Dia Furqan Iman, duda muda anak seorang. Sejak isterinya meninggal dunia, dialah ayah, dialah ibu kepada anak perempuannya. Atas kesibukan kerja, dia perlu mengambil 'babysitter' untuk menjaga anaknya buat sementara waktu. Seri Melati, gadis yang baru habis menduduki peperiksaan STPM bekerja sebagai babysitter kepada Hana Inara sementara menunggu keputusannya. Bermula dari detik itu, dua jiwa saling mencintai. Terbit rasa ingin memiliki antara satu sama lain. Rasa cinta diungkap dengan cara membina mahligai bersama. Di saat hari yang penuh bahagia yang akan termeterai sumpah janji hidup semati, terjadi sebuah trajedi yang menghalang si duda ke hari bahagia. Pelamin angan-angan mereka musnah begitu sahaja. Si dara pergi membawa luka lara yang terbuku dijiwa, manakala si duda perlu menyelesaikan hal tersebut dahulu. Bertahun berlalu, takdir mempertemukan lagi dua jiwa itu. Rasa cinta itu masih ada, namun terbit rasa takut hal terdahulu berulang. Si duda menyakinkan si dara tentang isi hatinya. Namun takdir punya rencana yang lain, pelbagai dugaan dan cabaran yang perlu diharungi demi menggapai kebahagiaan yang hakiki. Setelah terbina ikatan cinta, satu per satu rahsia terbongkar. Setiap yang berlaku ada sebabnya. Ceritera dibalik tabir perlu diselongkar satu per satu demi memahami sesuatu hal yang terjadi dan hal yang akan berlaku. Adakah bahagia pengakhirannya? Ataupun sebaliknya?
1 part