[Book 1] [Hikayat Series 1] Negeri Manwura adalah negeri yg terkenal dengan rakyat nya yg setia dan patuh terhadap Raja Mahapuri. Juga terkenal dengan keramaian ahli pahlawan yang gagah dan kebal di kalangan rakyat itu. Indera Shah adalah salah satu pahlawan dan angkatan diraja yang terkenal dengan kebijaksanaanya malah juga seorang ahli pakar dalam silat. Dia memiliki paras rupa yang tampan, sempurna serta beku dan kasar namun apabila dihadapan emaknya iaitu mak Lela, dia hanya seorang anak lelaki yang sangat manja. Intan Marwati adalah seorang gadis dari negeri sebelah iaitu negeri Seripati. Dia memiliki paras muka yang cantik, menawan dan bersih dari cacat cela. Dia juga tinggal bersama keluarga angkatnya sejak dari bayi lagi dek kerana suatu tragedi. Dia berperilaku yang lemah lembut, ramah serta marah jika ada orang merendahkan dirinya dan keluarga angkatnya. Namun ada suatu rahsia yang belum diketahui olehnya dek yang disimpan rapi oleh ibu bapa angkatnya. ••• Takdir Intan dan Indera Shah menemukan mereka sebagai tuan rumah dan pembantu rumah di rumah mak Lela. Sejak hari itu, hidup mereka hari-hari perlu menghadap sifat masing-masing. ••• "Lah, tuan muda tak usah pun membuat kerja ni tuan muda. Biar saya saja yang buat---" - Intan "Boleh tak kau diam je? Aku buat ni sebab mak aku suruh aku tolong kau lah kalau tidak memang pun aku nak tinggalkan kau dekat sini" - Shah ••• Hari berganti hari, mereka dapat menyesuaikan diri mereka dengan keberadaan masing-masing sehingga perasaan cinta tersemat dihati tanpa pengetahuan mereka. Namun apabila tiba masanya perkara sebenar itu terbongkar, hidup Intan berputar 360 manakala Shah pula tidak tahu bagaimana hendak mengendalikan masalah itu melainkan meminta pertolongan dari Allah yang Maha Pengatur segala urusan kita. Ini adalah karya saya yang pertama, idea saya sendiri, minta maaf jika ada salah silap dan segala kekurangan yang ada dalam buku ni 🙏🏻 Don't plagiarism ‼️