KALBIN SAHIBI BADRI AL-AMIN
  • Reads 1,293
  • Votes 68
  • Parts 52
  • Reads 1,293
  • Votes 68
  • Parts 52
Complete, First published May 05, 2024
Mature
Perkenalan dengan seorang wanita yang berlainan dengan agamanya telah membawa Badri Al-Amin ke dalam kancah derita. 

Sudah bertahun dia menjalani kehidupan di negara orang. Hampir 10 tahun dia menetap di Turki. Di sana dia menjalankan kerja dakwahnya untuk membimbing kanak-kanak di sana untuk menguasai ilmu fardhu Ain dan juga Al-Quran. Selain itu dia juga bekerja sebagai seorang pelukis tetap di sebuah galeri lukisan. 

Siapa sangka dirinya diuji sehingga membuatkan dia jatuh terduduk. Perkenalan dengan seorang wanita Turki yang bernama Leyla Kiraz telah menyebabkan kehidupannya menjadi huru-hara.

Selepas peristiwa hitam itu berlaku, Badri Al-Amin mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia tanpa mempedulikan sesiapa lagi. Di Malaysia dia mampu untuk menjalani hidupnya dengan tenang walaupun dengan sebatang kara.

Beberapa bulan kemudian, dia mengambil keputusan untuk pulang semula ke Turki. Selepas dia melupakan peristiwa hitam yang pernah melanda diri, Badri Al-Amin kembali menemui Leyla Kiraz.

Dia tak sangka, kehidupan Leyla Kiraz yang ditemui pada hari ini sangatlah berbeza dengan Leyla Kiraz yang dikenali enam bulan dulu. Leyla Kiraz bersungguh-sungguh memohon maaf pada Badri Al-Amin atas perbuatan melampaunya dulu.

Pada mulanya hatinya yang keras bertukar lembut kembali. Dia tak sangka hatinya mula terpikat dengan Leyla Kiraz yang baru. Dia jatuh cinta pada wanita itu dan akhirnya dia sendiri mengajak Leyla Kiraz untuk berkahwin.

Malangnya keluarga Leyla Kiraz mengetahui tentang keislaman wanita itu apabila Badri Al-Amin datang menemui mereka untuk meminta izin berkahwin. Tapi apa yang membuatkan hatinya sakit apabila keluarga Leyla Kiraz memaksa wanita itu kembali ke agama asalnya.

Badri Al-Amin bimbang sekiranya Leyla Kiraz berubah hati. Dia mengambil keputusan untuk membawa isterinya pulang ke Malaysia. Biarlah dia membimbing isterinya di sini saja. Lambat-laun pasti keluarga Leyla Kiraz boleh menerima keislamannya dengan hati yang terbuka.
All Rights Reserved
Sign up to add KALBIN SAHIBI BADRI AL-AMIN to your library and receive updates
or
Content Guidelines
You may also like
You may also like
Slide 1 of 10
2 || Bad Girl ✓ cover
Anugerah untuk Dhia cover
C | | SWEET LEADER  cover
SWEET BLUE ✅️ cover
DIA cover
they story cover
INSPECTOR ATHAR MELVIN (C) cover
[C]  𝐈𝐭'𝐬 𝐘𝐨𝐮! cover
56. Takdir Seindah Janji cover
C | Suddenly? cover

2 || Bad Girl ✓

45 parts Complete

Karya keduaku. Selamat membaca! Status: Complete! "Hello, better you said that magic words!" - Amyra "Love? Honey? Baby?" - Zarith Dirempuh ketika pertama kali masuk ke Sekolah Menengah Kebangsaan Wira Permai, Amyra sungguh berang! Sudahlah baju sekolahnya berwarna putih. Ada pula mee kari kepunyaan Zarith?! Sejak dari hari tu, mereka mula bergaduh. Bagai anjing dan kucing, pantang jumpa mesti mahu diajak bertarung! "Stop treat me like I want to die!" - Zarith "But I have to, sorry." - Amyra "Pergi mam**s lah kau!" - Zarith Tidak henti-henti bergaduh. Sehingga Amyra mengetahui kenapa Zarith berperangai sebegitu. Dingin. Kasar. Beku. "The h*ll?! Kau fikir aku perempuan murahan ke?" - Amyra "Aku lebih berbisa daripada sang ular." - Zarith Daripada bergaduh, mereka mula berbaik. Sehingga Zarith menghilangkan diri. Amyra mula tidak senang hati. Apakah berlaku sesuatu yang tidak elok kepada Zarith? Kalau tidak, mengapa Zarith tidak memunculkan diri? Pergaduhan yang tercetus menyebabkan masing-masing terpaut hati. Apakah mereka mampu meraih cinta yang suci?