Kahwin paksa bukanlah sesuatu perkara yang indah. Sentiasa tidak bersefahaman, bergaduh? Ya sudah pasti mereka akan bergaduh. Aisyah Damia dan Mikhail Asyraf. Merekalah yang dipaksa berkahwin. Banyak dugaan yang harus mereka tempuhi bersama. Aisyah Damia, seorang gadis yang amat meminati kpop itu, telah dipaksa kahwin dengan seorang lelaki poyo tahap galaxy. Sebelum mereka berkahwin mereka telah membuat satu perjanjian yang amat ketat. Hari pertama selepas berkahwin. “Awak sayang tak bini awak ni? Kalau sayang awak tidur dekat sofa, saya pulak tidur dekat katil ye.”- Aisyah Damia “Ye, aku sayang sangat dengan kau. Heh! Katil tu milik aku bukannya milik kau.”- Mikhail Asyraf. Pasti ada pergaduhan yang tidak masuk akal. “Satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh, lapan, sembilan, sepuluh, sebelas…. Eh mana lagi satu ek? Awak curi oreo sayakan. Bagi balik.”-Aisyah Damia “Mana ada aku curi, agak-agaklah.”- Mikhail Asyraf “Mengaku je lah.”-Aisyah Damia Selama mereka bersama banyak kenangan yang membuatkan mereka menjadi rapat. “Weh kau rasa makan sandwich dengan apa sedap ek? Sardine ke Tuna?” –Mikhail Asyraf “Makan dengan saya.”-Aisyah Damia “Betul-betullah nak bergurau tak bertempatlah kau ni.”- Mikhail Asyraf. Selama mereka bersama, hari demi hari cinta yang hadir dalam diri masing-masing. Tetapi mereka telah melakukan sebuah perjanjian. Adakah mereka akan bersama atau meneruskan perjanjian tersebut?All Rights Reserved
1 part