Bagi Awa Qaireen, hidupnya cukup sederhana. Bekerja di kedai kucing, menghabiskan masa dengan menyelamatkan haiwan jalanan, dan menikmati kebebasan menunggang motor bersama sahabat baiknya, Warsha. Dia tidak pernah menyangka bahawa satu pertemuan di jalan sunyi bersama seorang lelaki asing akan mengubah segalanya.
Qaed Damien - dingin, misteri, dan penuh teka-teki. Kata-katanya sinis, namun pandangan matanya seolah menyembunyikan beban yang tidak terungkap.
Ketika Awa mula mengenalinya, dia menyedari Qaed bukan lelaki biasa. Setiap langkahnya diiringi bahaya, dan setiap perbuatannya dipenuhi rahsia.
Namun, Awa tidak pernah gentar. Dia melihat sisi Qaed yang manusiawi - seorang lelaki yang cuba melindungi walau dirinya sendiri terperangkap dalam dunia kelam. Tetapi, semakin dia cuba mendekati Qaed, semakin jelas bahawa lelaki itu membawa beban yang boleh memusnahkan segalanya.
Ketika ancaman dari dunia Qaed mula menghampiri hidupnya, Awa berdepan pilihan sukar: meninggalkan lelaki itu demi keselamatannya, atau berdiri di sisinya walau risiko nyawanya sendiri terancam.
Dalam pertarungan cinta dan bahaya, adakah Awa cukup kuat untuk mencintai seorang lelaki yang tidak pasti dapat membalasnya tanpa membawa kehancuran?
𝐊𝐚𝐫𝐲𝐚 kedua:
𝚃𝙴𝚁𝙸𝚂𝙷𝙾𝚂𝚃
Book cover made by 𝚃𝙴𝚁𝙸𝚂𝙷𝙾𝚂𝚃.
Original idea by 𝚃𝙴𝚁𝙸𝚂𝙷𝙾𝚂𝚃
12/1/25 - ?/?/??
4th story 🤍
Haris Wafi - Perwatakannya jauh panggang daripada api dengan maksud namanya. Pelindung yang setia? Tidak. Itu bukan dia. Nak melindungi siapa? Wanita? Tak mungkin. Bagi dia wanita cumalah alat untuk dia bersuka ria. Yang setia? Jauh sekali. Dalam kamus hidupnya tidak pernah wujud perkataan setia.
Nur Nisrina - Maksud namanya sangat melambangkan perwatakan si pemilik nama. Cahaya sang mawar putih. Terdidik elok dengan didikan agama yang cukup menjadikan dia bagaikan sekuntum mawar putih yang tidak pernah ternoda. Yang sukar digapai oleh sesiapa.
"Tuan Haris, apa kata tuan bayar je denda tu.. Tuan kan banyak duit?" - Nur Nisrina
"Aku memanglah ada duit, kau ada duit ke?" - Haris Wafi
"Err, kalau saya pinjam dengan Tuan Haris, boleh ke?" - Nur Nisrina
"No!" - Haris Wafi
"Habis tu, takkan Tuan Haris nak kahwin dengan perempuan kampung macam saya?" - Nur Nisrina
"Why not?" - Haris Wafi
Haris dan Nisrina,
Mereka bagai langit dan bumi sehingga penyatuan mereka seolah-olah tidak masuk akal.
Bagi Haris, perkahwinan ini cumalah satu pampasan yang perlu dibayar kepada wanita itu.
Bagi Nisrina, perkahwinan ini adalah antara lipatan takdir yang Allah telah susun untuknya.
Pampasan apa yang perlu dibayar oleh Haris sehingga bayarannya adalah perkahwinan? Rahsia apa yang cuba disembunyikan daripada pengetahuan Nisrina?
Dalam pada Haris mencuba memperbaiki diri untuk menjadi pelindung yang setia, Nisrina menarik diri daripada menjadi sang mawar putih milik si jejaka.
"Tuan tak pernah layak untuk jadi pelindung saya.." - Nur Nisrina
"But you are my white roses.." - Haris Wafi