BADASS WIFE UNGKU JABBAR
  • Reads 3,396
  • Votes 37
  • Parts 8
  • Time 43m
  • Reads 3,396
  • Votes 37
  • Parts 8
  • Time 43m
Ongoing, First published May 22, 2024
PROLOG
BUNGKUSAN makanan diletak di atas lantai. Dia duduk bersila sambil bersandar di dinding bilik. Nafas dihela lemah. Hampir semput dia dibuatnya gara-gara menaiki tangga.
​Hari ini seharian dia perlu bekerja. Dia tak boleh merungut walaupun terlalu penat. Ditambah lagi dalam keadaan dirinya begini, dia perlu kuatkan semangat.
​Lama dia termenung memikirkan nasib yang bakal dihadapinya kelak. Dia tak mampu lupakan apa yang beberapa hari yang lepas. Kehadiran lelaki itu bersama perempuan yang sama pernah dia lihat sebelum ini, makin meremukkan hatinya. Bodohnya dia kerana percayakan kata-kata lelaki itu.
​Dari dulu lagi dia patut sedar diri. Mustahil untuk dia dan lelaki itu berdiri sama tinggi. Hakikatnya, dia tak layak berada di tempat yang sama seperti lelaki itu.
​Nafas ditarik dalam-dalam sebelum dilepaskan perlahan-lahan. Bungkusan makanan lebihan yang dibawa dari restoran tadi dibuka. Syukur hari ini masih ada rezeki untuk dia mengisi perut. Semalam dia hanya mampu menjamah beberapa keping roti.
​Belum sempat dia menjamah makanan, terdengar pintu biliknya diketuk. Dahinya berkerut seribu.
​"Siapa tu?"
​Senyap. Selama dua bulan dia tinggal di sini, tiada sesiapa yang pernah datang melawatnya.
​Sekali lagi pintu biliknya diketuk. Kali ini lebih kuat berbanding tadi. Spontan dia berdiri mendadak. Pisau lipat yang ada di atas meja kecil dicapai. Dia sembunyikan tangannya ke belakang.
​"Siapa?" Kali kedua dia menyoal.
​"I'm here. Buka pintu. Now."
​Terlepas pisau di tangannya. Beberapa langkah dia berundur ke belakang. Peluh sudah membasahi dahi. Tapak tangannya melekap ke permukaan perut. Dia cukup kenal dengan pemilik suara garau itu.
​Kenapa dia perlu muncul sekarang?
All Rights Reserved
Sign up to add BADASS WIFE UNGKU JABBAR to your library and receive updates
or
#280fyp
Content Guidelines
You may also like
You may also like
Slide 1 of 10
Husband's whore cover
သူဌေးမင်းရဲ့အချစ်တော် (complete ) cover
I Became the Sub-Villain with Highly Intelligent Triplet Sons (BL) cover
Cannon Fodder Cultivation Guide cover
When It Reigns (Cursed Reigns, #1) cover
အချစ်ဦးသည်ကမ္ဘာတည် cover
The Devil Spawns Feisty Mate  cover
ကံမကောင်းတဲ့ အမျိုးသားအရံဇာတ်ကောင်ကို လက်ထပ်ဖို့ ၇၀ခုနှစ်သို့ ပြန်သွားခြင်း   cover
rich girl. kang daeho cover
[CH598+ Continued] Dungeon Diver: Stealing A Monster's Power cover

Husband's whore

6 parts Ongoing

Intimacy on dirtiest level.