Β© Fantasy Thriller
Inkfinity Novella Challenge (INC 2025)
Violeta Lys dan Evanna Lys masing-masing dilahirkan dengan warna mata violet. Sepasang mata ini bukan sekadar pupil berwarna. Ia menyimpan kebolehan unik yang menyebabkan dua beradik ini hidup tidak seperti manusia biasa.
Entah ia satu kelebihan atau kutukan, Violeta sendiri tidak tahu. Dia lebih percaya mata ini telah menyebabkan hidupnya kucar-kacir sejak lahir. Kehidupan yang dia dambakan, selamanya tidak akan pernah dirasai.
"Vio, tolong aku..." - Evanna.
Kematian Evanna yang tiba-tiba memicu satu jalan baru kepada Violeta. Iaitu hidup kerana pembalasan dendam.
"Kuasa? Heh! Kuasa yang kau miliki dengan mereka tak sama. Dalam dunia ni, tak ada kuasa yang lebih kuat dapat kalahkan posisi dan wang mereka."
Ketahui musuhnya bukan calang-calang, Violeta mulai mengubah segalanya tentang diri. Termasuk menjadi seorang pembunuh upahan. Dia perlu jadi lebih kuat dan lebih tangkas agar dapat mengambil sendiri nyawa pembunuh yang telah menyebabkan kematian adiknya.
"We meet again, Violet." - Kaiza Hayes.
Putera sulung Kerajaan Arcus, Kaiza Hayes secara tidak langsung tiba-tiba menghalang penyelidikan Violeta. Tidak cukup dengan itu, lelaki ini memiliki seorang pelindung yang sangat hebat. Kaelar Tyler.
Seiring beberapa pertemuan, Violeta mulai sedar bahawa kekuatan yang dia lihat melalui dirinya sendiri dan Eva selama ini hanyalah sedikit. Di luar sana, masih wujud sebuah makmal dengan nama 4HOME LABORATORY yang menghasilkan subjek-subjek dengan kekuatan luar biasa. Dan Kaelar salah seorang spesimen di sana.
"Musuh sebenar kau... ada dekat makmal tu."
Dengan itu, Violeta dan Kaiza bergerak bersama. Misteri makmal ini bukan sahaja menggerunkan Violeta. Semakin dalam dia menyelidiki kebenaran, semakin terancam nyawanya. Satu persatu nama baru terungkap.
New Dawn Orphanage.
Saintis Antonio.
Projek Sentrix.
Juga... identiti ibunya yang belum terungkap.
Apa perkaitan semua nama-nama asing ini? All Rights Reserved
Read more