We've updated our Content Guidelines.
Review the latest guidelines to keep sharing stories safely.
MIMPI MISTERI [OG]

MIMPI MISTERI [OG]

  • WpView
    Reads 139
  • WpVote
    Votes 0
  • WpPart
    Parts 16
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Mon, Sep 8, 2025
WpInfo
Fiction
Mystery
Seorang gadis bernama KARYANI KALILA Hidup dalam keluarga yang penuh kasih sayang. Dia sentiasa menjadi anak yang taat kepada orang tuanya, menjalani kehidupan yang tenang tanpa sebarang masalah. Namun, segalanya berubah selepas dia mula mengalami mimpi-mimpi misteri yang mengganggu tidurnya. Setiap malam. Dia dihantui oleh sebuah hutan gelap yang misterius, di mana dia berjumpa dengan makhluk-makhluk yang aneh, termasuk seorang nenek yang penuh tipu daya. Dalam mimpinya, nenek itu sering kali mendekatinya, memberikan kata-kata yang meracuni minda dan menghasutnya untuk membenci ibu bapa kandungnya. Nenek itu menjanjikan kehidupan yang lebih baik dan penuh kebebasan di dunia lain, dunia yang jauh dari segala ikatan dan kesusahan. Gadis itu, yang semakin terpengaruh dengan kata-kata nenek tersebut, mula meragui kasih sayang dan pengorbanan orang tuanya, hingga akhirnya dia semakin jauh terperangkap dalam dunia mimpi itu. Kepercayaan gadis itu terhadap nenek tua itu semakin kukuh, dan dia mula menolak pulang ke dunia nyata. Dia semakin terperangkap dalam jaringan hasutan dan tipu daya nenek yang bertujuan untuk memusnahkan keluarga gadis itu. Nenek yang licik berusaha menjauhkan gadis itu dari keluarga sebenar, dengan harapan agar dia menjadi mangsa untuk keluarga jahat yang ada dalam mimpinya. Dalam dunia yang penuh kebohongan itu, gadis tersebut mula kehilangan arah dan akhirnya memutuskan untuk bergabung dengan keluarga yang kelihatan sempurna dalam mimpinya, tanpa menyedari bahawa mereka sebenarnya berbahaya. Dengan keputusan yang diambil, gadis itu mula membiarkan kehidupannya berubah, membiarkan dirinya dipengaruhi oleh dunia yang tidak nyata, sehingga akhirnya dia menjadi mangsa kepada keluarga jahat yang telah merancang untuk menghancurkannya. Namun, apakah dia akan sedar bahawa hidupnya masih ada harapan untuk berubah, atau adakah dia akan terus terperangkap dalam perangkap mimpi yang berbahaya ini?
All Rights Reserved
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • SENDIRI [ BY F] [COMPLETE]
  • Mi Señora
  • Mr. Secret Admirer [C]
  • Mrs. Ariq Ayden
  • NEXUS [C]
  • Fath's Lily (SU-OG)
  • KETAGIH
  • 𝗚𝗛𝗢𝗦𝗧 𝗢𝗙 𝗗𝗘𝗖𝗘𝗜𝗧
  • C | Obsessed Mafia: Tengku Carlind

Han hidup dalam dunia yang sunyi dan penuh luka. Dibelenggu masalah keluarga, dia membina tembok tinggi agar tiada siapa mampu menyentuh hati dan jiwanya. Baginya, percaya pada manusia, apatah lagi pada cinta, hanyalah satu kebodohan. Namun segalanya berubah apabila hadir Fatihah, seorang psikiatri yang ditugaskan untuk merungkai sisi gelap hidup Han. Dalam usahanya menyelami trauma lelaki itu, Fatihah tidak pernah menyangka bahawa masa silam Han jauh lebih perit daripada yang dia bayangkan. antara rahsia, luka lama dan derita tercipta, mampukah kegelapan ditembusi cahaya....atau cahaya dimamah gelapnya dunia

More details
WpActionLinkContent Guidelines