester, Adyan meluahkan segalanya kepada Aidan - abang yang selama ini menjadi tempat dia berpaut. "Mungkin aku tak cukup baik, bro... tak macam kau, tak macam ayah..." "Adyan, cinta bukan tentang siapa lebih baik. Kadang yang jujur pun kena tunggu masa." Cuti itu menjadi titik mula perubahan dalam hati Adyan. Semula dia kembali ke universiti, lalu bertemu Hanni Hanania, pelajar baru jurusan forensik - seorang gadis ceria,dan bersahaja. Hubungan mereka bermula sebagai teman belajar - kongsi nota, bincang kes, lepak di makmal hingga lewat malam. Semakin hari, perasaan mula tumbuh tanpa dipaksa. Tapi tiada siapa berani mengaku. Dan Adyan sedar, dia tak mahu kehilangan gadis itu. "Kalau kau tak suka aku pun tak apa, tapi tolong... jangan pergi tanpa kata." Hanni kembali, dan akhirnya mereka saling meluahkan. Tapi saat Adyan perkenalkan Hanni kepada keluarganya - Rafiq dan Aira tidak setuju. "Ayah bukan tak suka dia, tapi kamu layak dapat lebih baik. Dia bukan dari dunia kita." "Dia bukan siapa-siapa, Adyan. Jangan sia-siakan masa depan sebab cinta semata-mata." ---
Luka Yang Tidak Bernama[HIATUS] by qrrrrrrttt
31 parts Ongoing
Dia seorang perempuan yang tidak banyak bicara, tapi matanya selalu seperti sedang menyimpan sesuatu - sesuatu yang tidak dia beritahu sesiapa. Setiap geraknya tenang, terkawal, seolah-olah dia sentiasa tahu ke mana harus melangkah walaupun kadangkala jelas dia sedang meneka-neka arah dalam dirinya sendiri. Senyumannya tidak lebar, tapi cukup untuk menenangkan sesiapa yang memandang. Lelaki itu pula tidak banyak bertanya. Dia jenis yang lebih suka mendengar - kadang diamnya membuat orang ragu sama ada dia betul-betul ada di situ atau sedang hanyut jauh. Tapi bila dia bersuara, suaranya tenang, dalam, dan tidak pernah berlebihan. Tidak cuba menawan, tapi entah kenapa, kehadirannya selalu dirasai. Mereka berdua bukan jenis yang menonjol. Dalam kelompok rakan sebaya, mereka selalunya berada di sisi, bukan di tengah. Tetapi apabila duduk bersama, ada ruang yang tiba-tiba terasa cukup. "Awak rasa..." suara perempuan itu perlahan, jemarinya bermain dengan hujung lengan baju, "kalau kita boleh tahu masa depan... awak nak tahu tak?" Lelaki itu mengangkat kening, tidak menjawab terus. "Kalau tahu, nanti tak ada kejutanlah," jawabnya dan pada akhirnya, senyum nipis di hujung bibir. "Tapi kalau terlalu banyak yang kita tak tahu, kadang-kadang sakit juga." Dia ketawa kecil. "Jadi awak pilih yang mana?" Dia diam sejenak. "Saya pilih untuk tahu cukup sikit sahaja. Supaya kalau jatuh, tak terlalu sakit. Tapi kalau bahagia, tetap terasa penuh." Perempuan itu memandangnya. "Awak tahu, kadang saya rasa awak ni pelik." Lelaki itu tersenyum lebih lebar kali ini. "Dan pelik tu yang buat awak masih sudi duduk sebelah saya sekarang?" Dia berpaling, kononnya tidak mahu mengaku, tapi senyum itu tetap muncul - diam-diam.
[ OG ] Healer's Heart : Captain Yazzed Qayyum by fiqalynaaa
67 parts Ongoing
Muhammad Yazzed Qayyum | Nur Darina Farissa Bagi Darina Farissa, kerjaya dan keluarga adalah segala-galanya bagi dirinya, perasaannya pula diletakkan ke tepi. Sudah beberapa kali dia didesak oleh orang sekeliling, kata mereka dengan umur Darin semakin meningkat dewasa, tidak elok jika bersendirian lama-lama. Takut tidak laku sahaja nanti. Sehingga lah teman baiknya, Mawar si pakar 'matchmaker' terhandal mengatur temu janji untuknya. Darin melayankan saja walaupun dia memang tiada niat mencari cinta. Dia bertemu dengan Yazzed Qayyum. Kebetulan, Yazeed juga sedang didesak oleh maminya supaya cepat-cepat mencari jodoh. Temu janji pertama mereka, gagal. Darin melarikan diri walhal mereka masih tidak habis berbual. Yazzed hanya redha, mungkin bukan jodoh mereka. Kali kedua, mereka bertemu di kenduri kahwin kawan mereka. Namun Darin tidak mengecam Yazzed. Kenduri kahwin tersebut berakhir dengan insiden memalukan bagi Darin. Darin mula menyimpan dendam dengan Yazzed sejak daripada itu. Mereka bertemu untuk ke sekian kali di hospital tentera, Darin bertugas selama 3 bulan di hospital tentera di kem Yazzed. Bermula lah sesi kejar mengejar. Awalnya Darin jual mahal, lama-lama luluh juga hati apabila setiap kali dia dilanda masalah, Yazzed yang akan menjadi hero untuknya. Namun hati Darin ragu-ragu, dia masih terperangkap dengan masa lalu. Walaupun kehidupan Yazzed penuh dengan disiplin dan keberanian sebagai anggota pasukan khas, menghadapi hati Darin yang tertutup akibat kehilangan, bukanlah misi mudah. Dia tahu, untuk menawan hati Darin, dia perlu sabar dan memahami luka yang dibawa gadis itu. "Saya... tak pasti kalau saya boleh mencintai lagi, Yazzed." - Darin Farissa "I'll be your healer's heart then, Nur Darina Farissa." - Yazzed Qayyum "Ruang dalam hati kau ada tempat lagi tak? Aku nak ada dalam ruang tu, boleh?" - Yazzed Qayyum Start : 29 januari 2025 End :
You may also like
Slide 1 of 10
Derita Seorang Maira  | OG cover
WARNA SELEPAS BAYANG [COMPLETED] cover
𝐂𝐞𝐨 𝐇𝐚𝐭𝐢 | 𝐎𝐆 cover
Find The Heart Again  cover
Luka Yang Tidak Bernama[HIATUS] cover
𝐏𝐞𝐫𝐟𝐞𝐜𝐭 𝐏𝐫𝐨𝐦𝐢𝐬𝐞 | C cover
PURNAMA cover
 His Amore [COMPLETED] cover
[ OG ] Healer's Heart : Captain Yazzed Qayyum cover
Disebalik cover

Derita Seorang Maira | OG

43 parts Ongoing

Maira - 22 Tahun - 156 cm - 20/8 Hayyan - 25 Tahun - 189 cm - 15/6 Maira Seroja - Selalu didera oleh keluarga kandungnya sendiri dari kecil sehinggalah dia dipaksa untuk berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak dikenali olehnya, Maira dipaksa berkahwin dengan lelaki itu atas kerana ibu bapanya tidak dapat membayar hutang. Setiap hari pasti ada sahaja kesalahan atau nasib malang Maira sehingga membuatkan dia dimarah,didera dan juga dipukul setiap hari oleh ibu kandungnya Maira tidak dapat lari dari derita tersebut. Sehinggalah dia berkahwin adakah derita itu masih ada...