Story cover for 𝑭𝑨𝑵𝑻𝑨𝑺𝑰 𝑴𝑰𝑴𝑷𝑰 (𝑵𝒆𝒘 𝒗𝒆𝒓𝒔𝒊𝒐𝒏) by BatrisyiaHorizan
𝑭𝑨𝑵𝑻𝑨𝑺𝑰 𝑴𝑰𝑴𝑷𝑰 (𝑵𝒆𝒘 𝒗𝒆𝒓𝒔𝒊𝒐𝒏)
  • WpView
    Reads 1,386
  • WpVote
    Votes 63
  • WpPart
    Parts 54
  • WpView
    Reads 1,386
  • WpVote
    Votes 63
  • WpPart
    Parts 54
Complete, First published Jun 05, 2024
Memiliki tubuh badan yang besar dan penuh cela bukanlah kehendak manusia. Malah, hanya kesempurnaan yang didambakan, hanya keistimewaan yang didahagakan. 

Dibalik wajah polos seorang gadis, dia punya angan dan cita-cita yang tinggi. Dia juga punya target yang mahu dicapai, iaitu hidup di atas dunia yang penuh fantasi. Dunia yang penuh dengan kebahagiaan tanpa pernah menuntut kesempurnaan. Dunia yang mustahil untuk terwujudkan, malah tidak pernah terjangkau dek akal fikiran.

"Saya dah jatuh cinta dengan tempat ini. Jika diizinkan Tuhan, saya ingin terus menetap disini." - Aaliesha Aneira

"Ini bukan dunia kamu, kamu perlu tinggalkan tempat ini. Dunia kamu tak akan pernah mampu bersatu dengan dunia beta." - Alfarizqi Afzal

"Bagaimana pula dengan kita? Mustahilkah untuk kita menyatu?" - Aaliesha Aneira

Kebersamaan antara mereka sedikit demi sedikit telah meruntuhkan benteng perasaan yang dijaga. Perasaan cinta yang kian mekar hanya mampu didiamkan sahaja. Disaat ada sinar kebahagiaan yang hampir dikecapi dua hati, hadir sesuatu yang mula mengganggu gugat cinta yang hampir kuat tersimpul mati.

Dua jiwa dari dimensi yang berbeza... 
Mampukah mereka? 

Fantasi Mimpi, sebuah hikayat yang telah diberi nafas baru.

Start : 7/3/2023
End : 22/1/2025
All Rights Reserved
Table of contents
Sign up to add 𝑭𝑨𝑵𝑻𝑨𝑺𝑰 𝑴𝑰𝑴𝑷𝑰 (𝑵𝒆𝒘 𝒗𝒆𝒓𝒔𝒊𝒐𝒏) to your library and receive updates
or
#234timetravel
Content Guidelines
You may also like
[1] Kesetiaan Cinta Kita| Slow Updateee by nanakhirah
47 parts Ongoing
My First Story- Stand Alone [Islamic Sad Romance]✨ Jodoh... bercakap soal jodoh, Yang Maha Menentukan telah menentukan segalanya. Kita perlu terima dengan hati yang terbuka kerana setiap pertemuan pasti telah ditetapkan. Jatuh cinta ialah perasaan yang sangat indah bagi setiap insan yang merasainya. Apabila perasaan itu mula berputik di dalam hati seseorang, ia bakal membuatkan orang itu dihantui oleh bayang orang yang ia cintai. Nur Falisha Ayana... suatu nama indah yang sentiasa bermain di fikiran serta di bibir milik Tengku Falikh Ayden. Bagi dia, Nur Falisha Ayana adalah segalanya kerana dirinya yang sangat alim serta memiliki keperibadian diri yang baik membuatkan dia menaruh hati lalu terjatuh cinta selama bertahun lamanya. "Diri my zawjaty yang secantik bidadari di syurga kerana setiap kali habib melihat senyuman zawjaty terasa seperti di syurga."~Tengku Falikh Ayden "Habib memang seorang jejaka dan suami yang baik, seindah layanan habib terhadap diri sayang. Terima kasih untuk segala layanan yang indah tu..."~Falisha Ayana Janji setia sehingga maut yang memisahkan atau hanya terhenti di tengah jalan? Marilah sama-sama kita hayati kisah cinta mereka! Date of start:25/10/23 Date of start publish 'back': 6/11/23 & 12/12/24 Date of complete: ?? ALL RIGHTS RESERVED©️ nanakhirah AMARAN⚠️: DILARANG PLAGIAT SETIAP STORYLINE KARYA ASLI DARI HASIL PENULISAN NANAKHIRAH‼️ TRIGGERED WARNING : TW⚠️ SELF HARM MENTAL HEALTH ISSUES PAST TRAUMA HALLUCINATION Top Ranking: #1 islamiclove #1 mentalhealthawarness #15 setia
She, My Exception | Editing by daisynaar
8 parts Ongoing
Revamp Ar-Rayyan's Rayyan, seorang jejaka yang dingin bak salju, menjaga pandangannya dengan penuh keteguhan. Tidak pernah sekali pun dia berkasar dengan wanita, apatah lagi membuka hatinya untuk cinta. Namun, segalanya berubah apabila dia bertemu dengan Nadra Haida, seorang gadis yang hadir bagai bayu lembut menyapa jiwa. Nadra, dengan kelembutannya yang penuh misteri dan senyuman yang mampu mencairkan hati paling kaku, menjadi satu-satunya insan yang berjaya mengetuk tembok kukuh yang selama ini melindungi Rayyan. Dalam kesamaran hati yang tertutup rapat, cahaya Nadra menyusup perlahan, menghangatkan jiwa yang beku dan mencipta gelombang emosi yang tak pernah Rayyan rasakan. "Actions speak louder than words, Nadra. Let me love you, and I'll show you what real love feels like." - Rayyan Namun, takdir tidak pernah hadir tanpa ujian. Di sebalik kebahagiaan yang mula mekar, sesuatu yang gelap dan buruk menyapa mereka-sesuatu yang mampu memisahkan dua hati yang baru belajar mencintai. Dugaan itu hadir bagai ribut yang menggoncang akar cinta mereka, memaksa mereka berhadapan dengan realiti yang penuh kesakitan dan ketidakpastian. Adakah cinta mereka cukup kuat untuk bertahan? Atau takdir sudah menetapkan bahawa perjalanan ini hanyalah sebuah kisah yang singkat? Dalam cabaran yang menduga jiwa dan perasaan, hanya waktu yang akan menentukan-adakah mereka akan meraih bahagia, atau terpaksa melepaskan segalanya dalam kepedihan. "Siapa ni, mama?" - Rayyan Start - 18 Dec 2023 End - 25 March 2024
KOMA (Terbit) by TheFnlini
16 parts Complete
TERBIT DI BAWAH RUMAH PENERBITAN AHA‼️ Dapatkan KOMA di shopee @ahashoppe2020 segera ⚠️AMARAN⚠️: cerita ini mengandungi pengkhianatan, kematian, pengorbanan, penderitaan dan kesengsaraan karakter mahupun pembaca. 🚫Read at your own risk🚫 ----- "Apa kau buat ni, Alya?" "Itu patut jadi soalan aku, Ayman. Aku perhati sejak kau sedar dari koma, perangai kau lain. Semua yang terjadi kau kata salah." "Dah benda memang haram." "Haram?" Alya berdecit. "Sejak bila kau kisah halal haram ni? Mungkin kau dah lupa sebab kemalangan tu, jadi aku akan ingatkan kau balik..." kata-kata Alya diberhentikan separuh jalan. Entah mengapa, jantung Ayman berdegup laju menantikan ayat yang bakal menyusul keluar. "...Islam dah lama mati." ----- Sejak terbangun dari komanya, pelbagai perkara aneh terpaksa dilalui Ayman. Dunia yang dihuninya sekarang seolah mimpi ngeri yang entah di mana penghujungnya. Orang ramai berbunuh-bunuhan, halal haram tidak lagi menjadi satu hal. LGBT berleluasa, sepertimana nilai agama yang kian memudar. Manusia hanya Islam pada kad pengenalan, namun jauh sekali terpesong dari kebenaran. Dia tidak boleh membenarkan perkara itu terus bermaharajalela. Atas sebab itu, dia dan sekutunya telah bertekad untuk memulakan dakwah bagi mengembalikan agama yang telah hilang. Walau apa jua taruhannya, mereka tidak akan berputus asa. Hatta terpaksa berdepan kematian sekalipun... kerana andai bukan mereka, siapa lagi? ;D-42 ----- - 35% dakwah/islamic - 50% dystopian - 10% sci-fi - 5% dark fantasy
IDENTITI : MALAM BULAN BERDARAH by kyra_iluvia
10 parts Complete Mature
(AMARAN : ️⚠️KHUSUS UNTUK PEMBACA YANG KUAT MENTAL️⚠️) Pabila gerhana mengutuk manusia berdosa,para malaikat kematian tanpa wajah diutus untuk menuntut mereka yang melampaui batas. Namun,di sebalik kutukan yang semakin menguat...sebuah insiden yang lebih dahsyat tercetus. Negara Oshinawa digegarkan dengan pelarian High Experimental Creatures (HEC) daripada HEC FOUNDATION akibat satu kemalangan misteri yang tak terjangka.Apa yang disangka sekadar krisis biologi ternyata jauh lebih mengerikan,memaksa pihak CRPA dan PBB meminta bantuan luar. Namun, jawapan yang mereka temui bukan sesuatu yang diingini. "Kau mahu kita bekerjasama dengan 'si paling penegak keadilan' tu?!" - Hirito "Mereka satu-satunya petunjuk yang kita ada.Lagipun,makhluk itu bukan sesuatu yang mudah dijinakkan." - Scarlet Di tengah-tengah pertempuran yang semakin mengila,tersingkap kebenaran yang telah lama dikuburkan.. Pemimpin di sebalik bencana HEC FOUNDATION bukan sekadar dalang tetapi juga mangsa kezaliman SKYRA sebelum kematian Profesor Anissa Dayana,mempersoalkan motif sebenar pelarian itu. Misteri semakin ditelusuri satu demi satu... Membuka lebaran kepada seorang anak istimewa yang pernah kekal di sisi Anissa Dayana sebelum dirinya menghilang tanpa jejak. Identiti sebenar Akira turut tersingkap menariknya ke dalam kegelapan konspirasi SKYRA yang tak pernah dia bayangkan. "A-aku...aku bukan lagi anak dia." - Akira Namun,kebenaran bukan satu-satunya rintangan.Luka lama yang telah lama dikuburkan kini pecah angkara api cemburu,membangkitan kisah hitam yang ingin dilupakan... "Sentuhan wanita bagaikan racun menusuk tapi kau....kau berbeza,mentariku" - Izzat Adakah mereka mampu menyelesaikan segala kekusutan ini? Siapakah sebenarnya Akira? Siapakah anak yang menghilang itu? Mampukah misi ini mengungkap kisah yang telah lama dikunci? DI SINI, KITA MEMBUKA WAJAH...
You may also like
Slide 1 of 10
ELEMENTAL KEGELAPAN [C] cover
HIKAYAT CINTA DUA DUNIA✔ cover
[1] Kesetiaan Cinta Kita| Slow Updateee cover
HER ASSASSIN 1 cover
She, My Exception | Editing cover
KOMA (Terbit) cover
[OG]  Alaskandila cover
Hikayat Ratu Alana  cover
IDENTITI : MALAM BULAN BERDARAH cover
[COMPLETED] REVENGE cover

ELEMENTAL KEGELAPAN [C]

82 parts Complete

Accept the things to which fate binds you, and love the people with whom fate brings you together,but do so with all your heart. By Marcus Aurelius Di Dunia Angkasia Manusia mampu mengunakan kuasa yang ada pada diri mereka. Banyak hidupan yang tinggal di dunia ini termasuklah Haiwan dan Manusia Mitos. Shiro Ryuzaki. Siapa yang tidak mengenali sang lelaki yang malas tahap gaban ni? Kau tanya lah apa yang dia suka.. "Tidur. Aku suka tidur. " Apa yang dia suka buat.. "Same answer duhh. " Dan paling penting, apa matlamat hidup dia. "Tidur tak bangun-bangun. " Sakit hati. Gila kan? Apa boleh buat, inilah sifat sebenar lelaki itu. Tapi apa yang membuatkan dia istimewa? Kenapa ramai yang memburu dia? Puaknya? "Aku tak pernah mintak pun nak ada kuasa ni, sebab tulah kalau boleh aku rela jadi manusia biasa " "Kita mempunyai kuasa untuk melindungi diri kita dan orang yang kita sayang! " "Lucia peliklah, apa agaknya yang ada dalam otak abang sampai abang suka bermalasan sangat?" First Fantasy Book BEAUTIFUL COVER BY @airuml [6/2/2019] [EDIT] #ayat budak2. #typos banyakkk #dah kasi warning -Enjoy the story❤️