81 parts Complete Sinopsis
Sherry, pelajar jurusan Penguatkuasaan yang tegas dan berdikari, tak pernah kisah pasal cinta-terutama dalam dunia kolej yang sibuk dengan latihan fizikal, tugasan lapangan, dan waktu intern yang memenatkan. Dia jenis yang fokus dengan hidup, matlamat, dan tak beri ruang untuk benda-benda yang tak pasti.
Tapi bagi Aqeem, jurulatih bola muda jurusan sukan, Sherry bukan sekadar pelajar biasa yang lalu depan padang. Ada sesuatu tentang gadis itu-cara dia jalan dengan penuh yakin , dan pandangan matanya yang sejuk tapi mencuri perhatian.
Aqeem jatuh dulu. Dalam diam. Hari demi hari. Dia cuba cari ruang untuk kenal, tapi Sherry terlalu berhati-hati. Tak mudah percaya, tak mudah rapat. Tapi itu tak buat dia putus asa. Dia tahu, kalau dia nak masuk ke dunia Sherry... dia kena sabar. Kena tunggu. Kena faham.
Dalam waktu muda yang penuh tekanan, latihan, dan tanggungjawab, dua hati belajar untuk kenal satu sama lain-perlahan-lahan. Bukan dengan kata-kata besar, tapi dengan kehadiran yang konsisten.
Kerana bagi mereka... lama-lama, kita.