Bagi Fairuza, kehidupan sebagai seorang pekerja di tanah haram tidak boleh dijadikan mandat hamba terbaik untuk Tuhan. Walaupun begitu, kerjaya adalah nombor satu. Duit adalah segala-galanya. "Nak ibadah while momentum as gadis islam masih ada tapi macam question where to start? Selalu bertangguh tapi bila nak mula tu tiba-tiba lost. Dan bila tengok sekeliling, ramai je hidup bahagia dengan cara ala kadar dalam ibadah. Kenapa saya tak rasa nyaman dengan cara ala kadar tu? Tapi masa yang sama saya sedar, ibadah harus sentiasa improve." - Fairuza Kehilangan rasa mahu beribadah itu adalah satu perkara yang sukar untuk diperbetulkan. Macam mana nak improve? Di uji perasaan yang kosong tanpa rasa kasih, sayang dan cinta. Fairuza benar-benar berharap suatu hari nanti hatinya akan luntur dan luruh pada orang yang tepat. Tapi, siapakah orang yang tepat itu jika setiap kali orang datang menyapa dia menolak mentah-mentah? "Saya gila ke Shadiq?" - Fairuza "Apa keluarga awak akan buang awak ke kalau awak tak ada duit?" - Shadiq Self harming macam orang gila. Bising macam tak terkata. Makin hari, makin banyak ujian yang mendatang. Satu video pendek sudah viral dipersada media sosial. Seperti yang dia takutkan sebelum ini telah terjadi. "Awak ni cantik sangat kut sampai semua lelaki jatuh suka pada awak. Itulah, saya dah ajak awak kahwin. Awak tak nak. Kalau awak kahwin dengan saya dulu, awak dah lama selamat. Tak ada isu fitnah macam ni." - Iskandar "Kalau awak kahwin dengan saya dulu, mesti awak tak akan murung, Fa'e. Saya akan jaga awak dan buat awak ceria setiap hari." - Syakir Cinta yang tidak pernah bertandang mula berkembang mekar. Fairuza bertindak melamar lelaki itu namun cintanya ditolak. "Slowly redha. Perasaan sayang dan cinta ni Allah yang pegang. Kalau nak juga ada perasaan sayang dan cinta, mungkin awak boleh mulakan perasaan itu dengan Allah. Mungkin awak boleh mula berdoa untuk minta perasaan itu wujud antara awak dan Allah. Bukan awak dan manusia.."All Rights Reserved