ARSALAN RAJA BUMANTARA • [C]
  • Reads 11,169
  • Votes 1,071
  • Parts 60
  • Reads 11,169
  • Votes 1,071
  • Parts 60
Complete, First published May 14
✅ COMPLETED~ 27/7/2024

"Pancung sajalah aku! Aku tidak tahan melihat kemunduran minda manusia-manusia di Cenderawasih ini! Dikawal dek penjajah seperti boneka!" - Laksamana Haq Arsalan

...

"Cinta semangat Haq!" - Laksamana Haq Arsalan.

"Habis? Jikalau Cinta mati, Haq akan hidup tanpa semangat?" - Cinta Kasturi.

...

"Apa gunanya berhempas pulas berlatih jikalau aku dilarang turun ke medan pertempuran? Aku mahu lindungi engkau, Haq!" - Cinta Kasturi.

"Lindungi Haq di medan peperangan akan membahayakan diri Cinta sendiri. Jadi, kekallah di sini." - Haq Arsalan.

"Engkau silap, Haq. Aku menyayangi suamiku melebihi diri sendiri." - Cinta Kasturi.


Peperangan Bentala-Bumantara diakhiri dek sebuah mimpi ngeri yang menyerang lena para tukang tilik di ketujuh-tujuh empayar Bentala.

Namun, meskipun peperangan telah bertemu penghujung, empayar Antaboga masih menyimpan hasrat untuk menakluk negara Cenderawasih, satu daripada negara di daratan Bumantara. 

Hari demi hari, tahun demi tahun, dekad demi dekad, perlahan-lahan Antaboga mencucuh api hasutan untuk menguasai minda pemerintahan Cenderawasih. Sehinggalah kaum kerabat kesultanan Cenderawasih berpecah belah. Kehidupan di Cenderawasih kembali huru-hara.

Hanya satu nama yang diharapkan untuk menegakkan keadilan dan menghalau para durjana. Beliaulah, Laksamana Haq Arsalan. Akan tetapi, perjalanan beliau bukanlah mudah. Duka lara, derita dan sengsara perlu dibayar demi menebus keamanan dan keadilan.
All Rights Reserved
Sign up to add ARSALAN RAJA BUMANTARA • [C] to your library and receive updates
or
#375malay
Content Guidelines
You may also like
C| MANUSKRIP by Meriossah_
52 parts Complete
[PARANORMAL + SLIGHT ROMANCE] Kerana sebuah manuskrip mereka dincar oleh makhluk tak kasat mata yang mahukan keadilan akan kematiannya. Seorang memanggil. Seorang mencari. Dan dia pula... telah lama menanti manusia serakah yang mahu menentang dan bertemu dengannya. Izz Alanna yang mahu mendapatkan cebisan informasi berkenaan novel yang dikarangnya dan Niyaz Khalif yang terpaksa mengikuti abang-abangnya menjalankan pengembaraan paranormal bertemu dan tanpa sengaja salah seorang dari mereka telah membuka satu tabir ghaib dan membebaskan satu susuk yang telah lama bersemanyam di Teratak Kejora. Dan malam jumaat itu telah mengubah segalanya. Membuka lembaran baru dalam kisah hidup mereka hingga satu perjanjian telah temerterai di antara mereka. "Aku perlukan maklumat tentang novel aku dan ianya ada kaitan dengan Teratak Kejora. Aku perlukan kau. Hanya kau yang boleh tolong aku." - Alanna. "Aku tak boleh nampak hantu, Alanna. Macam mana aku nak tolong kau?" - Niyaz "Jadi media untuk aku. Aku dah tengok semua video Mistik Nusantara dan posisi kau dalam kumpulan tu sebagai media. Kau perantara antara makhluk halus dan manusia." - Alanna "Tolong Alanna siapkan manuskrip Teratak Kejora secepat mungkin. Jangan terlalu lama, jangan sampai dia suka dan tak mahu lepaskan hang." - Naail "Ketakutan akan membunuhmu. Pertahankan jiwa dan ragamu wahai manusia. Jangan bagi celah untuk aku ambil. Kelak kau akan menyesal." [Spin-off Daiyan Humaira] Mula: 01/01/2024 Tamat: 28/09/2024
You may also like
Slide 1 of 10
Nayanika [نايانيكا] cover
bergilir cover
C| MANUSKRIP cover
Aku Yang Menanti [EBOOK] cover
Duhai Hati, Terbanglah |On Going cover
BE MY BABY GIRL | C | TERBIT | A R S •3•  cover
DIA ATAU AKU? cover
Duda Anak Satu [SU]  cover
قلبي | Hati cover
Dusta Puteri Palsu cover

Nayanika [نايانيكا]

22 parts Ongoing

"Berhenti menyiram air pada tanaman yang sudah mati." ..... قُلْ يٰعِبَادِيَ الَّذِيْنَ اَسْرَفُوْا عَلٰٓى اَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوْا مِنْ رَّحْمَةِ اللّٰهِ ۗاِنَّ اللّٰهَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ جَمِيْعًا ۗاِنَّهٗ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ Katakanlah, "Wahai hamba-hambaku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang." [QS, Az-Zumar: 53] ..... Mula: 25 Mei 2024 Tamat: - ☆ Kindly read Arunika first to avoid misunderstanding. Thank you! © hironuwi