BENJAMIN'S ORIGIN: SECRET LOVE (UPCOMING)

BENJAMIN'S ORIGIN: SECRET LOVE (UPCOMING)

  • WpView
    Membaca 273
  • WpVote
    Vote 22
  • WpPart
    Bab 2
WpMetadataReadDewasaBersambung
WpMetadataNoticePublikasi terakhir Sel, Sep 30, 2025
WpInfo
Fiksi
Romansa
Bagi Rania Falisya, rumah tangga mana yang tidak bergelora, namun itu bukan alasan untuk berundur. Selagi Dzul Afendi menjadi nakhoda, dia rela bertahan dalam kapal yang terumbang-ambing. Namun, kepercayaannya musnah apabila dia sendiri menangkap Dzul bersama adik angkatnya, Lufya Muneera, di sebuah hotel. Di situ juga, tanpa belas, Dzul menjatuhkan talak ke atasnya. Kecewa dan hancur, Rania melarikan diri dalam keadaan tertekan-sehingga sebuah kemalangan mengubah hidupnya selamanya. Separuh wajahnya musnah, dan begitu juga seluruh kehidupannya yang dulu. Namun, dalam kegelapan, muncul Tengku Faal Benjamin. Lelaki itu menawarkan peluang kedua, pembedahan yang akan memberinya wajah dan identiti baru, tetapi dengan satu syarat-dia mesti berkahwin dengannya. Sebagai balasan, Tengku Faal akan membantunya menuntut keadilan dan membalas dendam terhadap Dzul dan Lufya. Namun, Rania tertanya-tanya-apa sebenarnya niat lelaki itu? Kenapa dia sanggup berbuat sejauh ini untuk seseorang yang tiada kaitan dengannya? Adakah ini sekadar perjanjian, atau ada sesuatu yang lebih besar sedang dirancang oleh Tengku Faal? Dalam permainan dendam ini, siapa sebenarnya yang akan menang, dan siapa yang akan kecundang?
Seluruh Hak Cipta Dilindungi Undang-Undang
Bergabunglah dengan komunitas bercerita terbesarDapatkan rekomendasi cerita yang dipersonalisasi, simpan cerita favoritmu ke perpustakaan, dan berikan komentar serta vote untuk membangun komunitasmu.
Illustration

anda mungkin juga menyukai

  • Takdir Yang Istimewa
  • MY HUSBAND [COMPLETE]
  • Mi Esposa (TERBIT)
  • CINTA SECONDHAND
  • Her last happiness [C]
  • WANITA KESAYANGAN TENGKU ( TERBIT)
  • TENGKU RYAN FAKHRI [COMPLETE]
  • My husband Encik Tengku ✓
  • AKU MILIK KAU : TENGKU AFZAL NIKOLAI (COMPLETE)

1st New Generation Series Also known as: The Special Date Tengku Farahani dan Afiq Naufal berkawan rapat sejak kecil lagi. Ibu mereka berkawan baik. Sampaikan mengandung sekali, bersalin pun sekali. Secara tak sengaja, mereka pun menjadi kembar yang berlainan ibu bapa. Tengku Farahani sedikit teruja apabila mendengar khabar bahawa Afiq Naufal akan pulang ke Malaysia. Setelah 3 tahun dia tidak berjumpa lelaki itu. Kalau disuruh jujur, dia akan mengaku yang dia memang rindukan Afiq Naufal. Di usia 24 tahun, Tengku Farahani akan berkahwin dengan tunangnya iaitu Azri. Tengku Farahani memilih tarikh lahirnya sebagai tarikh untuk dia diijab kabul. "Kenapa kau pilih tarikh lahir kau sebagai hari kau nikah? Kau lupa ke tarikh lahir kita sama? Takkanlah setiap kali birthday kita, aku kena ingat tarikh anniversary kau sekali?" -Afiq Naufal. Kepulangan Afiq dari Perth bukan saja memberi kegembiraan buat Tengku Farahani. Tetapi membawa nasib malang. Tengku Farahani terlibat dalam kemalangan yang berpunca daripada Afiq Naufal sehingga menyebabkan gadis itu lumpuh. Ditinggalkan oleh tunangnya sendiri membuatkan Fara membenci Afiq Naufal. Bagi Tengku Farahani, Afiq Naufal punca Azri tinggalkan dia. "Kalau dia taknak jaga kau, biar aku yang jaga kau," -Afiq Naufal. "Aku dah benci kau Afiq. Kau ingat aku nak ke terima kau?"- Tengku Farahani. Afiq Naufal tak kisah. Asalkan dia dapat tebus semula segala kesalahannya. Dia punca Tengku Farahani lumpuh. Dia mahu bertanggungjawab. Dia akan menjaga Tengku Farahani. "Kalau kau kahwin dengan Fara, macam mana dengan Lydia? Macam mana dengan janji kau pada Lydia?" -Eriq Haiyan. Lydia Qairina, kekasih Afiq di Perth. Sudah 3 tahun dia bercinta dengan Lydia. Tetapi setiap kali memikirkan tentang Fara, buat dia rasa bersalah. Dia sanggup korban hatinya. Tapi mampukah Fara menerima Afiq? Jika Afiq berkahwin dengan Fara, bagaimana pula dengan Lydia?

Detail lengkap
WpActionLinkPanduan Muatan