"Kamu berdua kena kahwin." - Aliff Kim Kerana salah faham yang berlaku, pembunuh upahan dan mafia ini bersatu dalam ikatan sah. Malam yang sepatutnya berakhir dengan kematian bertukar kepada malam perkahwinan. Nadwa Irdina. Siapa sangka gadis polos seperti Nadwa merupakan seorang pembunuh upahan yang paling ditakuti di negara Barat. Dia membesar di luar negara bersama keluarga angkat tanpa mengetahui siapa ibu bapa yang sebenar. What he want, he got. Ezra Lufiaz Jejaka kacukan dua negara ini memiliki rupa paras yang kacak dan berkarisma mampu memikat hati si dara. Namun, Ezra langsung tidak tertarik dengan mana-mana perempuan sehingga digelar sebagai 'lelaki pelangi'. "Harap muka je hensem tapi gay." - Nadwa Irdina "Excuse me?" - Ezra Lufiaz Semua sudah tertulis yang mereka bersatu tanpa perasaan cinta. Setiap perkahwinan memerlukan kepercayaan untuk mengekalkan masjid yang baru dibina. Nadwa tidak lagi percaya cinta kerana baginya cinta itu menyakitkan. Masjid yang terbina bakal musnah atau kekal selamanya?