Antara cinta dan cita-cita, salah satunya perlu dikorbankan dan Suri tekad meninggalkan Syihan demi mengejar cita-citanya. Empat tahun ditinggalkan, Suri datang kembali menagih cinta Syihan. "Boleh abang cintakan Suri sekali lagi?" "Kau bukan lagi untuk aku pertahankan. Kita dah terlalu hancur untuk kembali macam dulu." Tapi Suri tak mengalah. Pelbagai cara dia lakukan untuk kembali memenangi hati Syihan. "Suri ada buat puding buah kegemaran abang. Dulu abang suka sangat makan puding buah yang Suri buat. Suri masih ingat." "Boleh tak kau berhenti bercakap tentang masa lalu? Aku dah tak hidup dekat sana lagi." Tapi demi kebahagiaan Syihan, Suri mengambil keputusan untuk mengundur diri. "Suri nak akhiri semua ni. Suri nak kita berpisah." "Kau nak tinggalkan aku sekali lagi? Kau dah mengalah?" "Sepatutnya daripada awal lagi Suri mengalah." Masihkah ada sinar kebahagiaan buat mereka berdua lagi?