ARSALAN RAJA BUMANTARA • [C]

ARSALAN RAJA BUMANTARA • [C]

  • WpView
    Reads 19,367
  • WpVote
    Votes 1,897
  • WpPart
    Parts 60
WpMetadataReadComplete Sat, Jul 27, 2024
✅ COMPLETED~ 27/7/2024 "Pancung sajalah aku! Aku tidak tahan melihat kemunduran minda manusia-manusia di Cenderawasih ini! Dikawal dek penjajah seperti boneka!" - Laksamana Haq Arsalan ... "Cinta semangat Haq!" - Laksamana Haq Arsalan. "Habis? Jikalau Cinta mati, Haq akan hidup tanpa semangat?" - Cinta Kasturi. ... "Apa gunanya berhempas pulas berlatih jikalau aku dilarang turun ke medan pertempuran? Aku mahu lindungi engkau, Haq!" - Cinta Kasturi. "Lindungi Haq di medan peperangan akan membahayakan diri Cinta sendiri. Jadi, kekallah di sini." - Haq Arsalan. "Engkau silap, Haq. Aku menyayangi suamiku melebihi diri sendiri." - Cinta Kasturi. Peperangan Bentala-Bumantara diakhiri dek sebuah mimpi ngeri yang menyerang lena para tukang tilik di ketujuh-tujuh empayar Bentala. Namun, meskipun peperangan telah bertemu penghujung, empayar Antaboga masih menyimpan hasrat untuk menakluk negara Cenderawasih, satu daripada negara di daratan Bumantara. Hari demi hari, tahun demi tahun, dekad demi dekad, perlahan-lahan Antaboga mencucuh api hasutan untuk menguasai minda pemerintahan Cenderawasih. Sehinggalah kaum kerabat kesultanan Cenderawasih berpecah belah. Kehidupan di Cenderawasih kembali huru-hara. Hanya satu nama yang diharapkan untuk menegakkan keadilan dan menghalau para durjana. Beliaulah, Laksamana Haq Arsalan. Akan tetapi, perjalanan beliau bukanlah mudah. Duka lara, derita dan sengsara perlu dibayar demi menebus keamanan dan keadilan.
All Rights Reserved
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • LAYTH MAKEEN : HIS LOVESMITH
  • Ezakiel Ezra I : The Soulless Puppet (Hiatus)
  • PERENTAS WAKTU C
  • HUG : THE TRUTH UNTOLD
  • MR. ASH SEBELAH RUMAH
  • Pergilah Rindu (ON GOING)
  • Her Lionhearted Guy [completed]
  • 𝑭𝑨𝑵𝑻𝑨𝑺𝑰 𝑴𝑰𝑴𝑷𝑰 (𝑵𝒆𝒘 𝒗𝒆𝒓𝒔𝒊𝒐𝒏)
  • TULIP KEJORA | R
  • DCruiz ✔※

Selama mana seorang gadis mampu mencintai seorang lelaki dalam diam? Dia Iman Sofea dan dia telah menyimpan perasaan cintanya pada Layth Makeen merangkap anak lelaki jiran sebelah sejak dia berumur 13 tahun. Ketika umurnya 14 tahun, mereka terpisah.Dia sangkakan perpisahan itu membuatkan cintanya pada Layth Makeen makin memudar tetapi tidak! Pertemuan semula diantara dia dan Layth Makeen membuatkan cinta yang sudah lama terpendam mekar semula. "Siapa ketua baru kita?" "Doktor Layth." Apabila umur sudah makin lanjut bertambah dengan dia yang perempuan maka banyak sahaja mulut yang bertanya. Tetapi mahu buat bagaimana hatinya hanya untuk Layth Makeen! "Layth tu dia kata dia single lagi." Memang single tetapi Layth Makeen itu sangat prejudis dan bencikan wanita! Bagaimana dia nak curi hati lelaki yang sangat anti pada makhluk bernama wanita?! Takdir tuhan telah menentukan, mereka terpaksa berkahwin atas dasar menjaga aib. Perkahwinan mereka penuh dengan rasa bahagia walaupun Sofeyya tidak pernah mendengar lafaz cinta dari sang suami. Tetapi laut yang tenang juga bergelora inikan pula perkahwinan mereka. Fitnah dan dugaan yang hadir membuatkan Sofeyya mula berputus asa. "Abang, Feyya nak kita berpisah." "Will you be happy if i let you go?" Dia cintakan lelaki itu tetapi apa guna perkahwinan ini jika mereka bersikap seperti orang asing yang duduk di bawah satu bumbung yang sama! "Sebeci itukah Feyya pada abang?" "Ye! Feyya nak abang lenyap dari hidup Feyya. Feyya benci abang!" Cinta yang hadir bertukar menjadi benci yang bersulam. Tetapi benarkah ia benci atau ianya hanya rasa kecewa? Dan benarkah Makeen tidak mencintai isterinya atau ia hanyalah penipuan untuk mengkaburkan mata-mata yang ingin menghancurkan hidupnya? "Jika hanya dengan cara dibenci dan disakiti boleh menyelamatkan dia dari dendam manusia, aku akan gadaikan kebahagiaan aku untuk dia. Cause when you love someone their happiness is more important than yours." Start: 9/4/2024 End:

More details
WpActionLinkContent Guidelines