Moon Rises (Slow Update)

Moon Rises (Slow Update)

  • WpView
    Reads 7
  • WpVote
    Votes 0
  • WpPart
    Parts 1
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Fri, Oct 25, 2024
Ayah yang pilih kasih terhadapnya. Dia dijauhi oleh kakaknya kerana arahan yang diberikan oleh sang ayah. Dia dianggap sebagai malapetaka oleh ayahandanya sendiri. Dia membenci anggota keluarganya. Dia dianggap tidak berguna yang membawa kehancuran. Semakin meningkat dewasa, dia tidak lagi menginginkan kasih sayang daripada seluruh anggota keluarganya. Dia ingin hidup untuk diri sendiri. Dia berusaha untuk menjadi seorang yang berkemampuan untuk membuktikan bahawa dia bukan macam apa yang diperkatakan oleh ayahandanya. Athea Navita, puteri yang dianggap sebagai malapetaka oleh keluarganya. Athea membenci semua ahli keluarganya termasuk kakaknya. Tanpa pengetahuan keluarganya, Athea mempunyai personaliti ganda. Athea ialah gadis yang memendam perasaannya sendiri sementara personaliti yang lain menyimpan dendam dan mempunyai keinginan untuk membalas dendamnya. Avi ialah personaliti Athea yang lain. Avi yang tiada belas kasihan akan membalas perbuatan orang lain kepadanya. Avi bukan gadis yang lembut seperti Athea. Athea bertemu dengan tuan muda yang menggalakkan perlakuan Avi kepada yang berbuat jahat kepadanya dan melindungi Athea dengan nyawanya sendiri supaya gadis itu terus tertawa.
All Rights Reserved
#111
dendam
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Derana (Bab Percuma)
  • KELAM DI SEBALIK SINARNYA
  • DEEN'S FAMILY (B5)
  • Stalker-Ish
  • Cukuplah Cinta Itu
  • [EBOOK] Aeldra Hayyan : Sweet Scelestus
  • OH MY PRETTY MAID [EDITING]
  • The Price of Vengeance: Blood Oath Season 2
  • Cinta Ditunda Dendam -EBOOK

Marsha Adlina. Di sekolah, siapa yang tidak kenal akan dirinya? Dengan prestasi ko-kurikulum yang memberangsangkan, wajah menawan serta sahsiah mulia, maka tidak hairan jika dirinya disenangi banyak orang. Bahkan, tidak sikit juga yang menjadikannya sebagai ikon contoh. Namun, langit tak selalu biru. Akan tiba masanya, ia berubah mendung. Begitu juga kehidupan. "Chayra, awak bau busuk tak? Bau tukang rasuah." "Isy, kuatnya bau! Dahlah berbau, tak malu pula tunjuk muka. Reena, saya nak termuntahlah. Apa kata kita pergi tempat lain?" Marsha seakan-akan tidak percaya dengan apa yang baru didengarnya. Rakan-rakan sendiri membuangnya? Oh, mereka sungguh tak kenang jasa. Senario yang selama ini Marsha banggakan, akhirnya hancur jua. Ayahnya dipenjara hingga membuatnya terjatuh tak berdaya. Tidak cukup dengan itu, dia turut dikejar oleh kumpulan Black Blood yang ingin menagih hutang ayahnya. Antara mati atau lari. Manakah yang menjadi pilihan? "Ayah, kenapa ayah buat kakak macam ni. Kakak penat. Dia orang kejar kakak. Kakak takut." Hamburan air mata yang tidak lagi dapat dikawal. Wajahnya kelihatan tertekan. Dalam keadaan genting itu, Marsha mendapat jalan keluar mengikuti sebuah laluan yang tidak dijangka-jangka! Dia pilih untuk lari. Bukan mati di tangan manusia kejam. Mengikuti laluan itulah Marsha mengenal kehidupan baharu yang penuh suka duka dan pengalaman indah. Namun laluan itu laluan yang jauh. Jauh dari tanah airnya. "Kehidupan kita ibarat sebuah filem. Ada hal yang tidak indah di sebalik layar, tetapi kita tidak mungkin menunjukkannya, bukan?"- Marsha Adlina Adakah Marsha masih teguh menggenggam derana kala dugaan hidup datang menghimpit?

More details
WpActionLinkContent Guidelines