Pertemuan semula Bunga Aleena dan Arif Iskandar setelah 10 tahun membangkitkan rasa benci pada hati Bunga. Bukan gadis itu tak rindu, namun selepas memakan masa bertahun-tahun baru jejaka itu mahu mencari dia semula ? "Please give me some space to explain.." Rayu Arif pada Bunga "No need." Bunga menolak mentah rayuan jejaka itu. Tumpah air mata darah sekalipun tak akan mampu ubati luka yang Arif sendiri cipta pada hatinya. "I yakin dia masih sayangkan Arif." Baihaqi abang kepada Bunga percaya setinggi manapun ego adik perempuannya itu akan tetap kalah dengan rasa cinta yang tercipta sejak dibangku sekolah lagi. Disaat cinta Arif mula tertakluk kembali di dalam hati Bunga , pelbagai rintangan lagi yang perlu dihadapi oleh mereka apabila sudah mendirikan rumahtangga. "Saya janji Bunga, awak adalah cinta mati saya." Hidung Bunga dicubit sedikit oleh suaminya "Sayang baliklah. Saya letih cari awak, awak dah tak sayang saya dengan anak kita ke ?" suara Bunga bergetar memanggil nama suaminya yang dilaporkan hilang semasa mendaki gunung. Hidupnya kucar kacir, semangatnya hilangnya kembali tanpa sebarang jejak. Namun, jasad suaminya kembali ke pangkuan setelah hampir 3 minggu hilang. Hidup mereka kembali bahagia seperti sediakala dengan kehadiran cahaya mata perempuan iaitu Mikayla Arianna. "Sayang you've to be strong for us. Saya ada kat sini teman awak, kita sambut our daughter together tau." Arif membisik ke telinga Bunga agar isterinya kuat bertarung nyawa demi anak mereka. "Ampunkan dosa saya sayang." Pipi Arif dibelai perlahan oleh Bunga. Tetapi, sampai manakah ukuran bahagia buat mereka ? Kini, rumahtangga diuji kembali. Kuatkah Bunga Aleena menghadapi kehilangan buat sekekian kalinya atau dia juga turut mengalah. "Terima kasih untuk janji awak, Arif Iskandar.." p/s untuk semua kekurangan di dalam cerita ni, mintak maaf ya. Enjoy! 🤍 Love , Bgnvll