Menginjak usia yang ke 17 tahun, membuatkan Aya Ruhena tekad untuk memberikan sepenuhnya tumpuan pada pelajarannya. Masa inilah dia perlu berhempas-pulas untuk mencapai cita-citanya, iaitu menyambung pelajaran di Korea Selatan! Iya, ke negara di mana ada ramai lelaki idaman para K-pop lovers mahupun K-drama lovers! Sudah lama Aya menyimpan impian untuk ke negara tersebut. Manalah tahu, kalau ada jodoh, bolehlah berjumpa di mana-mana. Ahaks! Namun siapa sangka. Aturan Allah SWT. Aya dipertemukan dengan jejaka Korea seperti yang diidamkannya. Bukan Korea Jawa, tapi Korea asli! Tidak perlu jauh-jauh dia pergi ke Korea, di Malaysia sudah ada yang datang menjelma. Malangnya, sombong pula! Harap muka saja kacak... Memanglah, kan? Dah kacak, kena berlagak. Segala azam Aya tolak tepi. Tujuannya hanya satu tika ini. Pikat Lee Hansung! Biarlah berjuta kali ditolak, diabaikan, Aya takkan berputus asa. Belum tentu lagi dia dapat pergi ke Korea, lebih baik dia mencuba nasib yang ada di depan mata ini, kan?