Golden High. Sekolah elit untuk anak orang kaya, penuh geng eksklusif, peraturan ketat, dan... drama tak masuk akal.
Bila Narra Erysha, budak baru yang bukan sesiapa melangkah masuk ke gerbang GH, dia tak sangka hidupnya akan jadi lebih huru-hara daripada sebelum ni. Dari kena sindir pasal pakaian, kena soal macam dia alien, sampai terlibat dengan Tengku Hadi Gibran aka troublemaker terkenal sekolah ni.
Mamat ni? Suka cari pasal. Suka buat orang sakit hati. Tapi kenapa dalam ramai-ramai orang, dia yang selalu muncul setiap kali Erysha dalam masalah?
Tak cukup dengan itu, dia mula rapat dengan Detention Club iaitu sekumpulan pelajar yang asyik kena denda atas benda yang diorang tak buat atau kesalahan yang remeh.
Syed Aqram Darwisy, pengawas yang selalu kena target dengan cikgu disiplin.
Ku Medina Sofea, yang nampak sweet tapi sebenarnya savage.
Tengku Nazry Ezryq, si prince charming yang selalu buat orang cair.
Anne Dryana Rivera, si genius sarkastik yang mulut takde filter.
Raja Aqil Daniel, si atlet yang juga joker of the group.
Syarifah Aqiya Danisya, budak baik yang semua orang underestimate.
Dan tak lupa si troublemaker iaitu Tengku Hadi Gibran.
Semakin lama, Erysha perasan sesuatu. Diorang bukan sekadar kena denda biasa. Macam ada orang sengaja nak kenakan diorang. Macam ada sesuatu yang cuba disembunyikan.
Golden High bukan sekadar tempat belajar. Ini gelanggang permainan untuk orang yang ada kuasa. Dan rakan-rakannya di Detention Club? Dah terlalu lama jadi mangsa.
Tapi siapa dalang sebenar?
Apa yang sebenarnya jadi di sebalik dinding Golden High?
Dan lebih penting... kenapa Hadi selalu ada bila Erysha perlukan seseorang?
Adakah dia musuh... atau seseorang yang lebih dari sekadar troublemaker?