"Kita putus, Aku dah ada yang lebih baik dari kau."
Apa yang dirasakan apabila kita putus dengan orang yang kita sayang? Sakit? Benci? Sedih?
"Keluar dari rumah ni, aku tak nak tengok muka kau lagi!"
Atau lebih sakit apabila diusir oleh keluarganya sendiri?
Nama Tulip dibagi pada seorang gadis yang cantik, pandai, rajin, bertanggungjawab dan penyayang. Namun sayang, hidupnya tidak seindah dengan namanya.
"Nama aku Tulip, hidup aku mungkin tak seindah nama aku, tapi ianya tidak berakhir di situ sahaja." -T
Tulip telah mengubah dirinya kepada diri yang lebih baik dari sebelumnya. Dia mempunyai segalanya, harta, kecantikkan, dan kebijaksanaan.
Namun, ada sesuatu yang hilang dalam dirinya. Kasih sayang.
Kau okay?" -L. R
Sehingga lah dia bertemu dengan jejaka yang bernama Lysander Ryan. Seorang mekanik .
"Aku tak boleh jatuh cinta!"-Tulip
Namun hati Tulip berkata sebaliknya, dia tetap juga jatuh cinta dengan lelaki itu. Setelah tahu yang lelaki itu hanyalah seorang penganggur, dia tetap nekad untuk bantu dan mencintai lelaki itu. Tetapi ada sesuatu tentang lelaki itu yang dia tidak tahu...
Forbidden love.
Pertemuan antara gadis pemberontak serta pendiam dan jejaka dingin. Bagaimana pengakhiran mereka? Bahagia atau cerai?
Airin Melina. Seorang gadis yang mempunyai masa silam yang perit. Tiada yang istimewa dalam hidupnya. Semua hasil usahanya untuk membahagiakan ibu dan ayahnya tidak dipeduli. Sering terpinggir dari keluarganya. Kerana itu dia sentiasa terlihat pendiam dan dingin untuk menutupi kesedihan mendalamnya.
Izham Daniel. Seorang jejaka yang berasal dari keluarga yang berada. Dirinya sering disorot dengan kasih sayang dan kemewahan. Dalam diam dirinya menyimpan rahsia yang dia sendiri tidak menyukainya. Dia digeruni oleh ramai orang kerana dia mempunyai syarikat sendiri yang dia Bina hasil usahanya, bukan itu saja bahkan auranya cukup mematikan.
Awalnya bertemu kerana peristiwa mengerikan. Lalu bertukar menjadi sebuah takdir yang telah tertulis untuk mereka. Jika orang berkata cinta datang dari perasaan senang dan selesa maka mereka salah. Cinta antara Izham Daniel dan Airin Melina datang dari paksaan dan sifat prihatin. Pelik?
Nak tahu sambungan dan pengakhiran, bacalah!
Mula : 4 March 2024
Tamat : 26 Disember 2024