Erissa Medina merupakan pemilik kepada Love, Coffee. Dia mengenali Adam Mikhael kerana dia selalu datang ke kafe untuk membeli secawan Macchiato. Dia mengaku dia cina dan Mualaf, pernah mendapat kanser payudara yang menjadikannya bahan ejekan rakan-rakan. Katanya, Medina yang lebih tua dan matang ini memikat hatinya dan dia mahu mengajak Medina untuk bertaaruf. Tidak sampai 2 minggu bertaaruf, mereka berdua bertunang dan setelah 2 minggu juga mereka terus bernikah. Adam kata dia tidak pernah ada keluarga jadi yang datang melamar kebanyakan kawan-kawan lelakinya malah menjawab pantun pun tunggang-terbalik. Setelah menjadi suami dan isteri, Adam sangat baik dan melayan isterinya seperti permaisuri. Malah, dia agak risau membiarkan Medina pergi bekerja setia hari jadi dia merayu pada Medina agar benarkannya untuk berikan seorang pengawal peribadi kepad Medina dan Medina setuju. Pengawal yang bernama Tuah itu menjaga Medina seperti nyawa dan raga sendiri malah disebabkan rapatnya mereka berdua menjadikan Adam sendiri cemburu dan mula menjadi panas baran. Medina dipukul, dikurung malah urusan kafe Adam yang uruskan. Adam melayan Medina sangat baik setelah dia mengurung Medina malah disebabkan Adam yakin Medina tidak akan keluar lagi selepas ini, waktu inilah dia mahu beritahu Medina rahsia terbesar dia. "...sebenarnya abang ni..." -Adam. "Saya bersumpah sampai saya mati bahawa semua hubungan intim kita sebelum ni adalah dosa-dosa abang sendiri dan jangan tarik saya ke neraka bersama abang! Munafik!" -Medina. Rahsia besar itu saksi Medina ditipu hidup-hidup selama perkahwinannya malah lebih berat dia mula rasa jijik dengan dirinya yang selama ini suci namun daranya telah diragut secara rela oleh Adam yang menipu tentang keseluruhan cerita hidupnya.