Fatihah - singkat saja namanya. Satu perkataan, tapi berbagai tingkah. Tak disangka, matanya kini tertumpu ke arah Sang Putera Diraja, semakin menjadi-jadi tingkahnya.
Tatkala pihak diraja mencari susuk kerabat yang sudah lama menghilang, Fatihah memberanikan diri. Untuk mencuba. Cuba untuk menipu bahawa dirinya lah susuk yang dicari mereka itu!
Alasannya simple tetapi gila. Gadis itu buat kerja gila!
"Cuma nakkan jarak yang dekat dengan Putera je,"
Memang perempuan gila! Menggedik sungguh! Tapi, benarkah hanya alasan itu saja Fatihah inginkan?
"Tenanglah. Identiti aku takkan terbongkar punyalah!"
Bahkan, dia juga nyaris terbongkar identitinya. Tapi, mengapa? Sepertinya, sukar sekali mereka mengenalpasti Fatihah ini telah menipu mereka. Seolah-olah, diri Fatihah ini tidak asing di dalam istana.