Tengku Mikael Andre, atau lebih dikenali sebagai anak tunggal Tengku Mikha Angelo yang memiliki sebuah syarikat di bawah jagaannya. Areesa Inara, atau lebih dikenali sebagai Aree merupakan anak sulung Dato Arshad yang memiliki sebuah perpustakaan mini di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Mereka mula bertemu akibat satu insiden yang berlaku ketika hendak pergi ke tempat kerja masing-masing. "Kau ni buta ke apa? Bawa kereta tu cuba elok-elok sikit. Kalau nak ke alam barzakh jangan ajak orang lain." - Areesa Inara Kerana perwatakan Areesa, Mikael mulai menyimpan niat untuk memilikinya. "Until we meet again, Fiori." - Tengku Mikael Andre Suatu hari, satu kejadian telah menimpa Areesa membuatkan Mikael nekad untuk memperisterikan wanita tersebut secepat mungkin. "By hook or by crook, I want you to be my wife as soon as possible so I can protect you from danger." - Tengku Mikael Andre Demi keselamatan diri, Areesa menyetujui cadangan Mikael untuk menikahinya. Mereka menjalani kehidupan rumah tangga dengan bahagia seperti pasangan lain. Namun siapa sangka, bahagia mereka hanya seketika apabila sepupu lelaki Areesa kembali ke Malaysia untuk menikahinya. Adakah Areesa akan dimiliki oleh Mikael atau sepupu lelakinya?All Rights Reserved