"Ni kucing awak ke?"-Ray
"Ya tu kucing saya, jangan bagi dia lari."-Safi
Pertemuan pertama mereka berdua berpunca daripada kucing Safi yang melarikan diri daripadanya. Takdir menyebabkan mereka bersua kembali apabila masing-masing belajar di universiti yang sama. Namun, perkenalan mereka yang sebelum ini bagaikan tiada erti apabila fitnah ditabur tanpa usul periksa menyebabkan hubungan mereka kembali renggang. Setiap kali berjumpa, mereka bagaikan anjing dan kucing yang sentiasa bergaduh.
"Ehh, apa masalah kau ya, asyik jumpa aku je ada lah benda yang kau tak puas hati!"-Safi
"You are the problem, if you disappeared, maybe after this I'll live my peaceful life again"-Ray
"Bro cakap Melayu lah, aku tau kau boleh cakap Melayu, kenapa.. kau takut?"-Safi
"Kalau aku cakap Bahasa, takut kau yang cair dengar suara aku"-Ray
Ray mula mengeraskan hati untuk menerima orang lain di dalam hidupnya. Baginya, membuka hatinya kembali akan membuatkan dirinya semakin menderita dan tersakiti. Sehingga pada satu ketika, hatinya terbuka semula dek kerana pertolongan yang tidak disangka-sangka.
"Ray, awak okay?".
"Safi please help me."
Pertemuan yang dianggap nasib malang oleh Ray akhirnya bertukar menjadi titik permulaan dalam hidupnya untuk lebih mengenali Safi, gadis yang membawa harapan dalam hidupnya yang suram.
"Safi, I don't deserve you.'
"Macam mana awak tahu yang awak tak layak untuk saya . Andai Allah takdirkan kita bersama?".
( spin-off The Hidden Lies. )
Hazeem Hayder | Tengku Aysha Hanisah
Selepas beberapa tahun menderita dan berduka, Tengku Aysha akhirnya mengambil keputusan untuk beralih dari kemalangan tragis yang meragut nyawa seseorang yang istimewa baginya, Hazeem.
Tengku Aysha berjaya membina kehidupannya dalam dunia fesyen selepas mengambil alih butik uminya. Kehidupannya berawal dengan sempurna dan lancar. Walaupun hidupnya kini kembali seperti sedia kala, hatinya masih lagi tertutup untuk orang baru.
Namun takdir menemukan dia dengan seorang lelaki misteri yang wajahnya saling tidak tumpah seperti Hazeem.
"Nama aku Hayder. Just call me Encik Hayder." - Hayder
Dia bukan Hazeem, namanya Hayder. Ya, Hayder. Persis seperti nama Hazeem. Namun kelakuan dan sikapnya juga berbeza dari Hazeem . Jika Hazeem seorang yang ceria dan pemalu, Hayder pula seorang yang dingin dan penyombong!
Ingatkan dah tak berjumpa dah. Tapi dah kalau jodoh, pasti tak ke mana kan? Rupa-rupanya Hayder lelaki yang bakal dijodohkan dengan Tengku Aysha.
Sekali lagi kalau bukan jodoh tak ke mana, mereka berjumpa di rumah jagaan anak yatim yang diasas oleh Hayder sendiri selepas Tengku Aysha melarikan diri di hari pernikahan mereka.
Hayder yang tidak berpuas hati dengan Tengku Aysha kerana gadis itu melarikan diri semasa hari pernikahan mereka, mula berniat untuk mengusik gadis itu. Tengku Aysha pula masih ragu-ragu dengan identiti sebenar Hayder.
***
"So you're Hazeem? Hazeem Hayder?..." - Tengku Aysha
"Mulai hari ini, saya takkan ganggu awak lagi. Saya lepaskan awak... dengan sepenuh hati." - Hazeem Hayder
Selepas rahsianya mula terbongkar, dia terpaksa melepaskan gadis yang dicintainya itu demi keselamatan dia. Dapatkah mereka bersatu kembali?
You are my unbreakable and unforgottable love, Tengku Aysha Hanisah.
Start : 24 may 2024
End : -