"Kau atau aku yang obses?" Sudah dekat seribu orang mengajaknya untuk berkahwin namun masih Larissa tolak. Tetapi kenapa? Apa alasannya? Apa alasan yang membuat Larissa Zenrose seorang pereka fesyen menolak tawaran para jejaka itu? Bukan hanya lelaki biasa mengajaknya, pelakon bahkan doktor pun ada yang melamar tetapi masih ditolak. Sehingga dia berumur 25 tahun masih lagi bujang. Bila ditanya apa alasannya Larissa sekadar menjawab 'bukan urusan kau' Tetapi kebelakangan ini perangai Larissa sudah berubah. Berubah seperti..orang yang tergila-gilakan seseorang. "Semenjak dari hari tu aku perasan kau dah lain, Larissa."-ALYSSA HANYRA "Aku lain ke apa itu semua bukan masalah kau."-LARISSA ZENROSE Apa sebab gadis itu berubah? Itu lah soalan yang ingin Alyssa tujukan pada Larissa namun setiap kali sahaja ingin dia tanyakan Larissa akan mengelak. Kenapa gadis itu terlampau suka berkurung dalam bilik dan ketawa tak henti? Boleh gila Alyssa dengar ketawa Larissa. Hampir setiap malam gadis itu ketawa sambil berkurung dalam bilik. "Kau gila."-ERIC ZACHARY "Apa yang aku buat bukan urusan kau."-LARISSA ZENROSE Bukan sekali atau dua kali tetapi berkali-kali dia dapat rasakan ada yang mengekori. Di rumahnya sendiri pun dia rasa tidak selamat apatah lagi di luar. Dia rasa diperhatikan. Seram sejuk. Siapa yang mengekorinya? Siapa dan kenapa? Apa orang itu mahu pada dirinya? Eric Zachary hanyalah seorang pembaiki motor tetapi kenapa ada yang mengekorinya? Pelik. "Aku rasa ada yang ikut aku lah."-ERIC ZACHARY "Siapa pula nak ikut kau ni, Eric?"-KHAIRUL ZAFRIEL Entah mengapa tiada siapa yang mempercayai dirinya. Dia sudah buat aduan kepada pihak polis tetapi tiada tindakan diambil! Mereka bahkan tidak siasat langsung. Pernah terlintas dalam fikirannya yang wanita itu itu mengekorinya namun dia salah. "Kau fikir aku yang ikut kau? Jangan nak buat lawak, aku ada banyak kerja dari ikut kau."-LARISSA ZENROSE Jika bukan Larissa jadi siapa?All Rights Reserved
1 part