[SHORT STORY]
"Dari kecil, nasib baik jarang menyebelahi aku," -Ratu Alana
"Dari kecil juga, aku tak pernah faham apa itu kasih sayang,"-Elaine
Dua orang sahabat baik yang saling melengkapi sampai ada yang menganggap mereka adik-beradik. Alana banyak berhutang budi dengan Elaine dan tulusnya Elaine dalam persahabatan sehinggakan suami sendiri pun dia sanggup berkongsi.
"Queen, anak ni anak kita juga. Nanti bila aku dah tak ada, tolong jaga anak kita baik-baik, fahamkan dia apa itu kasih sayang dan tolong Hadid jaga anak kita ya?"-Elaine
Tidak sangka, pemergian si sahabat dalam tempoh sekelip mata. Hilang Elaine dalam hidup, maka hilang juga semangat Alana untuk beberapa ketika. Amanah yang dia galas juga boleh tahan berat.
"Pergilah sambung cita-cita you tu sehingga you berjaya Alana, I izinkan. I dengan Rizqa akan baik-baik saja di sini"-Tunku Hadid Nazareth
Dalam hati, Alana menguntum senyum. Beruntungnya Elaine dapat suami setia seperti Hadid. Alana langsung tidak cemburu. Dia tahu dan dia nampak sebesar mana cinta Hadid buat arwah.
Namun di saat satu rahsia yang disimpan kemas selama ini terungkai, lain pula jadinya. Masing-masing sudah menjadi layang-layang yang terputus tali.
"Kenapa you tak pernah pun berterus-terang dengan I Alana?!" -Hadid
"Sebab saya rasa tak penting pun untuk Tunku Hadid tahu. Saya...saya bukan pilihan dalam hidup sesiapa"-Alana
"𝘾𝙞𝙣𝙩𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙨𝙚𝙟𝙖𝙩𝙞 𝙖𝙙𝙖𝙡𝙖𝙝 𝙘𝙞𝙣𝙩𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙨𝙖𝙡𝙞𝙣𝙜 𝙢𝙚𝙡𝙚𝙣𝙜𝙠𝙖𝙥𝙞."
- 𝒷𝓎 𝒜𝓈𝓊𝓃𝓃𝒶𝓇𝒶𝒶
Tuan Nuh Fateh |
Raisha
Tuan Nuh Fateh bin Tuan Faris. Lelaki yang dingin? Salah. Lelaki yang sombong? Salah. Lelaki yang berlagak? Pun salah. Dia seorang yang pemurah dengan senyuman, tak lokek dalam membantu sesiapa saja dan 'kesempurnaan' sikapnya itu menjadi faktor kemusnahan rumah tangganya. Kini, dia bergelar duda yang sangat hangat di pasaran.
Raisha binti Azman. Bekas isteri kepada salah seorang jutawan muda, Tuan Nuh Fateh. Hanya disebabkan perasaan cemburu butanya yang sukar dikawal, dia mengambil keputusan untuk berpisah dengan lelaki itu. Meskipun sukar lebih-lebih lagi dengan keadaannya yang menjadi ibu tunggal kepada puteri mereka. Dunianya menjadi tunggang terbalik apabila dia bekerja di syarikat bekas suaminya dan menjadi pembantu peribadi kepada Tuan Nuh Fateh. Lari ceruk mana pun mereka tetap bertemu.
"Somehow I rasa sangsi, you memang cinta mati dengan I ke sampai you minta kerja dekat sini?" -Fateh.
Hari demi hari, bulan berganti bulan, pasangan yang telah berpisah itu tidak dapat menafikan bahawa mereka saling memerlukan.
"Maaf, Fateh. Sekarang I sedar..."